Assalamualaikum semua. Jangan pening dan jangan muntah hijau biru bila baca kisahku ya.
Nama aku Rin, perkenalan tak disengajakan tika form 5 dengan student yang sama usia namun kelas berlainan. Aku namakan dia Syam.
Actually aku student baru di sekolah tersebut. Berpindah kerana memilih untuk tukar aliran.
At the same time rupanya tanpa kami tahu, kawan kami ada yang couple. Maksud aku, kawan aku ada 2-3 org couple dengan kawan Syam. Elok sangatlah tu! Pergi sekolah ke pergi kelas bercinta ni!
Sebenarnya aku yang tak tahu apakah hubungan kami. Tak ada declare. Tapi nampak dia suka aku. Setakat weekend keluar lepak makan di mcDonalds tu biasa. Lepak di sekolah dengan geng kami pun biasa.
Hinggalah terjadi pergaduhan bila aku terjumpa beberapa helai kertas kutukan tentang kami. Rupanya penolong pengawas syok kat Syam.
Terus aku bagitau Syam, jawabnya dia anggap rakan sekelasnya tu hanya sebagai adik. Tapi besfriend si penolong pengawas yang sama mengutuk aku, datang serang sound aku.
Yang minah sound aku ni, seorang artis sekarang ni. Hasil kelahiran dari Akademi Fantasia. Dia memang rapat dengan Syam. Kawan kategori rapat.
Lepas peristiwa ni aku mula menjauh dan seolah merajuk dari Syam. Aku beri laluan pada dia. Sebab dalam masa yang sama aku tak tau siapa aku pada dia.
Aku tak ceritalah yang mana isu merajuk, gaduh, bergayut di telefon semua tu. Sama macam orang lain couple cuma beza kami tak declare.
Dan aku as a perempuan, memang tertanya selagi tak declare, aku ini siapa sebenarnya pada dia? Namun dalam hati saja mampu.
Dipendekkan cerita, habis SPM aku masuk ke form 6 selama 2 bulan. Setiap Khamis aku tak ke sekolah sebab keluar dating dengan Syam.
Lepak dan makan di mcDonalds macam biasa. Bila duduk lepak bercerita dengan dia, kita nampaklah kan dia suka kita. Dia pun ada hati pada kita. Malah siap ambil gambar bersama di studio.
Then dia ada bagi aku cincin silver ada wording Love. Berbunga hatiku yang tak pernah suka bunga ni.
Fuhhh, senyum sampai telinga berjalan tak jejak tanah masa tu. Perasan nak mati. Jejaka hensem tinggi lampai pujaan ramai suka kat kita.
Dan nama panjang dia pun memang impian aku yang diwujudkan dalam penulisan cerpenku dulu kala. Love sangat nama dia. Masa tu aku di sekolah lama, belum pun berjumpa dengannya.
One day dia cakap nak jumpa, nak kenalkan pada kawan baik dia yang sama dalam team sukan dia. Oh ya, dia atlet negeri masa tu. Dia kenalkan pada kawan dia dan kami sama-sama lepak.
Kawan dia lagi tinggi dari dia, ada rupa dan manislah kot orangnya. Tapi aku tak pedulikan sangat pada kawan dia. Aku fokus pada dia pujaan hatiku. Gitu. Aku namakan kawannya Izam.
Tak lama kemudian aku dapat surat tawaran ke universiti idaman hati dan juga course yang aku pohon. Syukur.
Nak jadi cerita kawan sekelas Syam dulu tahu sebab kami terserempak dan masa tu aku tengah pegang envelope berisi surat tawaran dengan terpampang nama dan logo universiti.
Maka malamnya Syam terus call, ayat macam merajuk sebab aku tak inform dia. Aku tak tahu apa kena dengan dia, beberapa kali dia call aku dalam masa sehari bawak ke malam. Aku syak dia rasa aku nak pergi jauh tinggalkan dia. Rasain looo. Hahahaa.
Sempat beberapa kali jumpa dan dia akan tenung aku lama-lama. Macam sayang sangatlah nak dilepaskan aku nak pergi study.
Masa ni Syam tak ada handphone lagi, so dia yang akan call aku dan jika ada apa-apa aku akan call kawan dia. Dan aku tak tahu pun siapa kawan dia ni.
Tak kisahlah janji boleh cakap dengan Syam. Syam dan kawan sama team ni ada rumah sewa untuk para atlet yang mewakili negeri dalam sukan tersebut. Disebabkan itulah, dia bagi nombor kawannya. Haa gitu.
Sepanjang di kampus, tahun pertama as usual lah kan sebagai freshie mesti agak laku keras di pasaran, tak terkecuali aku. Bagi can lah nak perasan sikit biarlah aku tak rasa aku lawa pun. Ahaksss.
Tapi masa tu hati aku masih penuh dengan Syam seorang. Cinta mati betul masa tu.
Walau tanpa ada pengakuan both side. Sekadar kadangkala ada kata atau tulisan Syam sayang Rin. Aku buat bodoh. Buat tak faham.
Bagi aku selagi dia tak confess dan tak declare, aku masih tak tahu apa hubungan kami. Siapa aku pada dia? Tapi berat nak mati mulut nak tanya.
Aku ada ramai kawan lelaki yang mana kami seakan gathering pula di universiti sama. Yang mana kawan dari sekolah rendah dan juga dari sekolah lamaku.
Jadi sekadar keluar makan atau minum bersama kawan lelaki adalah biasa dan parents tahu aku jenis ramai kawan lelaki dari sekolah rendah lagi.
Inilah cerita tak enak yang sampai ke telinga Syam. Katanya aku ada ramai lelaki di sini, di kampus.
Dan aku mula berjauh hati, mengelak dari dia. Bukan kerana benar tuduhan fitnahnya tapi kerana hati semakin jauh bila fikirkan apakah akhirnya hubungan kami? Every year jika tak dapat jumpa, aku tetap poskan hadiah hari jadinya berserta kad ucapan.
Hinggalah one day, di tahun keempat perkenalan kami, aku terima satu sms darinya mengatakan dia terima hadiah yang aku pos dan dia mohon maaf then ayat dia yang aku tak pernah lupa hingga kini ialah please leave me alone.
Terduduk aku di situ. Betul-betul aku terduduk di tepi kereta.
Apa salah aku? Kenapa? Mengapa? Aku dah tak tanya. Aku tak reply apa-apa. Aku diam. Aku terima. Then kemudiannya baru aku menangis.
Seboleh mungkin aku tak nak kecewa, lalu aku cuba lupakan Syam. Aku berkawan dengan sesiapa saja student di kampus, tentunya salam perkenalan dari lelaki.
Namun hanyalah kawan semata. Ada yang aku mengelak bila diajak berjumpa. Ada yang aku terpaksa berpura telefonku tak ada line dan tak dengar bila mereka call.
Ada yang aku keluar, bercakap then aku menangis kemudiannya. Bila ditanya, aku jawab aku teringatkan Syam. Dan lelaki itu faham.
Terima kasih Wan. Walau cintamu tak berbalas, terima kasih Along walau aku tak mampu memilih antara kau dan Wan. Kalian sepupu. Dan Syam juga yang tetap dihatiku.
Nak jadi cerita ketika aku ke mall, aku terserempak dengan Izam. Kawan baik Syam. Dia minta nombor aku. Tapi aku tak ambil pun nombor dia. Bila dia sms aku, ya Allah rupanya nombor dialah yang aku dulu call jika cari Syam.
Beberapa bulan kemudian, kami berkawan. Ya kawan. Hinggalah satu malam pada bulan November 2003. Masuk sms dari kawan sekolah, propose aku jadi awek dia. Katanya setiap kali dia couple, dia rasa aku jugak yang ngam dengan dia. Setiap kali dia clash, aku juga yang dia nak cari.
Tapi aku tolak baik-baik, bukan kerana dia ex boyfriend kawan baik aku. Tapi bila aku dah letak gap kawan tetap kawan. Ia takkan jadi kekasih. Itu juga yang aku tekankan pada bestfriend lelaki kesayanganku.
Dia yang aku kenali saat aku belum kenal apa itu Sejarah atau Geografi form 1 hinggalah sama-sama study di kampus walau berlainan fakulti dan masih kekal bestfriend hingga penghujung usia 30an ini.
Di malam yang sama juga Izam sms propose aku untuk jadi awek dia. Aku tolak. Aku kata not ready yet. Tapi dia tak putus asa. Dia akan call aku beberapa hari sekali.
Masa ni dia dah bergelar atlet negara. Tapi tidak Syam. Syam memilih untuk ambil form 6 walau terlewat setahun dua, di kala aku meneruskan saki baki diploma.
Selepas setengah tahun lamaran cinta kali pertama dari Izam ku tolak, menyusul lagi tahun seterusnya lamaran darinya. Gigih betul dia ni.
Dengan berani dia minta permission dari Syam, dia kata dia dah minta izin nak tackle aku. Syam kata ok. Gila.
Hampir setahun ditinggalkan Syam, aku cuba move on dan katakan pada Izam, kita cuba. Semuanya baik-baik saja hinggalah setengah tahun kemudian, kami clash.
Rupanya aku ini orang ketiga antara Izam dan kekasihnya. Kekasihnya minta putus, bukan kerana aku tapi kerana kantoi Izam berkawan dengan seorang atlet lain.
Syam came back. Siap datang rumah aku masa raya. Dan aku nampak hint yang diberi seolah mahu aku kembali ke sisinya. Tidak memang tidak. Aku dulunya patah hati dengannya then mengadu pada Izam but now terbalik kisahnya.
Saat itu, aku mendekatkan diri sangat dengan Allah. Aku buat solat hajat, aku baca yassin berkali sehari. Aku mohon jika Izam jodoh aku, dikembalikan semula dia pada aku. Satu hari nanti.
Allah makbulkan setahun kemudian. Di saat namanya gah di arena sukan negara. Di saat dia bermatian menjalani latihan sebelum ke Sea Game di Doha, dia kembali pada aku. Dan tanpa ragu, aku diperkenalkan pada keluarganya malah dia juga dibawa berjumpa keluargaku.
Tiba- tiba semua jadi serius.
Aku menamatkan study degreeku dengan baik. Dan familyku serta Izam datang meraikan. Aku tidak tahu apa benar Izam jodoh aku?
Adakah dia jodoh yang aku memaksa datang kembali kerana solat hajat dan doaku atau memang Allah memang takdirkan dia untuk aku?
Aku tak tahu.
Pelbagai onak duri dilalui, termasuk skandal aku di tempat kerja bersama salah seorang pengurus. Masa ni hubungan dengan Izam agak dingin.
Aku masih terbuku rasa kecewa dengan sikap Izam yang dulu. Yang menjadikan aku orang ketiga dalam cinta bersegi-segi.
Dia sebanyak yang boleh meyakinkan aku yang dia benar-benar sayang dan cintakan aku. Dibuktikan dengan coretan di buku rujukan tesisku, katanya habiskan study sayang, next year kita terus kahwin.
Kemudiannya dia beli kereta, diletakkan atas nama aku. Tapi aku menolak dan berikan untuk kegunaan familynya memandangkan aku sudah ada kereta sendiri yang mana ayah belikan ketika di tahun akhir pengajian.
Endingnya keputusan drastik dia melamar menjadikan aku tunangannya. Dan kami berjanji sama berubah demi masjid yang bakal dibina.
Ya, Syam ada datang kembali mengusik hatiku. Adakala aku terleka. Orang yang pernah kita sayangkan. Itu salah aku. Tapi once kami dah bertunang, aku jaga segala tingkahlaku juga hati perasaanku.
Tamat sesi latihan dan tunanganku yakni Izam ditempatkan di negeri aku study dulu, dan setahun genap selepas bertunang, kami diijabkabulkan.
Selepas sah bergelar isteri, aku mohon maaf atas hubungan aku dengan rakan sekerja yang dulu tika kami belum bertunang. Dia katakan yang dia tahu dan terima kerana salah berpunca dari dia.
Satu hari, ketika aku mengemas bilik bujang Izam di rumah mertua, aku terjumpa satu buku nota. Aku terjumpa coretan panjang.
Di situ ada doa, di situ ada kata-kata. Yang membuatkan aku menangis sendiri.
Tulisnya lebih kurang begini, ya Allah aku sukakan awek tu. Aku sukakan awek kawan baikku kali pertama aku lihat dia dulu. Masa tu aku berharap kalau lah aku dapat awek seperti awek Syam. Tapi bukan Allah bagi seperti awek Syam, rupanya Allah benar-benar bagi aku awek Syam.
Kenapa aku menangis? Kerana aku tak pernah tahu sedalam itu perasaannya pada aku. Dek kerana aku terlampau sakit hati dengannya dulu yang menjadikan aku orang ketiga walhal dia sudah berpunya.
Laluan perjalanan cinta kami juga semuanya mudah bila Allah permudahkan dengan restu both family. Bila mana aku cuba menolak dia, kakak berkata berikan dia peluang kedua. Ternyata benar dialah jodoh aku hingga ke saat ini.
Alhamdulillah bakal memasuki tahun ke 12 usia perkahwinan kami dan bahagia bersama dua hero kecil kami. Moralnya walau kalian rasa storyku tak bermoral, ahaksss nak juga cakap bila Allah katakan dia jodohmu, maka kau lari lah ke hujung dunia pun tetaplah dia juga jodohmu!
Dan buat yang pernah melalui situasi seperti aku dan Syam dulu, mohon berani tanya apakah hubungan kita? Jika dia tidak bersungguh, sila lah angkat kaki.
Moga bahagia milik kalian jua.
– Miss Echrina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit