Hai semua pembaca IIUM Confession. Lama rasanya tak menulis disini.
Kali terakhir saya menghantar nukilan disini adalah pada tahun 2019 bertajuk Tsunami Cemburu yang mengisahkan seorang isteri yang berusaha mempertahankan rumahtangganya di kala hati suami berubah arah.
Ketika itu adalah kali pertama suami berlaku curang dan menambah cawangan. Aku terima dan redha. Sayangnya perkahwinan dengan isteri kedua itu hanya bertahan sebulan. Suamiku memberikan alasan penceraian mereka adalah kerana wanita tersebut adalah love scam.
Aku menghubungi bekas madu sebulanku itu untuk bertanyakan hal lebih lanjut. Setelah diselidik, rupanya wanita tersebut hanya mempergunakan duit suamiku untuk mendapatkan duit deposit masuk rumah sewa.
Ini kerana dia juga baru bercerai 6 bulan dengan bekas suaminya yang terdahulu dan dibiarkan terkontang-kanting bersama seorang anak.
Lalu, dia memperdaya suamiku untuk mendapatkan tempat tinggal dengan mengahwininya di sempadan dan tanpa diketahui oleh keluarga masing-masing. Sungguh tragis kan?
Aku fikir suamiku sudah taubat untuk curang kerana pernah ditipu. Tetapi 3 tahun kemudian, dia kembali memainkan watak pencurang. Kali ini dengan pekerjanya pula janda anak 2. Memang taste janda agaknya.
Konon nak menolong walaupun orang tu tiada pengalaman kerja tiada kelayakan tetap juga diambil bekerja. Tak lama lepas tu diambil jadi isteri pula. Pergi nikah di sempadan siam.
Dia suka yang thrill agaknya kawin lari ni mencabar. Dia suka yang thrill. Mungkin aku terlalu tenang, tidak mencabar baginya.
Mesti korang hairan kan kenapa suami kakak ni asyik kawin lain je? Tak pandai layan lah tu. Tak lah. Bukan tak pandai layan. Tapi terlebih pandai layan tau tak? Kenapa aku confident aku terlebih pandai layan? Sebab aku pernah minta cerai.
Suami aku tak nak ceraikan aku atas alasan dia dan banyak melabur kat aku. Dia kata dia dah train aku bagus-bagus dengan macam-macam skil mantap, takkan nak bagi lelaki lain senang-senang merasa hasil skill-skill yang aku dah kuasai. Hell no! Katanya.
So, apa punca miang keladi laki akak ni? Puncanya sebab dia dah tak boleh bagi saya anak. Disebabkan faktor kesihatan, tahap kesuburan suamiku menurun sehingga mengakibatkan masalah dry ejaculation.
Lelaki biasalah ego. Benda boleh repair tapi dia tak nak repair. Takut operate katanya. Pergi ke mana-mana orang asyik bertanya bila nak tambah anak. Apa lagi, tercabar ego kelelakian nya.
Suatu hari kami bertengkar, tak ingat dah gaduh pasal apa tapi bukan pasal anak atau penyakit dia tu. Lepas tu tak semena-mena dia kata “kalau aku tak boleh tambah anak, aku boleh tambah bini”. Disitu lah bermula nya episod curang mencurang dan kawin sempadan ni.
Kecurangan beliau yang kali kedua ni aku tak boleh terima sebab dia menjatuhkan maruah aku. Aku boleh cuba belajar menerima kehadiran orang baru macam yang sebelum ni.
Tapi aku tak boleh terima bila maruah aku dan mak ayah aku diperkotak katikkan. Hanya semata ingin menikah lain dan mendapat sedikit tentangan dari keluarga, dia sanggup buat ugutan cerai terhadap aku di sosial media. Mak ayahku dapat tahu masalah kami melalui sosial media.
Dia tak tahu ke selama ni aku simpan ketat-ketat segala masalah rumahtangga kami tanpa dapat dihidu sedikit pun? Dia pulak tanpa segan silu buat ugutan cerai public postingdi sosial media. Ibu ayah ni kan kalau boleh jangan lah kita bagitahu masalah kita pada mereka. Kesannya double.
Ketika kita dan sembuh dan berdamai, orang tua kita belum tentu. Dia tak boleh terima orang buat anak dia. Walaupun kita maafkan suami yang curang ni, mak ayah kita masih berbekas dan terkesan bila maruah anak perempuannya dihina orang.
Sekarang saya dah faham. Saya minta maaf sebab menunda perpisahan kita dulu. Saya ingat semakin saya bertahan dan kembali berkali-kali itu ibarat memberi peluang untuk kita memperbaiki hubungan tapi rupanya tidak.
Sesungguhnya Allah dah banyak bagi hint tapi saya yang keep in denial. Saya cuba bertahan sebab nak anak saya dapat kasih sayang ayah. Tapi ayahnya mula naik tangan kaki pula pada anak dan isteri. Demi cinta baru, habis lebam tubuh badan anak bini. Hancur lebur kepercayaaan dan segala harapan.
Saya ingatkan dengan saya berpindah kerja dari pusat bandar ke pinggir bandar, saya beli rumah di pinggir bandar, saya lahirkan anak untuk dia, saya bekerja pagi petang siang malam sama-sama berusaha memperbaiki ekonomi keluarga saya akan dihormati. Tapi saya silap. Itu semua rupanya hanya membuat ego beliau lebih tercabar.
Ahhh mungkin saya perlu belajar jadi lebih feminin dan bodoh-bodoh je lepas ni supaya jodoh baru saya nanti akan lebih menghargai.
Mungkin cara saya sayang dia tu tak sama macam cara dia nak disayangi dan cara dia sayang saya tak sama macam cara saya nak disayangi. Mungkin perempuan-perempuan lain yang dia nak tu dapat sentuh soft sport yang saya tak buat untuk dia. Bukan tak cuba berubah dan belajar, tapi ini lah kita.
Semakin kita kembali, kita cuma sama-sama semakin menyakiti. Saya sakit tunggu awak berubah. Dan awak sakit sebab selalu dipersalahkan.
Sesungguhnya expectation tu yang menyakitkan sebenarnya. Saya harap dengan terlerainya perkahwinan kita (as u wish) dibubarkan oleh mahkamah melalui hakam, saya doakan awak bahagia. Doakan saya bahagia jugak tau.
Awak dah bagi mak baru untuk anak kita, So saya pun akan minta Allah bagi daddy baru jugak soon! barulah balance kan.
– Mira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit