Jiran Busuk Hati, Tak Ada Common Sense

Assalamualaikum. Terlebih dahulu, saya minta maaf jika posting ini menyentuh sensitiviti, kerana saya hanya ingin meluah ketidakpuasan hati terhadap jiran yang busuk hati, yang bias.

Sebelum ni, saya banyak terbaca dan mendengar keluhan dari cat owner berkenaan dengan jiran yang busuk hati dan membuat komplen berkenaan bau kucing la,

Kucing lepas keluar la padahal owner tu sendiri memang menjaga kebersihan rumah sebaiknya dan tidak melepaskan kucing2 nya. Sehingga ada yang menerima surat amaran dari pihak JMB.

Sebelum ni, selama 5 tahun saya membela kucing di perumahan jenis apartment yang diuruskan oleh JMB, saya tidak pernah menerima aduan berkenaan kucing2 saya.

Kebanyakan penduduk di perumahan JMB ni memang ada yang membela kucing, siap ada yang biar bebas keluar.

Dan ada juga, yang buang kucing kat perumahan sini sampaida jadi stray cat tetap kat situ. Tapi tu bukan point saya nak sampaikan di sini.

Saya tahu isu ni macam remeh tapi…. kalau jadi kat korang yang bela kucing je. Apa perasaan korang?

Yang tak bela kucing, tak suka kucing, pegi jauh2 korang tak kan faham.

Saya membela 5 ekor kucing. Semua indoor. Rumah saya jenis apartment, memang tiada balkoni, hanya balkoni di dapur je tu pun untuk sidai baju.

Saya pula duduk di tingkat 8, jadi memang sampah buang kat bilik sampah la, nak angkut berat2 ke rumah sampah bawah sekali saya memang da tak larat dengan selalu sakit pinggang dan kaki.

Kalau rime saya buat spring clean, banyak barang2 yang kene buang, berat dan ada barang2 yang tak boleh buang seperti perabot lama, saya memang akan panggil cleaner yang selalu angkut sampah, untuk tolong angkutkan dan bagilah upah kat diorg.

Nak dijadikan cerita, beberapa hari lepas, saya buat deep cleaning rumah termasuk litter box sebab urgent nak kene balik kampung, ayah saya sakit.

Memang habit saya, kalau nak keluar rumah untuk jangka masa lama spt balik kg ke, holiday ke, saya memang akan deep clean rumah dan kemas rumah serta siapkan makanan dan minuman kucing.

Pada haritu, saya memang kalut la nk buat semua sorang2 sebab nak gerak cepat2. Risau kan sebab ayah sakit, jarak nak balik kg pun 400km.

Lepas da siap kemas rumah, masa saya nak buang sampah2 saya, saya tengok da ada sampah2 orang lain siap perabot diletakkan di luar dari bekas sampah yang hijau tu sampai luar bilik sampah.

Masalahnya, masa tu, saya nk masuk pun tak boleh dan nk angkat sampah2 yang menghalang pintu masuk pun tak boleh sebab berat jugak tu plus perabot2 lain yang ada di situ.

Waktu tu da malam around pukul 10 mlm, jadi cleaner yang biasa angkut sampah tak keje.

Saya pula, da kalut nak kene gerak cepat2 sebab risau pasal ayah, memang takde masa nak stress pasal sampah orang lain ni.

Saya terpaksa la letak sampah2 saya dekat2 luar bilik sampah tu since da tak bole masuk dan tak bole nak angkat sampah2 yang semak kat luar tu.

Ya, saya tahu saya pun letak sampah di luar bilik sampah, tapi pilihan apa yang saya ada, sampah saya pun berat juga nak bawa turun ke rumah sampah. Da la time tu saya tengah sakit pinggang.

Sebelum ni, da berapa kali ya banyak sampah2 di buang, diletakkan luar dari kotak sampah yang hijau tu. Tapi… takde pula orang buat aduan.

Busuk tak payah cakaplah. Tak perlu bau taik kucing, bau makanan basi, bau pampers budak2, tu pun da busuk kan dan ada yang tak ikat sampah tu. Tapi… Takde pula nak buat aduan.

Saya kalau buang sampah memang letak dalam kotak sampah hijau. Saya pun masih ada common sense jgk.

Ok berbalik pada cerita, lepas saya terpaksa tinggalkan sampah2 saya diluar bilik sampah, saya memang berbelah bahagi sbb kesian kat cleaner tu nnt.

Tapi kan, da situasi macam tu dan kenapa pula saya nak kene berpenat tambah sakit pinggang untuk alihkan sampah2 orang lain yang tak bertanggungjawab.

Kalau sampah2 tu tak berat sangat saya bole je nak alihkan tolak2 masuk dalam bilik sampah.

So, esok pagi lepas da sampai kampung, saya dapat whatsapp dari cleaner angkut sampah, dia tegur sampah2 banyak kat luar dan ada orang complaint. Kiranya dia atau jiran yang komplen tu tuduh saya yang buang sampah2 dan perabot2 tu semua.

Saya reply cakap, sampah2 saya tak banyak cuma 3 plastic bag dan tak ada perabot. Saya bagitau yang sebelum saya nak buang sampah memang da ada sampah2 lain beserta perabot2 di bilik sampah tu.

Saya jadi tak puas hati, bila yang komplen tu, nak kaitkan dengan isu najis kucing.

Hello, kucing2 saya guna tofu la, siap da letak dalam plastik smapah hitam yang tebal tu dan da diikat. Sebelum ni pun memang saya buang dalam plastic hitam tebal tu. Takde pula komplen.

Saya suspect ada jiran yang tak puas hati dengan saya sebab saya bela kucing. Tapi nak gunakan isu sampah kaitkan pula dengan kucing saya.

Ingat taik kucing je ke busuk. Taik manusia wangi sangat ke. Habis tu bau kencing taik budak2 yang kat pampers tu tak busuk la pula. Makanan yang da basi smapai berulat tak ada pula bau, tak ada pula nak buat aduan.

Orang lain yang buat hal, aku pula yang kene tuduh.

Bill maintenance saya bayar bulan2, tak ada tunggakan macam sesetengah owner smapai berpuluh ribu.

Kucing2 sya pun semua indoor, saya tak lepaskan keluar rumah. Saya tau peraturan JMB, sebab tu saya pelihara kucing saya dalam rumah.

Kotor ke sepah ke dalam rumah saya je, so saya je hadap sorang2. Bab kebersihan, of course kita sebagai owner kucing memang jaga la kebersihan rumah kita. Saya siap beli air purifier and pakai pewangi2 rumah punya nak kurangkan bau kucing.

Kalau tak puas hati sebab ada bau kucing, habis tu macam la rumah diorang takde bau. Bau belacan, bau ikan hanyir and bau masakan yang menganggu hidung aku sampai dengan aku2 pun bersin sekali. Takde pula aku nak pegi buat aduan.

Takpe, I learnt my lesson.

So saya bagitau dekat cleaner tu, lepas ni kalau saya nampak sampah atau perabot2 yang bersepah kat luar tu, saya akan ambil gambar dan bagi kat dia utk dia inform kat pihak JMB.

Kalau yang tukang komplen tu bole buat, saya pun bole buat komplen jugak. Selama ni saya diamkan diri je.

Saya tak tahu jiran mana yang komplen, tapi ada suspect sbb ada sorang dua jiran ni je yang tak suka kucing.

Sebelum saya akhiri, saya nak berpesan, kalau duduk di rumah jiran dekat macam apartment, kondo atau flat, jangan selfish sangat, tak jaga kebersihan kawasan sekeliling sampai orang lain jadi mangsa tuduhan (mentang2la kita ni bela kucing).

Kalau tak bela kucing sekalipun, rasanya bole je kan sampah2 milik sendiri tu letak je la dalam kotak sampah hijau yang da disediakan tu. Ni letak sampah merata-rata sampai orang lain nak buang sampah pun tak boleh.

Lepas tu, ko expect orang lain nak tolong angkut bersihkan sisa kotoran ko. Andai kata tu budak2 yang buat, takkan mak ayahnya tak tegur atau tak ajar anak tu.

Done meluah ketidakpuasan hati.

Terima kasih la pada yang sudi membaca. Yang nak kecam, saya da bagitau awal2 kan posting ni mungkin menyentuh sensitiviti dan ini hanya luahan.

Sekian terima kasih.

– Jiran Tersakiti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *