Aku Rangga. Muda dan manis orangnya.
Ini mungkin sambungan ‘Jiran Tak Tahu Malu’ (https://iiumc.com/jiran-tak-tahu-malu/) yang aku tulis sebelum ni.
Ringkas saja aku nak tulis untuk korang yang baca dan respon. Yes, memang ada jiran yang gila dan perangai bodoh.
Aku baca setiap komen, dan setiap pengalaman yang korang korang tulis, bayangkan aku alami untuk seorang jiran. Tapi aku masih buat rilek dan bersabar sambil aku melawan secara psychology.
Terima kasih kerana dapatlah juga mengurangkan sedikit tekanan dalam hati aku. Tak lah aku rasa aku bersendirian menghadapi jiran mangkuk sebegini.
Baru semalam aku lihat belakang rumah aku dia pergi buang sampah. Ini antara habit bodoh jiran aku setiap kali dia makan apa-apa, dia akan buang ke rumah orang lain.
Patutlah masa aku pindah sini, belakang rumah aku tu, siap tepi dinding rumah aku berlonggok-longgok sampah.
Lepas tu mengadu dengan jiran lain ular banyak. Padahal dia punca. Jahanam kan perangai?
Aku kadang tak faham macam mana otak depa anak beranak ni berfungsi. Kalau tadi dia sorang aku boleh faham, sebab dia warga emas, tak reti bahasa melayu sangat. Mungkin tak biasa hidup berjiran.
Tapi ini anak beranak perangai begitu. Sampah buang ke kawasan orang lain. Sampah, sapu ke rumah orang lain. Kalau ada sampah besar longgok ke tong sampah orang lain.
Jiran aku yang bodoh ni, bila terserempak dengan aku, dia akan mengelak. Mungkin tak tahan kena perli.
Hari tu bila aku tahu dia buang sampah di belakang rumah aku, setiap kali aku rasa dia di belakang rumah, aku akan teriak kuat kuat, ‘siapalah bodoh buang sampah kawasan rumah orang lain ni, semoga accident cepat’..
Hari tu aku pernah tegur why spender, bra segala benda private part kau kena gantung betul-betul menghadap rumah aku? tak rasa malu ke?
Dan hari ni, setiap hari dia gantung benda alah tu menghadap rumah aku. Boleh tahan psiko dan tak tahu malu kan?
Anak perempuan dia pun sama, tak malu ke gantung spender tepi rumah jiran?
Ada korang komen yang jiran suka parking merata. Jiran aku la juga tu punya perangai. Kereta banyak, tapi tak tahu nak letak mana.
Jiran hujung tu balik-balik bising sebab dia letak kereta depan rumah dia. Mentang2 lah tanah tu, reserve. Suka hati mak bapak dia letak situ sampai menyusahkan orang lain.
Report polis aku dah buat. Sebab tu depa ni slow dah dengan aku. Kalau dak, depa akan claim semua tempat depa punya.
Satu nasihat aku, kalau korang alami benda macam ni, jangan lupa tangkap gambar, rakam. One day kalau jadi kes, kau boleh tunjuk kebodohan depa.
Jenis orang macam ni takkan mengaku salah kecuali ada bukti. Aku dah rasa. Depa tak mengaku. Last sekali aku tunjuk gambar/video baru senyap. Berbelit bila bercakap.
Jiran lain pun mengadu, depa sekeluarga berlagak seperti ketua kampung area ni. Nak buat apa takkan inform dengan semua jiran. Terutama bila nak buka khemah depan jalan.
Yela orang pepagi nak pergi kerja. Sekali tetiba ada khemah, tak boleh lalu.
Kalau bab main mercun, depa akan main mercun depan rumah orang lain. Bukan depan rumah dorang. Pastu anak-anak yang masih kecik tu akan baling-baling mercun pop2 atau yang kecik2 depan rumah.
Kalau kau ada anak kecik, kau ada orang tua yang tido, kau kena mengalah. Bukan setakat mercun tapi pakej berteriak-teriak sekali.
Apa la salahnya kau main depan rumah kau, kotor kan depan rumah kau. Bukan orang larang pun.
Pernah sekali dia letak pasu pecah tepi pagar aku. aku pun tak tahu apa motif. lepas tu aku amek, aku pi hentak depan pagar dia sambil ketuk pagar dia, jangan buang sampah depan rumah orang lain.
Jijik betul ada jiran begini.
Alhamdulillah, sekarang aku dah berkawan dengan takdir. Benda ni aku da rasa kecik berbanding hal lain.
Kalau dulu aku rasa stress nak mampos. Awal pagi kena redah air dari rumah dia. Setiap hari depan rumah penuh plastik sampah. Bila buka pintu spender bra akan jadi pemandangan, member datang siap perli kita pula macam itu kita punya.
Sekarang aku layan perangai dia selayaknya dia perlu dilayan. Sekarang aku tak tegur perbuatan bodoh dia, tapi depan depan dia aku akan snap gambar,buat buat macam influencer tiktok tengah buat konten. Malas bazirkan air liur. Mesti dia gugup takut kena viral.
Aku hidup bukan nak kacau kau. kau dan keluarga kau sekadar taik dalam pandangan aku. Jijik dan tak perlu nak diambil peduli.
Kau buang sampah ke rumah aku, aku akan baling semula ke rumah kau, simple.
Dulu pernah staf TNB tanya aku, banyaknya bang baju nak kena sidai. Masa tu aku tengah angkat baju aku dalam pagar. Tapi luar pagar kiri kanan penuh dengan baju jiran jiran bodoh ni.
Kalau dulu aku berbasa basi bagitau bukan aku punya baju luar pagar aku tu. Tapi, sekarang aku akan cakap kuat kuat bagi orang lain dengar dan dia anak beranak dengar. Yang depa tu bodoh. Ceroboh kawasan orang lain.
Masuk kawasan je aku akan tolak balik ke kawasan kau. simple.
life is simpel. Lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan orang yang bodoh sombong..
Aku rasa setakat ni je la ye dak.
– Rangga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
spenda dia tu nti hg ckp kuat2 aku nk abik nak mandrem hantar kt bomoh bagi sewel ka xbetoi ka..xtau ka spenda ni org abik buat mandrem org.hahhaa.biar dia dengar baru dia takot dh sidai spenda dpn rumah hg..xpn spenda dia hg buat bagi jatuh kotor je.stress la dia nk basuh spenda tu lg..x sidai situ dah
Hahaha.. 😝 kdg2 rse nk ‘gelak’ jugak bla bca cerita awk ni.. psal sampah tu, bole report kat PBT yg terdekat, biar diorang buat ‘spot check’, or amk no.contact n telefon bla ada sampah yg diorang buang merata2 mcm tu.. psal spender tu, cba sesekali ‘gantung’ plak spender awk, or bli ‘boxer’ yg warna terang or corak ‘polkadot’ ke, n gantung kat ‘sempadan’ dgn rumah depa.. or psang cctv (yg tiruan pon ada), menghala ke rumah depa, n ada papantanda tertulis : “gerak-geri anda sedang dirakam..” 🤪