Assalamualaikum, aku Aleeya gadis berusia 20 tahun yang masih berusaha mencari nikmat hidup. Seperti remaja normal hidup aku sedikit sosial al maklum laaa sudah terbiasa bebas boleh dikatakan aku memang ramai bekas teman lelaki.
Dipendekkan cerita aku pernah terlanjur dalam berhubungan dengan bekas teman lelaki aku yang kedua masa tu umur ku baru 19 tahun.
Aku merupakan anak ke empat dan bongsu, 2 orang abang aku meninggal kerana kanser termasuk ibu aku yang menjadi mangsa kepada penyakit kanser dan kakak aku jauh di utara.
Meskipun aku mempunyai ayah tetapi ayah aku sangat sibuk menguruskan bisnes ayam yang sangat maju dan menguntungkan terkadang ayah aku berada di ladang ayam sehingga jam 1o malam bersama pekerja nya.
Okay cerita nya bermula aku terlalu kecewa apabila putus dengan bekas teman lelaki aku yang kedua atas alasan ibu nya tidak merestui hubungan kami dek kerana semakin lama kami bersama kami makin tak dapat nak kontrol nakal kami yang menjadi jadi.
Okay nama bekas teman lelaki aku Hakim (bukan nama sebenar) dia sambung belajar di uitm puncak alam dan aku pula ambil keputusan untuk bekerja dahulu sementara.
Nak dijadikan cerita kami teramat lah enjoy dengan life kami yang masing masing hanya tahu berseronok clubbing private party dan Hakim ade ambil barang terlarang tanpa aku mencegah perbuatan dia.
Dan akhirnya kantoi dengan ayah aku dan juga mummy dia yang kami dah terpesong jauh, family membantah hubungan kami dan akhirnya kami putus.
Selepas putus aku buat keputusan untuk bawak diri ke bandar kuala lumpur konon nya merajuk sebab hubungan yang tidak direstui.
Setahun aku merantau dan sepanjang setahun tu tak terkira aku tukar tukar teman lelaki clubbing dan parti tertutup itu boleh dikatakan biasa sehingga aku bertemu dengan seorang lelaki bernama Qayyum (bukan nama sebenar).
Aku tertarik dengan layanan dia yang sangat protektif pada aku yela abang-abang aku dah takde tetapi silap nya Qayyum adalah suami orang anak dua aku pun sudah terlanjur dengan dia berkali-kali dek kerana isteri nya yang jauh di negeri peranginan terengganu.
Sepanjang perkenalan aku dan Qayyum ye aku merasakan cinta kembali boleh dikatakan aku adalah seorang perempuan yang dahagakan kasih sayang.
Qayyum memberikan semua yang aku ingin kan dan kami duduk di satu rumah sehingga aku membuat keputusan balik ke negeri asalku yang berada di perak dan tidak disangka Qayyum mengikuti rancangan aku malah dia turut mengikuti aku bekerja di perak.
Hubungan aku dan Qayyum pernah terkantoi dengan isteri nya sekali sewaktu isteri nya pulang ke rumah sewanya dan melihat barangku yang aku lupa bawa keluar dari rumah.
Malam itu Qayyum dan isterinya Malina (bukan nama sebenar) bertengkar sampai dia melafazkan talak tanpa sengaja kepada malina, aku memujuk qayuum supaya dia membetulkan keadaan dengan meminta rujuk kembali dengan isteri nya dek kerana rasa bersalah.
Dan dia mengikuti kata-kata aku kemudian kami kembali kepada hubungan asal seperti sedia kala jika ditanya ya aku bahagia bersama suami orang meskipun aku tahu itu salah.
Tetapi tidak lama setelah itu muncul satu masalah yang memberi kesan yang sangat mendalam kepada diri aku, aku disahkan hamil dan Qayyum sangat gembira tentang hal itu meskipun aku bukan isteri nya yang sah.
Katanya dia berharap anak yang aku kandungkan tu anak perempuan kerana dia sudah mempunyai 2 orang anak lelaki, tapi aku malah memilih untuk membuang kandungan aku kerana tidak mahu melukakan hati ayah dirumah.
Pada suatu hari Qayyum membawa aku pergi ke klinik untuk mengesahkan kandungan aku yang baru masuk 5 minggu dan aku bertekad untuk menggugurkan kandungan itu. Tetapi Qayyum malah memujuk aku dan merayu supaya kandungan itu aku jaga dan aku simpan.
Keesokkan hari Qayum menghubungi aku bahawa Malina telah mengetahui tentang kandungan aku dan mengugut untuk membunuh diri jika Qayyum tidak meninggalkan aku dan aku tidak berfikir panjang lalu meminta nya menuruti permintaan isterinya sahaja.
Qayyum menuruti permintaan Malina dengan bersyarat dan syarat nya dia ingin menjaga aku sehingga kandungan aku berusia 5 bulan kerana kasihan pada aku yang tengah mengandungkan darah daging nya.
Atas rasa simpati Malina setuju dan aku membuat keputusan untuk tidak menggugurkan kandungan aku.
Sepanjang 5 bulan aku cukop bahagia dan akhirnya Qayyum kembali pada Malina tanpa khabar berita dan aku membawa diri jauh dari keluarga supaya ayah aku tidak mengetahui tentang kandungan aku.
Aku menggunakan semua simpanan yang aku ada untuk teruskan pejalanan lagi 4 bulan menunggu hari aku bersalin.
Aku menyewa di flat area Ampang selangor sambil mengikat perut demi menjimatkan duit untuk bersalin disana aku berkenalan dengan sorang lelaki bernama Nazmi (bukan nama sebenar),
Dia lah dan adik perempuanya yang menjaga segala keperluan aku sepanjang aku disana sehingga tiba waktu aku bersalin di sebuah hospital swasta dan lahir lah zuriat pertama aku bernama Aleesya.
Dan betul kata Qyyum aku mengandungkan anak perempuan wajahnya putih bak cina tak dinafikan wajahnya seiras ayah nya yang mempunyai kacukan cina melayu itu.
Aku menjadi kasih dan sayang pada zuriat aku tapi sayang aku tidak mampu mempertahankan dia aku tahu yang ayah aku tidak akan menerima zuriat aku atau aku yang tidak kuat untuk memberitahu nya.
Setelah umur Aleesya 2 bulan aku merasa lelah dan ingin pulang kepangkuan keluarga aku,
Aku buntu sehingga satu masa aku pergi ke supermarket untuk membeli barang dan aku melihat ada seorang perempuan baya2 kakak aku dan suami nya beria tersenyum kepada Aleesya dan aku tanya suka budak ke kak?
Dan akak itu menjawab ye suka dah lama kahwin tapi belom ade rezeki dik. Timbul di benak hati aku ingin melepaskan Aleesya aku terus bertanya nak anak saya kak?
Buntang mata kakak tersebut termasuk suami nya. Kebetulan disisi aku Nazmi terus menarik aku ketepi dan bertanya kan kepastian aku termasuk kakak dan suaminya membontoti aku.
Tidak aku nafikan kebaikan Nazmi lebih dari segalanya dia lah ayah yang sangat menyayangi Aleesya dan dia lah superhero yang mampu membuat aku kembali sayang kan lelaki.
Aku berkata kepada Nazmi kalau awak sayang saya awak bantu saya yaaa. Yaa aku dan Nazmi sudah ada bibit sayang dari mula dia menjaga aku semasa mengandung sehingga sekarang kemudian kami pergi ke sebuah caffe untuk berborak bersama kakak itu dan suaminya.
Kakak itu bernama Kak Suri dan suaminya Syafri mereka bercerita yang mereka sudah merancang untuk mengambil anak angkat tetapi sudah ditipu berkali kali dan mereka meyakinkan aku untuk menjaga Aleesya untuk aku dan aku bersetuju setelah aku ceritakan semua kisah yang aku lalui.
Nazmi adalah penguat aku disaat ini proses pengambilan anak angkat aku turutkan sehingga selesai tanpa ragu-ragu kerana aku ingin kan yang terbaik buat Aleesya.
Keluarga angkat Aleesya tidak berhenti mengcapkan rasa syukur dan kasih terhadap aku dan berjanji akan menghantar gambar tidak akan putuskan hubungan aku dan Aleesya.
Malah setelah aku memberikan Aleesya kepada mereka berusaha mempertemukan aku dan anak aku meski pun aku tidak mahu memperkenalkan diri aku sebagai ibu kandungnya,
Kerana aku melihat bagaimana keluarga angkat nya menerima kehadiran Aleesya walaupun mereka tidak tahu Aleesya adalah anak angkat.
Aku tahu ramai yang tahu akan kehadiran Aleesya marah akan tindakan aku yang seolah olah membuang anak kandung aku sendiri,
Tapi percaya lah aku tidak bekerja dan simpanan semakin menipis nak harapkan Nazmi aku sudah malu dengan dia yang tidak henti menghulurkan pertolongan meski pun aku tahu dia ikhlas.
Aku ingin kan keluarga yang lengkap untuk Aleesya dan aku tak nak dia digelar anak luar nikah oleh sesiapa sahaja dia sempurna dan lahir tersangat lah suci.
Setelah 2 bulan berpisah dengan anak aku, aku pulang kembali kepada keluarga aku dan Kak Suri tidak henti mengabarkan tentang anak aku melalui gambar chat dan video call kerap juga aku berjumpa dengan nya,
Tapi tak lama aku memilih untuk tidak mahu selalu berjumpa dengan mereka kerana rindu itu terkadang terlalu menebal dan mereka hanya menghubungi ku dan menghantar gambar sahaja.
Aku pula semakin pulih sudah mula bekerja dan gaji aku yang boleh tahan lumayan meski tidak menyambung pengajian. Aku mula berhenti hidup liar dan suka berfoya foya.
2 tahun berlalu anak aku Aleesya pun sudah besar aku tidak pernah sekali cuba untuk menemuinya dan hanya melihat gambar yang dihantar melalui Kak Suri dan Abang Syafri suami Kak Suri.
Hubungan aku dan Nazmi semakin hari semakin bahagia tahun depan kami akan bernikah hujung tahun 2023 tapi bukan disitu sahaja kisah aku ini aku dan Nazmi diuji dengan kehadiran Qayyum kembali mahu bertemu dengan anak nya.
Dan merayu untuk mendapatkan hak penjagaan anak tetapi sedia maklum Aleesya berbintikan 99 nama ALLAH maka walaupun dia ayah kandung tetapi dia tiada hak keatas anak dan aku tidak mahu dipanjang kan cerita.
Hari ke hari dia mula menggangu aku dan Nazmi untuk bertemu dengan anak sehingga merayu aku untuk mengahwini aku sebagai isteri kedua,
Dan aku juga tahu sabar Nazmi ada batas Nazmi mula menjadi lelaki yang kuat cemburu dan mula mengontol semua urusan aku sehingga kerja aku pun dia halang untuk bekerja.
Lagi menjadi-jadi laaa si Qayyum mencari aku dimerata tempat sampaikan Nazmi terpaksa ulang alik selangor -perak semata mata nak jaga aku puas sudah aku melarikan diri daripada Qayyum sehingga aku terpaksa menipu yang aku dah tak tahu dimana Aleesya berada sekarang.
Aku tahu dia kecewa iyalah anak dia jugakan cuma kami tersepit dahulu sampaikan masing- tersiksa dengan dosa yang telah kami lakukan andai masa mampu diputar kembali aku takkan melakukan hal terlarang ini
Maafkan adik ayah kerana membelakangkan ayah,
Maafkan ibu Aleesya kerana tidak menjadi ibu yang baik,
Maafkan saya Nazmi kerana saya bukan wanita yang baik,
Mohon doakan pertunangan saya dan Nazmi kekal sehingga ke hari pernikahan dan sehingga hujung nyawa.
– Aleeya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit