Jika Orang Dah Tak Suka Tak Apa

Ibu kepada suami saya tak suka dengan saya for many reason.

Bukan saya tak mencuba tetapi acapkali kata-katanya melukakan hati saya yang hampir sembuh.

Tiap kali dihambur dan dikata saya tetap bertahan untuk tidak membalas kerana sama jugalah akal saya jika sama-sama berlawan kata.

Tetapi saya percaya Allah itu adil dan maha mendengar.

Saya ini ibu yang bekerja kemudian berhenti kerana kesihatan anak yang kerap tidak menentu.

Berhenti saya dari kerja bukan dgn poket kosong, saya mendapat imbuhan yang agak lumayan dan dengan itulah saya membantu suami mana yang kurang.

Tetapi sikit pun saya tidak ceritakan pada sesiapa. Saya biarkan sahaja suami terlihat seperti menanggung keseluruhannya.

Pernah jua saya menghulurkan tawaran untuk kereta baru tetapi suami menolak.

Cukuplah dengan kereta yang ada ujar beliau. Tidak kami ceritakan pada sesiapa juga.

Perabot rumah setelah 5 tahun berkahwin baru saya dapat gantikan dengan lebih cantik dengan wang imbuhan.

Jika tidak sofa dan meja makan kami hasil ihsan dari saudara mara. Hidup kami begitulah tidak mewah dan tidak pula susah. Mana yang saya hajatkan maka saya ikhlas keluarkan belanja.

Setiap tahun saya akan membuat persiapan raya lebih awal 4 bulan, ia termasuklah beli baju raya anak sikit-sikit, hadiah ke family in laws, kumpul duit raya sikit-sikit. Tak boleh nak sederap sebab kekangan bajet jadi kita buat awal.

Tapi tulah, Allah ni baik sangat walaupun saya hamba yang lemah dan hina.

Ada suatu masa saya terbaca whatsapp dari ibu kepada suami berjela panjang.

Antara isi yang menarik perhatian saya ialah kehidupan saya sekeluarga terlihat sederhana tidak kelihatan class dan mewah adalah kerana saya ni isteri yang tidak membantu ekonomi suami.

Sekiranya saya bekerja pun, saya masih tidak kelihatan useful kerana suami masih berkereta yang sama seperti 7 tahun lepas, dan kami masih menetap di apartmen kos sederhana.

Hati saya terluka, sedih dan marah tapi apalah yang saya boleh buat melainkan memujuk hati bersabar kerana beliau adalah ibu kepada suami saya.

Saya pujuk hati dan tawakal. Bulan yang sama hubungan kami suami isteri dan in laws dingin.

Bulan tu juga kami tidak lagi pulang ke kampung setiap minggu. Bulan tu juga saya pulun open order makanan dan tempahan kek. Tempahan kek saya pulun with no limit.

Kalau kata jam 3 pagi customer nak datang ambil pun saya terima. Seronok waktu tu saya enjoy buat bisnes walau hati saya sedih.

Alhamdulillah starting bulan tu sampai 4 bulan seterusnya, Allah bagi saya rezeki which is untung saya dapat lebih banyak dari gaji dahulu.

Takpelah saya ni kelihatan useless dimata mertua janji saya enjoy ada duit masuk.

Hubungan saya dan in laws tetap dingin, walau dingin seperti salju tetapi hari-hari saya tak pernah lupa doakan mereka di dalam 5 waktu solat.

Tetap sama doa-doa saya semoga Allah beri kesihatan yang baik, jauhkan dari neraka jahannam dan sudah tentu kebahagiaan yang hakiki.

5 bulan seterusnya, kami masih dingin. Saya masih lagi menantu bukan pilihan yang menyejukkan hati. Masih memegang title tak hebat dan takde kerja.

Allah maha baik, bulan tu suami dapat tawaran naik pangkat dan sambung phd ke luar negara.

Jika ikutkan suami, beliau mahu sahaja terima keputusan dan terus berhijrah tanpa pengetahuan keluarganya ekoran permasalahan yang panjang ini.

Saya pujuk suami untuk beritahu kepada keluarganya kerana mungkin rezeki ini adalah hasil doa-doa ibunya yang berpanjangan.

Hari yang dinanti untuk call tu kami berdua berasa nervous kot-kot panggilan tidak dilayan tetapi alhamdulillah ibu jawab panggilan tu.

Suami berborak sedikit itu ini dan pada pertengahan perbualan ibu sempat lagi menyelitkan kata-kata semoga dengan kenaikan pangkat itu, suami dapat berjumpa denagn jodoh yang lagi sesuai.

Saya terpana disebelah suami. Suami pun hilang kata.

Usai perbualan suami memujuk agar saya abaikan sahaja kata-kata tu. Tapi hati saya tentulah sedih kerana ibu acapkali menolak dan membuang saya.

Takpelah hanya dengan Allah sahaja saya berharap semoga hati saya sembuh, dengan luka yang baru ini. Saya teruskan kehidupan seperti biasa sibuk dgn urusan penghijrahan.

Dalam pada sibuk adakala teringat juga kata-kata ibu tu.

Dah tak memasal saya buat extra saving just in case betul-betul suami jumpa jodoh yang lebih sesuai dari saya.

Saya sangat looking forward nak ikut suami sebab hati tak tertahan nak lari jauh-jauh dari semua ni. Saya rasa macam parasite bila fikir tentang ibu mertua saya.

Tapi tulah, instead of ‘jodoh’ yang sesuai, Allah kurniakan sesuatu yang lagi cantik. 2 bulan lepas berpindah ke UK tup tup saya mengandung anak kedua.

Alhamdulillah perjalanan dan pengalaman mengandung yang kedua ni sangatlah harmoni dan aman.

Tidak lagi saya memikirkan tentang hal-hal ibu mertua. Saya siap berdamai dengan takdir bahawasanya lakukanlah apa pun, jika orang dah tak suka mmg tak boleh buat apa. Saya bukan people pleaser.

Saya sendiri menciptakan boundaries agar mental saya sendiri terjaga dan untuk ibu mertua saya sedar bahawa walaupun saya tak kerja, saya bukan layak untuk dikata nista. Saya juga ibu kepada anak saya.

Sungguh pun berlainan latar belakang tetapi saya percaya berkata baik dan cermat adalah segalanya.

Semua manusia buat silap dan takde seorang pun sempurna. Maybe kita boleh praktis bila tak suka, datang dan bincang instead of marah tak tentu hala.

Kehidupan saya berjalan dengan baik sehinggalah setahun selepas penghijrahan, ayah mertua saya meninggal dunia usai bermain badminton.

Harta-harta peninggalan semua habis dijual untuk bekalan ibu meneruskan hidup bahkan kereta yang menjadi lambang status kehidupan jugak turut terjual.

Saya di sini menemani suami, meniti hari menyaksikan episod kehidupan ibu mertua saya. Status beliau kini lebih kurang je mcm saya tidak bekerja dan no more monthly income.

Tidak sesekali saya berdendam tetapi sakitnya masih terasa. Bahkan adakalanya saya merasakan ada doa-doa saya yang terjawab atau mungkin itu mainan syaitan yang mengajak saya ke jalan yang riak dan takbur.

Cumanya, tak kira tua atau muda ketahuilah bahawa kata-kata yang menyakitkan hati orang lain boleh jadi sebuah kesedihan dan antara doa-doa yang diangkat.

Jika harini kita rasa mulut kita begitu berkuasa kerana banyaknya duit kita kelak jangan kita terkejut bila sehela nafas pun tak mampu kita hela bila Allah tarik semuanya.

Peringatan juga untuk diri saya sendiri agar tidak sombong menjadi hamba, tidak bongkak bila dikurnia nikmat. Saya telah pun pulang ke tanah air membantu suami menguruskan keluarganya.

Orang yang dikata useless ini jugalah membantu kehidupan seharian. Pedih untuk dihadam bila finally saya menjadi berguna dan dipandang apabila sudah menjadi susah tiada tempat bergantung.

– Raihan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *