Jiran Dari Ner4ka

Salam semua. Aku harap apa yang aku tulis ni dapat dipublishkan supaya menjadi pengajaran kepada orang lain..

Disini aku nak luahkan kisah jiran aku yang jahat. Aku dan isteri kini cuma mampu bersabar kerana masih tak mampu untuk pindah dari kawasan perumahan ini..

Dipendekkan cerita sebelum ni aku ok je dengan jiran. Macam orang lain. Bertegur sapa dan hantar menghantar makanan.

Tapi lama kelamaan jiran yang aku rasa baik rupanya sebaliknya..

Masa aku baru pindah ke sini, aku biarkan je jiran guna kawasan depan rumah.

Kadang dia parking kereta depan pagar, parking motorsikal, longgokan sampah kawasan rumah aku. Aku biarkan.

Sebab aku rasa hidup berjiran ni kena bertolak ansur. Dan aku tak rasa dia akan buat selalu. Mungkin hari tu je.

Aku tak ambil pusing sangat bab jiran sebab kami sekadar cari tempat berteduh disini.

Namun, setiap hari jiran aku mengambil kesempatan terhadap tolak ansur yang aku beri.

Depan rumah aku dah jadi macam depan rumah mereka. Suka2 parking depan rumah. Dan setiap kali aku kena tegur untuk alihkan.

Aku ingatkan sekali sekala, rupanya dah jadi habit dia..

Setiap hari aku pula yang kena berusaha untuk tegur. Dan paling aku tak boleh terima penyidai baju dia pegi letak betul2 tepi pagar aku.

Kalau aku nak keluar parking aku kena berhati2 supaya tak terlanggar.

Dan banyak kali kereta aku bergeser dengan pagar sebab nak elakkan penyidai dia, tong sampah dia pun dia letak betul2 dikawasan aku.

Jiran aku kiri kanan ambil area depan rumah.

Bayangkan kawan aku datang rumah, dorang akan nampak spender, bra betul-betul depan rumah aku. Aku yang malu. Dan kadang aku siap2 bagitau itu bukan baju2 kami..

Sekarang aku dah tak bertegur dengan mereka mereka ni. Sebab aku dah confront dengan mereka suruh alihkan semua barang mereka dari depan rumah!

Mula2 mereka bising. Melawan. Then aku tunjuk mana part rumah dia dan mana part rumah aku. Masa tu aku dah panas gila. Siap rasa nak tumbok muka satu-satu.

Jiran sebelah aku dia tak alihkan pun penyidai dari kawasan aku, dia kata sebelum aku datang tuan rumah tak kesah pun. Perangai betul-betul makcik bawang.

Tapi semenjak aku tegur dia dah tak pernah sidai area kawasan aku. Aku malas nak bertekak lebih. Aku doakan je semoga Allah balas, aku tak redha dia Amek kawasan rumah aku.

Sebab rumah ni aku bayar. Bukan aku duduk free dan aku terpaksa menghadap baju-baju mereka setiap hari. Ambil hak jiran ni bukan kecik Allah bagi peringatan dosa kita tanggung!

Sampai kan pernah sekali TNB guy datang rumah bagi resit meter tu tanya, banyaknya baju basuh? Sebab kiri kanan ada baju berjemur, lain lagi baju aku dalam pagar yang aku jemur.

Aku bagitau, depan rumah tu bukan baju aku, tapi baju jiran- jiran tak guna tu.. abang tu geleng kepala je sambil tersenyum..

Korang kalau berjiran, baik macam mana pun, mula mula duduk rumah, set betul-betul kawasan korang dan kawasan jiran. Jangan sampai jiran pijak kepala macam apa yang aku kena.

Kadang jiran ni kita buat tak kesah dia ingat dia boleh lah guna kawasan kita.

Nanti aku cerita part kedua..

Ada banyak kejadian yang aku nak tulis..

– Mr. R (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *