Jin atau Syaitan

Hi. Saje menulis nak berkongsi cerita.  Selama 20 lebih tahun aku hidup, rasanya ada la beberapa kali aku terserempak atau ternampak secara sengaja atau tak sengaja. Secara sedar atau tak sedar.

Tapi bila teringat balik sekarang ni, tiba2 meremang bulu roma…

Pengalaman pertama aku ‘bersemuka’ dengan hantu or syaitan or jin ni, masa aku sekolah rendah. Lebih kurang masa tu umur 10/11 tahun. Masa tu, ada kelas tuisyen.

Selalunya kelas tuisyen sekolah start kul 8:30 malam, habis kul 10:30 malam.

Nak dijadikan cerita, ada satu atau dua minggu tu aku datang sekolah awal. Awal sejam, tak pun awal 30 minit.

Sebab zaman budak2, time gi tuisyen pun nak bermain. Ada lah 3 4 orang kawan lain yang sekepala dan kami pun berpakat untuk sampai sekolah tepat pada masa yang dijanjikan.

So, ingat lagi, hari tu hari Khamis malam Jumaat. Akulah orang pertama yang sampai kat kelas tu. Kelas kat tingkat paling atas sebab budak2 darjah 6 time tu kelas kat bawah. Darjah 4 dengan 5 kat atas.

Masa sampai kat tingkat 3, aku ada dengar macam bunyi tapak kaki. Tapi berselipar macam berlari anak. Macam budak2 sebaya aku, excited nak jumpa kawan, bukan excited nak tuisyen pun.

Tapi disebabkan still awal, sekolah masa tu tengah gelap lagi. Kul 8:15 macam tu baru pak guard bukak lampu biasanya.

So, aku pun tunggu. Sebab dah janji kan dengan kawan2 so aku yakin yang naik tu salah sorang kawan2 aku la.

Tiba2 aku dengar bunyi kuat gila tapi tak nampak apa. Diselangi dengan bau yang sangat kuat. Dia macam bau hanyir ikan tapi ada traces of bau wangi tapi bila gabung macam pelik ah bau dia takleh describe.

Time ni sumpah innocent gila. Takde fikir pasal hantu ke apa, sebab duk memikir mana member2 ni tak sampai lagi.

Seronok dulu gi sekolah awal boleh main hoki (guna penyapu sekolah dgn penutup botol). Masa aku toleh, tiba2 ada member aku kat hujung yang lagi satu. Means dia berjalan naik tangga belah sana.

Tapi dia bukan hantu lah. Sebab dia selalu jumpa kitaorang, dia bagi salam. Lepas2 tu, tak ingat dah part tu.

Then fast forward masa form 2, nak naik form 3. Masa tu, ingat lagi. Bulan puasa around bulan 10/11.

So kitaorang ramai2 masa tu gigih nak qiamullail kat masjid. Yang sebenarnya, nak main mercun and nak lepak dengan kawan2. Biasalah, darah muda. Lepas terawih, kitaorang lepak2 kat masjid.

Tidur, lepas tu bila sampai waktunya, kitaorang qiamullail. Masa mula2 je macam serius buat. Lepas tu ada dua tiga orang dah mula lepak kat luar.

So kitaorang pun follow ah. Kitaorang berjalan jauh2. Pusing2 kawasan perumahan and lepak kat playground.

Masa tu ingat lagi, sebab kitaorang dah penat berjalan, masing2 penat. Masa ni rokok pun tak mampu untuk buat aku berjaga. So aku salah sorang yang tido la.

Tapi ada dua org member aku, nampak ada benda putih berambut panjang terbang dari lampu jalan ke lampu jalan.

Nak dijadikan cerita, ada jalan baru je siap dibuat. Tapi kawasan tu dulu mmg kelapa sawit penuh. Kalau masuk, memang kawasan tu tempat orang india tanam mayat (kubur orang india).

Sebelum kitaorang masuk kawasan playground tu, kitaorang ada dengar salakan anjing sayup2 kedengaran.

Lepas tu, diikuti dengan hilaian perempuan pun sayup2 kedengaran. Tapi dek kerana time tu dah ngantuk gila, memang tak fikir langsung ada benda lain sekali.

Peristiwa ketiga, pada waktu yang sama jugak, cuma masa kitaorang merayau pusing kawasan. Lepas lalu jambatan, depan sikit belah kiri ada entrance nak ke kuil.

Masa ni dengar sayup2 macam anak kucing mengiau. Korang mesti pernah confuse bunyi anak kucing mengiau dengan bunyi baby menangis kan.

So kitaorang pun cuba pastikan bunyi apa. Sebab ada sorang membe ni bengong dia dah la suka kat kucing, so dia yakin la kucing. Dia gi ke jalan mengarah ke kuil tu. Pastu kitaorang follow, semua orang ada situ. Dalam 8 orang.

Lepas dengar tu, sorang daripada kitaorang cakap, jom blah. Sebab dia yang paling ada common sense time tu, dia ajak blah. Lepas tu, kitaorang sampai kat restoran. Aku tanya dia apsal. Dia cakap dia dengar macam bunyi baby nangis.

Untuk makluman, tu kawasan perindustrian yang baru bukak and tak ramai orang lagi yang jadi tenant kat bangunan2 yang baru dibina.

Lepas tu sorang2 daripada kawan2 aku yang lain cakap, memang bunyi baby nangis. Cuma tak sure betul baby or benda tu.

Yang sorg suka kucing yang beriya kata bunyi suara kucing tu, dah diam terkedu. The next day 3 orang demam termasuk aku. Sebab aku paling takde sense and mulut celupar. Padan muka.

Next, around setahun yang lepas. 2019. Lepas kahwin, aku dengan wife duk kat hotel.

Time tu ada promo OYO Hotel, dapat bilik apak best pada harga yang ridiculously murah. Semua benda berbaloi walahpun takde free breakfast. Tapi time ni kitaorang tak tahu pun yang bilik tu dah lama tak didiami.

Masa mula2 masuk, lepas bagi salam, aku ada rasa angin macam keluar dari dalam. Tapi lepas tu aku keluar balik sebab nak amik barang wife aku tengah pegang.

Lepas kitaorang masuk, aku masuk toilet, tengok tingkap terbukak. So, make sense la angin keluar sebab pintu pun ditarik keluar. Tapi apa yang berlaku lepas tu, kitaorang jadi tak leh brain.

Bunyi guli. Apak kuat gila. Macam kau dah kenapa main campak guli kuat gila. So kitaorang pun macam mencari la dari mana datangnya bunyi ni. Aku panjat katil sebab nak pastikan bunyi datang dari atas.

Wife aku gi kat dinding yang sebelahnya ada bilik gak. Pun bukan. Pastu aku gi satu sudut ni, bunyi guli jadi sayup2.

Aku serius tak fahan the logic behind bunyi kuat or sayup2, cuma ni kali pertama aku experience bunyi guli yang macam ni.

Actually, kalau aku recap balik, masa tahun 2016, lepas 14 hari bercuti dengan keluarga ke Turki, dalam bilik aku ada jugak dengar bunyi guli.

Tapi tak lama lepas tu, bunyi tu hilang. Time ni tak tau lagi bunyi apa. Aku ingat adik aku main guli kat atas. Tapi seingat aku time tu mmg kitaorang takde beli set congkak.

Tapi lepas tu, aku bagitau mak aku, pasal bungi guli tu, mak aku macam buat2 tak dengar je. Tak sure kenapa.

Lepas kenal dengan wife, baru aku tahu apa maksud bunyi guli ni. Sebab dia sendiri pun pernah experience benda ni.

Lagi teruk, masa dia sewa rumah time zaman U, dia kena kacau teruk, sampai barang2 dalam rumah berselarak. Time tu, housemate balik beraya.

So aku just nak share jelah. Lepas tu, aku nak tanya, nak dibuat apakan dengan diaorang ni?

– @lias (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *