Assalammualaikum, maafkan aku memberikan tajuk sedemikian. Kerna itulah didalam benak aku saat ini. Aku bersyukur Allah kurniakan aku nyawa. Cuma aku kadang terfikir begitu bila saat aku temui jalan buntuh. Maafkan aku jika penulisan luahan ini mengundang kebencian atau kemarahan.
Bukan simpati yang aku pinta, hanyalah titipan doa saudara saudari semua untuk menguatkan aku. Agar aku dapat temui jalan penyelesaiannya lalu menyelesaikan masalah ini. Jika dilihat pada masalah yang aku hadapi, mungkin kecil pada kalian, tapi ianya amat membebankan aku. Masalah aku sama seperti semua orang, ianya hutang.
Hutang pertama, pinjaman pelajaran, aku bukan tak ingin bayar, tapi aku terbeban dengan tunggakan pinjaman pelajaran, sebelum ni aku bayar , RM30 pun aku perna bayar, tapi sejak aku jadi suri rumah, aku tak dapat bayar, lebih teruk aku dapat tau anak aku special, terus aku down. Fokus pada dia saja. Hinggalah satu hari pinjaman pelajaran aku call aku. Dan aku terus buntuh.
Hutang kedua, hutang pinjaman berlesen suami aku, suami aku berniaga, berniaga produk tempatan. Tapi persaingan agak teruk jugak. Biasalah berniaga. Moga dipermudahkan dilipatgandakan rezeki suami aku. Suami aku perna ditipu oleh rakan niaga, rakan niaga ambik keuntungan, dan biarkan suami aku menyelesaikan hutang syrikat, aku perna confess kat sini sebelum ni.
Solusinya, aku ada kemahiran, kemahiran aku membuat website. Tapi harga yang aku tawarkan mahal tapi berbaloi, tapi bukan mahal yang mencekik darah la. Sebabnya aku terdesak sangat, aku perlu duit. Dan sekarang aku terpaksa jual laptop aku.
Solusi kedua, aku jadi dropship. Aku berusaha jual, untung RM5-RM10 bergantung pada produk yang aku niagakan. Tapi produk ni tak berapa mendapat sambutan. Aku cuba juga cari produk lain, yang demand, tapi, nak jadi dropship pun kena bayar, dan mereka lebih suka jika jadi ejen.
Solusi ketiga aku jadi ejen jual mesin air, aku cuba, tak jugak ada mesin yang terjual. Sebab yang ni jika dapat jual, bonus bagui.
Solusi keempat. Aku teringin nak kerja, tapi, suami aku tak izin sebab tak da jaga anak special kami.
Hutang pinjaman pelajaran aku tertungak almost RM10k. Dah la mereka call tiap hari, aku sambut dengan pelbagai alasan. Tiap kali after mereka call, aku akan menagis, sebab aku terpaksa berbohong. Bila aku kata tak ada duit, mereka kata akan sita semua dan masukkan aku kepenjara. Aku takut sangat, sebab aku tak mau susahkan penjamin aku, dahlah dia tak sihat.
Tiap malam aku mohon Allah tolong aku, bagi aku pelanggan, aku perlukan income harian dan income bulanan. Aku perlukan duit untuk bayar hutang aku, Apa saja amalan yang aku tak buat, doa apa saja, aku doa. Nampak saja doa menyelesaikan hutang, aku baca, aku simpan, aku hafal. Aku sama sama amalkan dengan suami aku.
Aku tau suami aku berusaha nak bantu aku, tapi dia pun ada masalah sendiri , hutangnya dari RM3000 dah naik RM5000. Nampak kecil, tapi bunganya naik setiap hari. Aku sendiri nampak suami aku menyesal dan menagis kerna hutang ini.
Hidup kami seharian, asalkan dapur berasap. Aku bersyukur, anak aku suka makan nasi goreng kosong yang selalu aku masakkan. Tapi kadang aku menagis melihatnya saat aku tidak dapat menghatarnya ke therapy yang sepatutnya dia pergi.
Mati itu bukan pilihan, jangan risau, aku takkan memilih kematian, aku kena kuat dan tersenyum dihadapan anak aku. Suami aku perlukan sokongan. Aku hanya minta pembaca doakan aku sentiasa kuat, sentiasa bersyukur, sentiasa dilipatgandakan rezeki dan punyai ramai customer. Doakan moga pihak pinjaman pelajaran bagi aku tempoh membayar sehingga ekonomi aku stabil, dan doakan aku dapat habiskan membayar pinjaman pelajaran. Doakan mereka tak desak aku.
Memang duit itu bukan segalanya, tapi saat ini aku memang perlukan duit.
Satu lagi, aku bersyukur, terlalu banyak adik beradik aku bantu aku. Moga Allah lipat gandakan rezeki mereka. Bukan saja wang, tempat tinggal, kadangkala makanan, mereka bantu, moga Allah kurniakan mereka rezeki. Tapi sampai bila, aku malu, tapi aku tebalkan muka. Salah seorang dah mula bising. Tapi aku tetap tebalkan muka, cuba meminjam jika kami total zero.
Maafkan angah selalu menyusahkan. Tolong doakan angah. Angah sayang semua.
Begitulah.
Yang ingat mati.
– Seroja Amanda
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit