Jiran Berebut Parking

Assalamualaikum semua.. Aku S, berumur 20an, hampir 5 tahun bekerja dalam sektor kerajaan, belum berkahwin dan masih single.

Sedikit pengenalan, Keluarga kami keluarga yang sangat sederhana, aku ada 9 orang adik beradik dan semuanya perempuan, ya tiada seorang pun lelaki tapi Alhamdulillah semua sihat dan kuat demi mak ayah kami,

Walaupun sering diketawakan kerana kata mereka anak perempuan akan tinggalkan mak ayah kerana ikut suami, mak ayah kami akan tua sendirian kata mereka, jahatkan mulut?

Mak suri rumah yang kerap sakit, pernah keguguran dan beberapa kali operation kerana penyakitnya. Ayah pemandu lori yang kerja siang malam demi cukupkan makan minum kami.

Aku anak ke-3 dari 9 beradik, kakak aku keduanya manusia yang sangat hebat di mata aku selepas ibu ayahku..

Mereka sangat bekerja keras dari kecil lagi, aku pernah temankan mereka pergi ambil upah cuci rumah orang, bayangkan ketika mereka berusia sekitar 8-12 tahun mereka dah mula ambil upah cuci rumah orang.

Aku yang tadika ketika itu cuma menemani sambil melihat, ketika mereka sekolah menengah, mereka kerja partime di pasaraya selepas waktu sekolah demi bantu menampung belanja rumah kami, kami yang adik2 hanya menumpang rezeki yang dicari oleh mereka..

Nak dijadikan cerita ketika kedua2 kakakku tamat persekolahan ibu kami jatuh sakit yang teruk sehingga kerap kali ulang ke hospital dengan chemo bagai. Jadi mereka berdua buat keputusan untuk tidak sambung belajar untuk menjaga ibu kami walaupun tawaran yang ditawar sangat diingini.

Macam biasa aku hanya melihat setiap pengorbanan mereka. Yang hairan, ketika aku sekolah rendah aku ingin bantu ambil upah cuci rumah dihalang oleh mereka berdua,

Ketika aku sekolah menengah aku mahu kerja di pasaraya juga dihalang oleh mereka, mereka pesan supaya aku fokus belajar saja, cukup mereka yang membantu mencari rezeki, tak adil kan?

Bila aku tamat spm, Alhamdulillah keputusan yang baik sampai ibuku dan aku terkejut dipanggil naik pentas untuk ambil keputusan sebab sepatutnya yang naik pentas hanya pelajar cemerlang, ibuku menangis.

Mungkin kerana ketika kedua kakakku dapat keputusan ibuku sakit tidak dapat hadir di upacara seperti ini.. Aku menangis kerana niatku belajar kerana Allah dan kerana keluarga kecilku ini sahaja.

Alhamdulillah aku dapat sambung belajar namun kakak2 ku seperti biasa mereka terlalu gembira kerana pesanan mereka untukku yang hanya fokus belajar dipermudahkan.

Ya, aku faham kerana impian mereka tersekat kerana kami, kami rasa bersalah dan atas sebab itu aku sering melakukan yang terbaik demi mereka berdua, disebabkan mereka teruja, mereka minta aku untuk tidak perlu mohon ptptn kerana tidak mahu aku berhutang.

Aku serba salah kerana akan makin susahkan mereka dan ayahku, tapi mereka tetap tegas untuk biar duit mereka yang carikan, baiknya Allah kurniakan kakak2 seperti ini buat kami..

Tapi rezeki Allah yang luas aku dapat tawaran sambung belajar yang ditaja penuh oleh kerajaan, tawaran tu aku terima dan bulananku dapat biasiswa RM800+ dari kerajaan dan berbekalkan duit itulah aku mula untuk merasai membantu menyumbang sedikit buat keluarga kecil kami..

RM500 bulanan aku akan beri ibuku untuk belanja bulanan, jadi kakak2 ku aku mintak kurangkan sedikit wang mereka beri kepada ibu supaya mereka boleh mula menyimpan duit masing2 walaupun sedikit,

Alhamdulillah ketika aku berumur 19 tahun, pertama kali kami dapat rasa mempunyai kereta sendiri. Bayangkan dari kecil kami hanya menggunakan lori syarikat tempat ayah kerja, boss ayah baik kerana izinkan ayah bawa pulang lori kerana kami tiada kenderaan untuk kemana mana..

Dari kecil kami akan berhimpit naik lori dan kalau perlu kemana mana kami akan menumpang ayah saudara walaupun kami tahu ada yang tidak selesa tapi kami kena sabar. Berbekalkan duit RM500 aku beri ibu bayar kereta yang bagi orang walaupun biasa tapi sangat istimewa buat kami..

Sejak itu ibu ayah sering melawatku di kolej dengan kenderaan itu. Rezeki kami makin bertambah setelah kami makin membesar..

Selepas aku tamat belajar aku terus diserap masuk kerja dan aku sedar inilah masanya untuk aku balas budi ibu ayah dan kakak2 ku, aku beritahu dah tiba masa mereka berehat dan pilih jalan yang mereka inginkan dan mereka pilih untuk berkahwin,

Aku tahu patutnya mereka kahwin lebih awal tapi kerana tanggungjawab buat mereka sabar dulu, Kami membesar dalam rumah flat yang kecik tapi tak pernah dengar keluhan dari mulut sesiapa pun..

Cumanya biasalah rumah flat yang awalnya selesa lama2 dah berubah jadi flat yang kotor akibat sifat manusia sendiri.. Disebabkan tu impian aku cuma 1, aku nak bawak mak ayah dan adik beradik aku pindah dari situ dan tinggal di tempat yang selesa..

Alhamdulillah tahun lepas aku dapat rezeki beli sebuah rumah corner lot, 3000++ft dan rumah tu atas nama aku seorang, itupun setelah 2 tahun aku memujuk ibuku berpindah dengan sewa tempat lain tapi dihalang ibukan kerana katanya jiran2 di flat itu sangat baik.

Tapi anak mana yang sanggup tengok ibu ayah yang semakin tua asyik naik turun tangga berbelas tingkat kerana lif yang sentiasa rosak.

Selepas berbulan ibu menangis taknak pindah akhirnya terbuka hati nak pindah mungkin kerana semakin penat dengan keadaan sekeliling flat tersebut, selepas ibu restu aku beli rumah barulah aku dipermudahkan urusan sampai dapat beli sebuah rumah yang amat2 selesa..

Alhamdulilah bersyukur kehadrat ilahi. Walaupun hidup kami sering dipandang rendah oleh saudara sendiri tapi kami tetap kuat.

Rumah flat yang asalnya atas nama ayah telah dilelong oleh bank atas sebab nama ayah bankrap kerana ayah pernah jadi penjamin adiknya dan mereka tidak bayar hutang sehingga nama ayah blacklist..

Jadi rumah flat kami tinggal hanya rumah sewa.. Atas sebab itu aku bekerja keras demi selesakan mereka semua,

Cumanya aku ada soalan sebagai orang yang 20+ tahun tinggal di kejiranan flat dan baru belajar tinggal di tanah bawah ni. Setelah hampir 30 tahun kami berusaha keras, kawasan perumahan yang kami pindah ini sangat toxic,

Walaupun rumah kami corner lot tapi jiran kami sering menganggu dengan letak penyidai didepan rumah kami, pernah kami order almari dan lori hon minta alihkan mereka boleh buat derk je siap tanya muat tak tu..

Siap ada yang jolok batang mop masuk ke rumah untuk kuatkan lagi penyidai mereka, bila aku whatsapp minta alihkan mereka boleh kata “tak menganggu kan? Kecil je ruang mereka ambil”

Setiap hari mereka akan parking kereta di depan dan keliling rumah kami sampai pernah parking di betul2 depan pagar besi rumah, nak masuk pun takde ruang..

Bayangkan sekali parking 3-4 biji kereta anak beranak jiran tersebut. Setiap kali tu juga aku perlu whatsapp dan minta mereka alihkan, kadang2 aku tengah kerja pun adik2 telefon minta aku whatsapp jiran alihkan kereta kerana mereka tidak dapat masuk ke rumah.

Dahtu masa nak alihkan muka bukan main masam langsung tak senyum tapi lantak la kan. Bila tegur baik2 dalam whatsapp personal mesti mereka akan tanya kereta kami banyak ke sampai langsung tak boleh tumpang.

Aku yang agak cepat panas selalunya akan balas dengan kata2 yang tegas dan pedih tapi seringkali dimarahi ibu ayahku kerana alasan mereka biar kita parking jauh asalkan tidak bermasam muka antara jiran..

Tapi aku rasa ini sangat tidak adil kerana setelah berpuluh tahun kami usaha demi keselesaan mereka tapi senang2 dipijak oleh jiran yang toxic..

Bayangkan rumah kami cuma ada 2 biji kereta (1 kereta aku kerana kerjaku yang sering kesana sini) tapi 2 biji itupun kami terpaksa parking jauh sampai belakang rumah kami yang penuh pokok pisang,

Rumah semua perempuan masing2 memang seram nak ke sana sorang2 kalau pagi subuh dah kena keluar pergi kerja atau balik lewat malam.

Kadang2 aku sedih, sudahlah bayaran bulanan semakin meningkat tapi benefit rumah ini sering diguna pakai oleh manusia lain.. Korang ada cadangan tak macam mana nak handle jiran macam ni?

Kalau kata kami tak bersyukur dengan semua ni memang salah sebab kami mampu duduk berbelas orang dalam rumah flat yang sempit tapi bila keselesaan itu dirampas oleh jiran aku jadi serabut.

Terima kasih semua..

Anak yang ingin ibuayah selesa,

– S – Si kecik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *