Jin Asyik Suka Perempuan Yang Seksi

Assalamualaikum kepada pembaca yang dihormati. Saya harap admin dapat pos confession saya ni.

Anda semua tentu sudah biasa dengar nama jin asyik ini bukan?

Penulisan saya ni bukanlah untuk beritahu seronok pulak disetubuhi oleh jin asyik, tapi saya nak beritahu apa yang jin asyik lakukan kepada saya, supaya wanita-wanita di luar sana ambil pengajaran,

Dan langkah-langkah untuk mencegah atau untuk menghalang jin asyik dari terus menganggu hidup anda khususnya wanita yang sudah atau belum berkahwin.

Saya seorang gadis berusia 34 tahun dan sedang mengalami gangguan jin asyik yang telah menapak dalam tubuh badan aku sejak 24 tahun.

Saya jelaskan di sini wanita yang mengalami gangguan atau tanda-tanda jin asyik pada peringkat awal, saya merayu anda semua pergilah berubat secepat mungkin janganlah tangguh-tangguh akibatnya sangat besar.

Jin asyik sebenarnya suka mengintai wanita secara senyap-senyap apabila wanita membuka aurat mereka sepenuhnya atau separuh bogel ketika mandi atau nak tidur.

Jin asyik akan mulai jatuh cinta secara automatik dan takkan lepaskan wanita yang ia sukai kepada mana-mana lelaki pun.

Kesannya, wanita tersebut sukar mendapat jodoh atau bergaduh dan putus tunang secara tiba-tiba walaupun punca masalah tu kadang-kadang kecil sahaja.

Bermula sebelum bulan puasa tahun (2018), ada seorang ustaz yang mengajar di kuliah kampung Dew, namanya ustaz Sufi.. Ustaz tersebut memang selalu mengajar kuliah di masjid tersebut.

Satu hari dengan izin Allah S.W.T. Ustaz tersebut menegur ayah saya sebab riak wajah ayah saya kelihatan susah hati dan sedih. Ustaz Sufi menegur ayah saya.. “Cikgu ada apa-apa masalah ke? sebab saya nampak muka cikgu kelihatan susah hati dan sedih…”

Pertemuan itu tidak saya sangka merupakan titik permulaan bagi keluarga saya untuk mula berubat. Tempat pertama kami mula berubat sehinggalah tahun 2024…. sebanyak 26 perawat perubatan islam sudah mengubati sihir yang di hantar kepada saya sekeluarga.

Cerita ni sebenarnya panjang tapi saya ringkaskan. Kebanyakkan perawat yang kami pergi semuanya mengatakan benda yang sama jin saka yang bertukar pangkat menjadi jin asyik.

Antara adik beradik saya, saya yang kena gangguan jin asyik yang paling teruk. Adik-adik saya telah sembuh sepenuhnya tapi saya tidak. Masih lagi diganggu oleh jin asyik pada setiap hari tidak kira siang, malam, tengah malam malah hampir nak masuk waktu solat subuh.

Jin asyik sering mendatangi saya pada waktu tidur dan membuat hubungan kelamin dengan saya. Bila waktu tidur, saya lebih suka mengenakan baju tidur seksi tanpa apa-apa pakaian dalam sebab nak bagi kulit berangin dan bernafas.

Tapi saya betul-betuk tidak menyangka ia akan menaikkan nafsu syahwat jin asyik untuk menyetubuhi saya. Jin asyik mula mengurut dada saya hingga naik syahwat saya sampailah jin tersebut menanggalkan pakaian tidur saya sepenuhnya.

Hampir setiap malam begitu.. kadang kala saya menangis, sebab saya teringin hendak menjadi normal seperti gadis-gadis lain tapi Allah uji saya begini..

Saya dah redha dengan takdir ini… malas dah nak berubat.. apa yang saya lakukan sekarang ialah jaga solat, baca al-quran, selawat dan zikir… tapi makin saya jaga solat saya makin kuat jin asyik tu menyetubuhi saya… penat tu memang tak payah cakap lah…

Yang peliknya masa jin tu menyetubuhi saya, mesti jin asyik akan bukak bra saya dan setubuhi saya seperti pasangan yang sudah berkahwin tapi takdelah sampai tahap kena mandi wajib.

Begitulah saya setiap hari penat melayan nafsu jin asyik yg suka menyetubuhi saya..antara monolog dalaman saya dengan jin ialah:-

1) Abang (jin asyik) dah lama perhatikan ayang sejak ayang mula akil baligh lagi, abang tunggu sayang selama 10 tahun untuk abang setubuhi sayang.

2) Tubuh badan ayang sangat seksi.. tu yang buat abang (jin asyik) naik nafsu utk setubuhi sayang hampir setiap hari.

3) Bahagian dada ayang, bila abang (jin asyik) sentuh lembut dan tegang.

4) Kulit ayang dah lah putih, halus dan cantik pulak tu lagilah Abang (jin asyik) suka sentuh.

5) Abang (jin asyik) nak kawen dengan ayang sebab abang (jin asyik) cintakan ayang sampai bila2.

Saya ada bermimpi yang keluarga jin tersebut sedang menyiapkan gaun kawen saya warna putih serta cincin untuk meminang saya, tapi saya tolak… lepastu terus saya mimpi ular hitam datang nak patuk saya, Alhamdulillah saya bunuh ular tu.

Hati2 ye wanita di luar sana, jangan jadi macam saya.. pergilah berubat sebelum terlambat.

– APPLE (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Dah suka pakai baju tidur sexy2
    Tak pakai baju dlm pulak tu

    Kan ada doa bukak baju utk diamalkan?
    Dah buat?

    • Bukan semua orang tau doa tu kak. Tapi paling ringkas, boleh baca isti’azah (a’udzubillahi minassyaitanirrajiim)

  2. sy pernah kena mcm ni. alhamdulillah skrg dh sembuh n dah kawin pun dgn manusia. jgn putus asa berubat sb tu salah satu ikhtiar. plus, sebelum tdo, bca 3 qul, ayat kursi, dan bismillah 5..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *