Assalamualaikum… Sudah lama aku ingin ceritakan. Tapi asyik tertangguh sahaja. Bukan apa mesti ada yang terfikir zaman milineum ini masih wujud ke manusia yang bersahabat dengan iblis…… Aku sendiri pun tidak sangka akan terjerumus dalam kisah ini….
Sebelum itu aku hendak beritahu dulu latarbelakang aku. Ok..Aku dilahirkan dalam family yang berlatar belakangkan agama. Ayahku seorang ustaz. Bukan ustaz kaki lima ye.
Ayahku merupakan lulusan dari UKM jurusan Perundangan & Syariah. Jawatan terakhir ayahku “PENGETUA SEKOLAH MENENGAH”. Ibu plak surirumah sepenuh masa dan seorang yang sangat titikberatkan tentang agama pada kami adik beradik.
So, boleh tahu la mcmn ye. Aku plak merupakan bekas pelajar “SMKA” dan juga graduan dari salah sebuah Universiti Tempatan.
Part 1
Aku tidak mahu cerita pasal familiku sbb tidak ada kaitan dengan jiran-jiran aku. Aku sudah berkahwin dan dikurniakan 3 cahayamata lelaki. Alhamdullillah sebab mendapat suami yang sangat baik dan bertanggungjawab.
Aku tinggal di Selangor. Alhamdullillah selepas mendapat anak ke 2, suami dapat beli rumah sendiri. Sebuah rumah Apartment. Gembiranya tidak terkira impian nak ada rumah sendiri termakbul.
Masa tu aku lihat jiran-jiran dengan mata kasar baik dan positif la. Selepas hampir 6 bulan tinggal dirumah sendiri baru nampak perangai negatif jiran-jiranku.
OOOpppss lupa nak bagitau rumah aku di tingkat 1 sahaja. Yang bermasalah jiran yang tinggal ground floor. Parking awam jadi hak milik mereka. Lagipun ni Apartment bukan Kondo. So nak parking mana2 adalah bukan milik siapa2.
Bermulah mimpi ngeri aku sekeluarga sbb aku pegi parking kete depan rumah jiran ground floor. Korang tau tak tengah azan maghrib berkumandang dia datang buat bising ketuk2 pintu rumah aku. Dah la aku penat balik keje so aku suruh laki aku yang tanya dan settlekan.
Yang datang tu si perempuan Iblis tau. Dia cakap aku parking kete tempat dia. Ehhhh….parking tu awam so tiada milik siapa2 ada hati nak ngaku sendiri punya. Laki aku jenis cool so dia suruh lepas mandi dan solat maghrib pegi alih. Aku ikut je wlaupun tidak puas ati.
Rupanya kisah pasal parking kete dijadikan isu besar oleh jiran iblis aku tu. Sebenarnya aku dan suami tidak tahu pun kami disihir. Tapi mula rasa selepas aku lahirkan anak yang bongsu pada tahun 2013. lepas habis pantang Allah tunjuk satu2. Yang paling teruk kena suamiku la.
Untuk pengetahuan semua suami aku ni jenis tidak bersos**l. Hidupnya hanya ditempat kerja dan rumah. Nak kemana2 mesti bersama-sama. Jenis lembut orangnya. Susah nak tengok dia marah tapi seorang suami dan ayah sangat tegas.
Jenuh berubat gak. Tapi selalu pegi Darul Syifa’ (anak murid arwah Dr Harun Din). Siap panggil ustaz2 darul syifa’ datang rumah lagi. Buat pagar rumah dan baca yassin.
Masa tu masih tidak tahu jiran Ground Floor tu yang buat sihir. Tapi lama2 keluarga aku huru hara. Hidup tak tenteram kalau kat rumah. tapi bila pegi keje ok je. Akhirnya kami jumpa sorang “Hamba Allah” ni. Dialah yang banyak tolong dan ajar macam mana lindungi diri.
Lepas tu satu2 aku tahu jiran iblis ground floor tu bela apa. Macam-macam iblis setan. Ada hantu raya, penanggal, pelesit dan toyol pun ada. Patut la laki bini kerja gitu2 tapi hidup mewah rupanya ada income sampingan dari si Toyol. Tapi aku dan suami tak ada plak nak pegi serang.
Kami memang serah betul2bulat2 kepada Allah sahaja. Tapi yang tak best anak2 pun diaorang buat. sedih sangat sbb anak no 2 si laki jiran tu pegi pukul lepas geram kat anak aku.
Salah urat skit kat leher anak. Tapi mcm biasa aku dan suami macam orang b****h je tak ada nak buat report atau apa. Tentu tertanya2 mcmn kami tahu. Anak sulung nampak kelibat laki jiran tu pukul adik dia….. Kesian anak2. sedih tak payah cakap.
Bukan itu sahaja, aku kehilangan 2 anak dalam kandungan akibat perbuatan jahat jiran iblis ground floor tu. 2 kali gugur kandungan dah nak masuk 4 bulan. Aku kena tahan diwad selama 3 hari 4 malam sebab kali ke 2 gugur ada masalah.
Bayangkanlah diaorang s3ksa hidup aku dan tambah kesedihanku. Apa yang mistik uri2 anak2 syurga aku seperti dikoyak2 sampai doktor pun naik heran.
Ye betul aku memang tahu angkara suami isteri jiran iblis ground floor tu…Sedih jangan cakap la. Tapi aku pujuk diri aku takde rezeki. syukur nyawa masih ada sebab anak2 aku yang 3 orang masih perlukan aku.
Suami memang betul2 marah tapi apa kami boleh buat. Hanya diamkan diri dan berdoa agar Allah bagi pembalasan yang dasyat kepada mereka tu.
Sabar pun ada batasnya. tapi tu la sbb yakin biar Allah yang balas so 5 bulan lepas anak aku kena pukul laki jiran iblis aku tu m4ti kemalangan. Aku pun tak tahu sebenarnya. Almaklumlah kami suami isteri kerja dan tak nak ambil tahu hal2 jiran2 kat situ. Punya la bersyukur.
Akhirnya Allah dengar rintihan kami…..syukur sangat2 sebab jiran tu balik kampung dan dah tak tinggal area rumah aku…..
Ingatkan dah settle. Rupanya belum lagi….Allah betul2 duga kami sekeluarga dengan jiran2 iblis aku. Nanti kita sambung lagi…..Yang ni Jiran iblis aku lagi dasyat lagi ilmunya… Patut la diaorang kawan baik…..
APAPUN TERJADI KENA YAKIN BAHAWA ALLAH SAHAJA YANG MELINDUNGI KITA SEMUA. JANGAN SESEKALI BERSAHABAT DENGAN IBLIS SETAN DURJANA…….
– Dayna Idaman (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit