Jiran

Assalamualaikum warahmatullah.

Terima kasih admin, sebab sudi siarkan luahan aku ni. Dan pada aku, aku bukan nak luahkan saja, tapi lebih kepada aku nak cari solusi. Aku nak cari solusi sebab selama aku disini, belum pernah aku luahkan pada sesiapa pun.

Aku pendam saja. Dan cuba selesaikan sendiri dengan caraku tapi masih belum buahkan apa2 hasil.

Pertama sekali aku perkenalkan aku Izan, dah pun berkahwen. Berpindah ke negeri S****** atas faktor pekerjaan. Dan kurang setahun lagi bakal berpindah semula ke Utara Semenanjung InsyaAllah.

Seperti tajuk confession aku, tentang Jiran. Untuk pengetahuan semua, sebelum aku berpindah ke mana-mana tempat pun sebelum ni, memang aku doa banyak-banyak pada Allah nak dapat jiran yang baik, jiran yang takut pada Allah.

Sebab apa aku doa macamtu…? Sebabnya aku dah la merantau, banyak tempat dah aku pindah randah atas urusan kerja, dan biasanya tempat yang aku tinggal adalah jauh dengan keluarga aku.

Memang langsung tak ada sedara mara kat satu-satu tempat yang aku pergi. Jadi siapa yang paling dekat dengan aku…? Dah tentu-tentulah jiran-jiran.

Sebab tu lah doa aku sekian rupa. Nak dapat jiran yang baik, takut pada Allah. Hanya orang yang takut pada Allah akan hindarkan kita semua dari perkara mungkar, InsyaAllah.

Dan disamping tu aku juga perlu jadi hamba yang baik, bahkan aku juga perlu belajar jadi jiran yang baik dulu. Dan sekarang aku sedang usaha, sebab aku kasih dan sayang akan jiranku.

Alhamdulillah Allah makbulkan doaku, kami sekeluarga dapat jiran yang baik disini.

Mereka berlima dalam sebuah rumah. Suaminya berusia lebih 50an, isterinya 40an. Anak 3 orang. Mereka ramah, mesra dengan kami. Aku happy, keluarga aku happy disini pun sebab ada dorang anak beranak. Kami tak sunyi walaupun kami langsung tak ada sedara mara disini.

Waktu pandemik sekarang yang membataskan perjalanan untuk kami sekeluarga pulang ke kampung, mereka inilah sahaja ‘sedara’ yang kami ada disini.

Kalau nak tanya kebaikan apa, aku rasa cukuplah mereka melayan kami seperti sedara mara. Banyak cerita dikongsi bersama. Pendek kata, mereka baik. Dan dalam banyak hal kami saling tolong antara satu sama lain. Kami susah mereka tolong, mereka susah kami tolong.

Pendekkan kisah, memandangkan masa aku dan keluargaku dah tak lama disini dan kurang tempoh setahun kami akan berpindah ke Semenanjung, untuk yang 1 perkara ni aku teringin sangat nak tengok.

Sebelum berpindah, aku teringin sangat nak tengok suaminya pergi solat jumaat.

Sepanjang berada disini, belum pernah sekalipun aku tengok suami dan anak lelakinya solat jumaat. Bila time solat Jumaat mereka anak beranak akan berkurung dalam rumah sedangkan aku tau mereka ada didalam.

Pernah kami sekeluarga bawa anak-anaknya jalan-jalan, dan tiba waktu solat Maghrib. Kami berhenti disebuah masjid dibandar untuk tunaikan solat.

Anak jiranku cerita yang mereka tak biasa solat diluar, jadi kalau mereka keluar dari rumah dan tiba waktu Maghrib, maka Maghrib itu akan berlalu begitu sahaja tanpa singgah dimana-mana pun untuk solat.

Katanya, ayahnya tak biasa. Dan ibunya pun tak ajak si ayah untuk singgah di masjid, kerana ibunya tak bertudung. Takut apa pula orang masjid cakap. Dan situasi tu kerap berlaku.

Mungkin anaknya hanya berkongsi-kongsi cerita dengan aku. Sambil bercerita dia senyum-senyum tapi dihati aku sedikit kelat. Dan aku pun taknak judge apa-apa. Aku takmau tanya lebih, dan aku pun taktau nak react apa.

Aku hanya cakap, takpe harini kita solat disini dulu.

Dan untuk solat Jumaat ni, pernah aku cuba-cuba ajak ayahnya, tapi mereka akan menolak. Ada antaranya aku sembang-sembang tentang surau dan aktiviti disurau, biasanya si suami akan ubah topik. Berkali-kali benda ni jadi.

Aku offer untuk bawa mereka ke masjid dengan kereta aku walaupun masjid hanya 40 meter dari rumah kami. Aku yang lebih muda ni tak tau macamna cara lagi, sebab disamping nak mengajak jaga solat, aku juga nak jaga hubungan silaturrahim kami.

Aku bukan nak cari gaduh. Dengan korang para pemberi komen pun, aku taknak gaduh.

Aku takmau sekecil-kecil perkara macamni, kau tak kenal aku, aku tak kenal kau tapi kita bergaduh. Malu kat Allah.

Aku minta maaf, pembaca mungkin kata aku ni penyibuk, jaga tepi kain orang. Ya aku jaga tepi kain pelekat orang. Kalau kau nak kata aku penyibuk, silakan. Kau tak sayang dorang ni macam aku sayang, aku sayang jiran aku.

Jadi aku memang nak jadi penyebuk. Aku sedar aku pun tak baik, aku tak layak pun tapi jauh dilubuk hati, aku cuba jadi jiran yang baik.

Dan kalau ada di bahagian komen nak kecam aku, kalau sebab komen korang buat aku stop ambil peduli pasal jiran aku ni, depan Allah esok aku akan cakap kau yang tak bagi aku usaha untuk ajak jiran aku jaga solat Jumaat. Kau nak macamtu?

Di akhirat esok aku takut jiran aku bagitau Allah, aku tak pernah nak usaha bantu dorang. Apa aku nak jawab depan Allah esok..?

So, aku takmau kecaman. Tolonglah. Aku nak solusi. Aku ikhlas nak solusi. Aku nak solusi. Tolong aku. Moga apa yang baik dapat sama-sama kita berkongsi kebaikan. Untuk dunia dan akhirat kau, dan dunia dan akhirat aku.

InsyaAllah.

– Izan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *