Hi admin! Assalamualaikum. Hope admin approve lah
Aku seorang perempuan. Anak sulung dari 4 orang adik beradik. Parents aku dua2 bekerja. Ibu berniaga di restoran makanan di JB dan abah bekerja sebagai manager di syarikat swasta yang agak terkemuka kat negara ni. Umur aku 24 tahun, baru habis belajar dalam bidang perbankan dan masih menganggur.
Ceritanya bermula ketika aku sedang belajar di universiti dahulu, aku berasa cepat letih tanpa sebarang kerja yang aku lakukan. Aku beranggapan ini akibat sifat malas aku. Aku teruskan juga rutin harian aku di kampus walaupun letih.
Aku ni boleh dikatakan mempunyai paras rupa yang cantik (orang cakap) so agak ramai juga yang berkenan dengan aku di universiti. Namun, aku tak mempunyai perasaan pada orang lelaki (but i’m not lesbian). Perasaan kosong. Masa minggu convocation ada lelaki bagi bunga, coklat but aku tak cair lansung. Macam² teknik mereka memikat but tak ada satu pon yang aku berkenan. Kawan² perempuan semua pelik dengan perangai aku. One day, kawan aku Farhah biasa berubat dengan rawatan Islam. Dia kata pada aku ada jin yang berkenan pada aku itu sebab hati aku tertutup pada lelaki. Tambahan pulak badan aku kerap lebam² tanpa sebab. Aku seorang yang agak moden (tapi tidak sosial) sememangnya tidak percaya perkara seperti ni. Aku hanya gelak sahaja. Tidak ambil serius lansung dengan kata² Farhah. Mungkin disebabkan Farhah sakit hati dengan reaksi aku seolah-olah tidak percaya pada dia, dia membeli buku “Manzil” dan “Tanda² diganggu jin/ diminati jin” dan tunjuk kepada aku. Pada mulanya aku malas membaca, lebih baik aku study subject yang bakal test namun disebabkan untuk menjaga hati Farhah aku bacalah jugak. After baca, alangkah terkejutnya aku apabila 20 tanda² yang diberi, 14 sememangnya aku alami. Disebabkan takut, aku mula membeli buku² berkaitan dan rawatan untuk pulih. Cuba teka apa yang terjadi selepas itu? Semakin aku cuba lawan, semakin teruk keadaan aku. Aku jadi cepat marah. Kadang² sebab angin tiup buku yang aku tengah baca aku boleh rasa nak mengamuk. Aku solat tapi tak khusyuk. Bila aku buat solat sunat pukul 3-4 pagi hanya jasad aku yang buat bukan hati aku. Tiada lagi aku menangis-nangis seperti dulu bila buat solat sunat taubat. Hati aku makin keras. Aku cepat depression. Banyak lagi perkara yang teruk aku buat dan tak perlu aku cerita di sini. Makin lama makin jauh dengan Tuhan aku rasa walaupun setiap hari aku solat. Aku mengadu keadaan aku pada Farhah dan dia suruh aku pergi berubat di perubatan Islam. Disebabkan kekangan masa, aku tangguh untuk pegi berubat. Sehinggalah aku tamat belajar.
Di rumah, aku mengadu hal aku kepada abah dan ibu. Mereka tidak percaya pada aku. Kami sekeluarga sememangnya tidak terlalu percaya dengan perkara² ghaib seperti ini. Apabila ibu dan abah tidak percaya, aku tekad untuk pergi berubat sendiri di Darul Syifa’ sebab itu sahaja sumber yang aku tahu dan aku tidak pasti kenapa ibu dan abah marah sangat pada aku jika aku pergi berubat sehingga abah dan ibu kata aku akan jadi derhaka jika aku pergi juga. Sejak dari itu, aku diam sahaja dan berlawan sendiri dengan gangguan² yang aku hadapi. Disebabkan aku hanya manusia biasa, aku tewas kadang² . Aku rasa keadaan aku makin teruk. Sometimes rasa susah sangat untuk solat, aku makin depression cepat nak marah, lebam² dibadan makin kerap. Dengan kerja masih tidak dapat aku jadi semakin tertekan. Slalu aku bercakap dengan diri sendiri adakah aku gila namun aku sangkal cepat². Kadang² tu aku rasa mahu tidur sambil peluk Al-Quran sebab aku takut aku buat perkara yang entah apa-apa.
Baru-baru ini aku pulang ke kampung aku ziarah nenek. Keadaan nenek agak tenat namun nenek tidak mahu “pergi”. Menurut Paklong nenek ada memakai “pengeras” itu sebab susah untuk “pergi”. Aku jadi pucat sebab aku terus teringat dengan buku bacaan yang Farhah berikan dulu, antara punca gangguan jin adalah dari keturunan namun sukar diubati. Aku takut sekiranya aku cucu terpilih untuk mewarisi “pengeras” nenek. Keadaan nenek yang semakin teruk dan gangguan terhadap aku juga makin teruk membuatkan aku takut. Apa yang harus aku lakukan sekarang? Ada sesiapa yang boleh tolong dan beri pendapat? Aku risau jika adik² aku turut diganggu.
– Siti
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit