Jinak-jinak Merpati, Bila Dekat Terbang Juga

Assalamualaikum semua. Coretan ni sekadar nak kongsi pengalaman aku dalam usaha mendekati jodoh. Sebagai pengenalan, aku Senah, seorang perempuan, umur awal 30an, dah kahwin & ada anak seorang.

Kehidupan aku sebelum jumpa suami adalah satu kehidupan yang sangat plain. Masa umur 24 tahun waktu tu mulalah terfikir bila lah agaknya nak ada boyfriend. Almaklumlah jadi perempuan bermuka biasa ni memang automatik kau akan ada rasa rendah diri nak mengorat atau dingorat.

Fast forward, masa umur 24 tahun waktu tu semester akhir aku dekat satu U awam ni. Masa hujung-hujung semester tu aku selalu melepak dengan 3 sohabat baik yang kalau orang tengok dari luaran mesti fikir macam mana budak 4 orang ni boleh jadi geng sebab semuanya perangai & appearance tak sama. Aku pelajar yang biasa je, belajar biasa, rupa biasa, kehidupan lagilah biasa. Aminah pula jenis top student, segala jenis mak nenek anugerah kalau boleh dia nak bolot.

Satu-satunya lelaki dalam geng kitorang ialah Leman. Jenis yang lantak lah kau nak buat apa, chill & suka gila tolong kawan-kawan. Yang terakhir ialah Munah. Si Munah ni kira macam famous dekat kampus tu. Agaknya lepas dah bertahun berkawan dengan geng2 famous dia nak tukar angin berkawan dengan pelajar marhaen macam aku dan 2 ketul lagi ni. Jadi sisa-sisa kehidupan di U dihabiskan bersama-sama.

Nak jadi cerita, dah dekat masa nak angkut beg baju balik kampung dengan berbaki lebih kurang sebulan lagi masa di kampus, 3 ketul kawan aku ni selalu sebut2 nama seorang lelaki bernama Zainal. Terutamanya si Munah ni, selalulah puji2 Zainal. Segala jenis pujian keluar dari mulut diorang bertiga. Ada satu scene ni, tengah kitorang makan dekat kafe, Munah tetiba cakap “eh Zainal ada dalam convenience store tu, Senah kau pergi lah tengok!”

Aku yang memang dah ada perasaan ingin tahu akibat selalu disogok cerita kebaikan Zainal ni pun bangun meninggalkan ABC dan nasi ayam yang baru je nak disantap. Tapi sampai pertengahan jalan aku patah balik. Sampai dekat meja kawan2 aku tanya kenapa cepat sangat. Dengan selamba aku balas, ” dari tengok Zainal yang aku tak kenal tu lebih baik aku makan”. Ya benar, cinta aku pada makanan memang tiada bandingannya walaupun dulu badan aku kurus dengan berat 48 kg dan tinggi 155 cm.

Hari-hari berlalu, masih lagi cerita2 kebaikan Zainal dicanang kawan-kawan aku. Zainal ni manusia biasa juga tapi mungkin kebaikan dia tu kawan2 aku nampak tanpa perlu dia tunjuk sebab tu ada je cerita baik diorang nak kongsi. Dipendekkan cerita sebelum nak balik kampung, Munah tanya aku kalau nak bagi BBM pin aku dekat seseorang boleh ke? Buat budak-budak Gen-Z kalau korang tak tahu BBM tu adalah sejenis messenger macam whatsapp juga tapi zaman tu kena pakai handphone Blackberry baru kau boleh ada BBM. Aku yang selalunya jenis polis penyiasat akan selidik dulu untuk tujuan apa nak bagi BBM pin pada orang lain tapi waktu tu aku terus cakap ye. Tak tanya banyak soalan pun dekat Munah.

Sampailah hari semua orang dah bungkus kain baju balik kampung. Tinggallah sisa-sisa kehidupan U, aku pun balik kampung. Malam tu tiba2 dapat satu mesej BBM dari lelaki yang memperkenalkan diri dia sebagai kawan Munah. Rupa-rupanya lelaki tu adalah Zainal. No wonder lah selama ni kawan2 aku jaja nama Zainal boleh kata setiap jam dekat telinga aku. Ada udang disebalik batu rupanya.

Bermula dari situ aku berkawan dengan Zainal melalui BBM sahaja sbb whatsapp belum cukup famous lagi masa tu. Dalam makna lain berkawan tanpa nombor telefon. Jenis hadap phone, chat senyum sorang2. Aku terfikir juga mungkin sebab aku ni jenis biasa2 jadi Zainal anggap tak lebih dari kawan tempat dia bertanya khabar je. Hipotesis aku ialah Zainal kawan dengan aku supaya dapat ngorat Munah..hahahhaha

Hampir setahun berkawan dekat BBM aku mula rasa perasaan bunga2 dalam hati. Last aku rasa perasaan macam tu masa umur 14 sebab aku crush dekat penyanyi solo nasyid sekolah. Sampai pasang niat satu hari nanti nak cari suami yang ada ciri2 Islamik walaupun bukan bergelar ustaz. Satu hari tu aku rasa macam dah tak boleh bendung perasaan sendiri. Aku beranikan diri tanya Zainal status kami. Simple gila Zainal jawab. Dia kata anggap aku sebagai kawan. Bahahaha, nampak dah aku je yang bertepuk sebelah tangan dan tak syak lagi hipotesis aku tadi betul iaitu Zainal kawan dengan aku sebab nak ngorat Munah.

Masa ni hati aku retak seribu. Aku tak fikir panjang dah, aku bagitau Zainal nak putuskan dari berkawan tanpa terangkan sebab apa. Bagi aku agak mudah nak lupakan Zainal sebab kitorang takde face to face memory. Suara tak pernah dengar, muka tak pernah nampak. Adalah senang untuk aku move on.

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Susah gila nak lupakan Zainal. Aku macam gila bayang. Terseksa dalam keputusan yang aku buat sendiri. Agaknya sebab aku dulu dah jatuh hati pada orang yang aku sendiri tak kenal secara alami. Aku kongsi cerita pada Aminah & Leman. Aminah selalu nasihatkan aku dengan ayat2 positif sama juga Leman. Bagi aku Leman boleh memberi pendapat berbeza sebab dia lelaki. Kenapa aku tak cerita pada Munah sebab aku dapat rasakan Munah & Zainal makin rapat. Dan tak patutlah aku ceritakan pada Munah yang aku ada perasaan pada Zainal.

Masuk tahun kedua dari tempoh kali pertama aku kenal Zainal, aku dah mula dihujani soalan bila nak kahwin. Sampai tahap aku menangis dalam solat minta Allah pertemukan dengan jodoh. Satu malam tu lepas maghrib aku kepenatan balik dari kerja. Macam biasa ayah aku ni jenis cepat risau bila anak dia tak menunjukkan yang ada ciri-ciri dah nak berkahwin. Berdas-das soalan dia tembak pasal jodoh. Aku tersungkur lagi menangis atas sejadah minta Allah kuatkan hati dan semangat untuk ditemukan dengan jodoh. Terlena dalam keseduan.

“An..an..an…totemodaisuki” nyaring bunyi whatsapp masuk pada handhone aku. Dengan mata bengkak lepas tertidur dalam tangisan, aku buka mesej yang baru masuk tu. Nombor tidak dikenali. Aku buka profile picture tengok gambar Darth Vader dengan tulisan jawi kecil di bawahnya. Ringkas je mesej tu ‘assalamualaikum’. Tiba-tiba jantung aku laju berdegup. Lama aku ambil masa nak balas ke tidak. Aku biar dulu. Tunaikan solat Isyak lepas tu baru reply ‘waalaikumussalam.. siapa?’

Dan pemilik mesej tu adalah Zainal. Dah kenapa pula laki ni mesej aku? Dari mana dapat nombor aku? Macam2 soalan aku fikirkan masa tu. Yang hairannya aku boleh layan mesej dia dengan baik, bagai melepaskan rindu tapi masih lagi dalam mood undercover. Selepas setahun terjalin semula persahabatan kami tapi kali ini advance sikit sebab dah ada nombor telefon.

2 bulan berkawan, sekali lagi aku beranikan diri tanya pada Zainal kenapa contact aku semula. Jawapan Zainal, nak bertanya khabar. Eh! Mamat ni tu je. Sedikit tak puas hati masa tu dengan jawapan dia. Aku ni biasalah suka sangat bersikap short cut, terus terang bagitau Zainal yang aku tak nak berkawan kalau dia rasa nak saja-saja kawan. Wow! Berani gila. Sekali lagi aku putuskan untuk tak berkawan lagi dengan dia. Macam budak-budak punya perangai. Ada nada-nada kemarahan dalam mesej balas Zainal. Katanya dia nak menunaikan umrah jadi dia usaha contact aku sebab rasa pernah lukakan perasaan aku sebelum ni. Dia cuba berhubung dengan semua orang yang dia pernah kenal untuk meminta maaf sebelum ke Tanah Suci. Terkedu aku sekejap. Tapi disebabkan ego, aku delete terus mesej dia.

Ntah macam mana, sejak hari tu doa aku berkaitan jodoh tak lagi general. Tapi aku selitkan nama Zainal. Sebabnya aku terfikir kenapa tiba2 mesej dia masuk lepas aku menangis mengongoi-ngongoi pada Allah. Jadi, aku pasang niat setiap masjid yang aku singgah akan aku selitkan doa jodohku dengan Zainal. Kiranya aku doa minta Allah temukan jodoh dengan Zainal tapi pada masa yang sama aku tak de effort untuk contact Zainal semula. Disebabkan aku macam dah gila bayang semula pada Zainal, setiap perbuatan aku akan terbayangkan Zainal. Gila!

Rezeki aku tahun yang sama Zainal tunaikan umrah aku dapat sambung belajar. Satu hari tu, aku ambil keputusan nak mesej Zainal. Minta maaf pada dia dan mulakan semula persahabatan kami. Aku memang berterus terang pada Zainal yang aku nak ke tahap serious bila berkawan dengan Zainal. Zainal masih sama juga, jawapan dia tidak memberikan harapan untuk aku. Tapi aku nekad mesti kena usaha sebab ini yang aku doakan. Aku doa nakkan Zainal. Tegarnya hatimu Senah!

Kami berkawan lebih rancak dari sebelum ni. Ada saja topik perbualan yang nak dibualkan. Kalau dulu hanya sekali-sekala. Tapi kali ni boleh kata whatsapp mesej paling banyak mesti dari Zainal. Masa ni dah aktif orang gunakan instagram. Aku tahu Zainal ada kawan baik dari golongan selebriti. Jadi aku banyak mengikuti perkembangan kawan baik dia di IG disebabkan nak tahu apa Zainal buat. Melalui IG juga aku dapat tahu rupa Zainal walaupun takdelah banyak post IG kawan dia yang menunjukkan Zainal. Nama pun IG kawan Zainal, tak kan penuh gambar Zainal pula.

Study aku kali ni memerlukan untuk aku buat internship di luar negara. Selama 3 bulan aku di bumi orang. Jauh kesejukkan di barat dunia. Dalam 3 bulan tu, aku mula rindu pada tanah air. Memang nampak sekejap, tapi perasaan tinggal di sana tak sama macam pergi melancong. Aku rindu pada semua, termasuklah pada Zainal. Satu hari aku nampak post kawan Zainal, ada tagged nama Zainal. Ini bermakna Zainal sudah ada IG. Wah, mudah lah aku nk stalking lepas ni..Muahahahha..

Tanpa membuang masa aku terus click nama IG pada tagged tu. Hancur hatiku yang berbunga2 pada awalnya. Gambar pertama Zainal berdiri di sebelah seorang perempuan. Cantik! Seriously jauh berbeza dengan aku yang biasa-biasa ni. Tanpa fikir panjang, ikutkan perangai short cut aku ni.

Langkah pertama, aku like gambar tu. Langkah kedua, aku block Zainal dari whatsapp. Bermulalah detik-detik patah hati aku. Waktu di negara orang, aku rasa kali ni patah hati yang berbeza sebab tak ada keluarga & kawan2 yang boleh bercerita. Tapi alternatifnya aku berkongsi dengan Munah melalui whatsapp. Munah tak terkejut sebab dia tahu dan nampak aku memang ada perasaan pada Zainal selama ini. Menurut Munah memang tak pernah jadi apa2 antara dia dan Zainal. Maknanya hipotesis aku selama ni adalah null. Ciss!! Sorry Munah, selama ni aku bersangka buruk tentang hubungan kau dan Zainal.

Melalui Munah aku dapat tahu Zainal cuba menghubungi aku. Kata Munah, Zainal tak dapat nak jelaskan apa2 sebab aku dah block dia. Aku nekad, kali ini aku dah tak terdaya nak syok sendiri lagi. Aku menghabiskan tempoh internship dengan perasaan patah hati dan menghitung hari nak balik Malaysia.

Sesampai di Malaysia, aku unblock nombor Zainal dan disebabkan sudah dekat raya banyaklah mesej raya dan kemaafan yang diterima termasuklah dari Zainal. Kali ni aku sudah belajar memaafkan. Perasan pada Zainal juga makin pudar. Tak banyak yang dibicarakan. Zainal pun sama.

Kami meneruskan hari2 seperti biasa. Pejam celik, pejam celik dah 4 tahun aku mengenali Zainal dan 3 tahun aku menuggu Zainal. Doaku tentang jodoh masih lagi sama. Setiap masjid yang aku lewati pasti terselit doa mohon Allah ringankan usaha untuk bertemu jodoh. Cuma dah kurang nama Zainal dititip secara terang dalam doa aku.

Tahun 2016, Zainal bertanya sama ada aku nak tak jumpa ibunya. Terkejut dan terkesima! Perasaan aku masa tu bercampur-baur. Betulkah? Aku tak fikir panjang, terus kata boleh! Allah permudahkan urusan kitorang. Aku berjumpa ibu Zainal. Seorang yang mudah disenangi. Melalui ibu Zainal banyak perkara aku pelajari. Rupanya Zainal dah tak de ayah. Meninggal masa mengerjakan umrah kali pertama pada 2012. Aku kira masa itu kitorang di tahun akhir pengajian di U. Baru aku faham kenapa Zainal menghubungi aku ketika dia nak menunaikan umrah. Mungkin terdetik dihatinya jika pengakhirannya juga sama seperti ayahnya. Eloklah kiranya dia mohon maaf pada semua.

Segalanya macam dipermudahkan Allah. Kitorang masih lagi tidak berjumpa. Aturan majlis banyak aku uruskan dengan ibu Zainal. Mak ayah aku pun nampak suka sangat pada keluaga Zainal. Dalam tempoh 6 bulan kitorang mesti buat segala persiapan. Hanya 6 bulan tempoh diberikan. Januari 2017 tarikh kitorang akan disatukan.

Bila dah mula serious menuju ke tahap yang serious iaitu berkahwin, barulah aku tahu kenapa Zainal dari awal tak nak beri harapan dan macam main tolak tarik dengan aku. Zainal macam orang lain juga pernah rasa kecewa. Jadi sebab tu dia tak nak bagi harapan pada aku. Pengalaman hidup memang mengajar dan mendewasakan.

Hari yang ditunggu dah tiba. Dengan cuaca cerah berangin, aku dan Zainal sah menjadi pasangan. Sampai je dekat masjid aku dengan nada excited cakap dekat Aminah, Zainal handsome..hahhaha…aku rasa moment ni memang Aminah akan ingat sampai bila2. Alhamdulillah, kami sekarang dah ada seorang anak. Doakan kami bahagia sampai syurga.

Dalam soal mencari jodoh ni kita tak boleh berputus asa. Jambatan paling utama adalah doa. Untuk wanita di luar sana, aku bercerita bukan sebab nak tunjuk kehidupan aku sempurna tapi nak bagitau yang dikala kita rasa putus asa dengan manusia, Allah tetap ada. Aku doakan sesiapa yang masih mencari, Allah pertemukan dengan sebaik-baik pasangan. Pasangan baik adalah cerminan diri kita. Lagi satu jangan sesekali ungkit masa silam pasangan kita. Sebab semua orang ada masa silam. Tugas kita mencipta masa depan dengan melalui cabaran hari ni. Adios!

– Senah

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *