Aku Langsir. Terima kasih siarkan confession aku dan terima kasih kalau ada yang dapat share positivity dan pengalaman korang jugak tentang ni.
Aku ni jenis yang tak obses benda mistik, tapi aku percaya ia wujud.
Alkisah, aku ni lepas beranak anak kedua ni memang sangat kerap sakit badan. Bagi aku normal lah kan. Sakit urat, sakit badan bisa-bisa.
Anak sulungku speechdelay (doakan kesembuhan dia seperti sedia kala ya).
Jadi dia hyperactive sikit, dan banyak laa perbuatan yang aku rasa mencabar sikit yang mungkin aku tak pernah tengok pada anak-anak buah aku sebelum ni.
Malam dia memang susah nak tidur jam 2 3 pagi. Yang ni aku rasa normal lah budak budak berjaga malam. Tapi dia punya aktif tu, dan mengomel seorang diri tu haih mencabar.
Aku fikir biasa budak akan tahu baring ke paling tak kalau tak dapat tidur pun, mungkin posisi dia elok. Macam aktif terlebih lah. Entahlah.
Masa aku mengandung anak kedua haritu, aku ada panas tangan. Tangan aku ni tak boleh sentuh dekat muka. Panas.
Tapi sepanjang aku besarkan Baby alhamdulillah takde benda pelik la. Sekarang dia dah 6 bulan. Beberapa bulan lepas, aku macam tak sedap hati.
Aku selalu mimpi bukan-bukan dah sebelum ni. Antaranya ular hitam besar.
Satu malam aku tak tahu aku mimpi ke terbayang ke apa. Tapi macam bukan mimpi, aku ternampak bayangan gelap seorang budak perempuan depan pintu aku sekilas je.
Masa tu anak sulungku tak tidur lagi. Biasanya kitorang tidur je, tidur-tidur ayam kot walau dia tak tidur sebab dia akan main dalam bilik je.
Pastu hati aku mula rasa ada yang tak kena. Aku cerita dekat husband dan mak mertua aku.
Mak mertua aku pun suggest aku pergi Pusat Perubatan Islam. Katanya alah untuk anak aku, lembutkan hati ke apa. Sebab ye lah kitorang takde fikir apa pun.
Demi anak, aku usahakan je lah. Cerita kat ustaz, ustaz senyum dan bacakan AlQuran dekat ubun anakku. Sekejap je.
Lepastu ustaz nak bacakan untuk aku. Aku turutkan je laa. Bila ustaz mula baca, aku macam meremang. Rasa sedih nak nangis. Eh dah kenapa.
Sepanjang perubatan tu, aku ada muntah angin. Terkejut lakiku. Lepas habis tu. Ustaz cerita, yang ada yang tumpang di tubuhku.
Ustaz pun minta minum air ruqyah dan mandi bidara lah. Nanti datang lagi katanya. Sebab nak ubat berperingkat.
Ustaz pun bagitahu bahagian2 dan kalau ada yang menumpang ni sakit macam mana, dan semua yang ustaz bagitahu tu tepat dengan apa yang aku alami dan aku tak perasan pun sebelum ni.
Aku nak hurai lagi tapi mungkin panjang pulak untuk confession ni.
Cuma ustaz ada tanya macam mana dengan suami isteri, aku kata kami okay, dan ustaz kata ini bukan sihir pemisah ke apa.
Cuma dari mana, macam mana bila tu ustaz tak dapat bagitahu. Luar ilmu dia. Walau aku pun kadang curious sebab ye lah kalau tahu details boleh nak elakkan.
Korang ada pengalaman macam ni ke eh? Aku macam stuck sikit. Sebab dah kali ketiga aku berubat tapi masih ada. Memang selepas berubat, ak dapat rasa perbezaan. Hmm.
Banyak lagi aku nak cerita. Kalau ada pengalaman atau pandangan, korang sharelahh jugak ye.
– Langsir (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit