Salam semua. Aku nak luahkan yang aku memang tak tahan dah dengan perangai jiran aku ni. Suka sangat merendahkan penyewa-penyewa di kawasan rumah kami.
Apa, hina sangat ke penyewa rumah ni? Nampak macam minta sedekah ke? Kami menyewa pun bayar pakai duit ya, guna rezeki yang halal.
Jiran aku, setiap kali lalu depan rumah kami mesti nak burukkan kami kat kawan2 dia dan cakap “alaa.. Penyewa je pun”. Setiap kali tu kami rasa terhina.
Kami dah sabar beberapa tahun tapi perangai mereka laki bini tetap sama tak berubah.
Aku sedia maklum yang jiran aku ni isteri media dan tinggal sorang di rumah tu. Anak2 dia pun jarang balik ke rumah tu. Tapi.. takkan sebab dia bosan sampai boleh hina jiran2 lain?
Dia selalu ajak kawan2 singgah rumah rumah dia sambil jadikan port nak burukkan kami. Cukuplah pedih jugak telinga aku ni dengar. Padahal, takde pulak kami merendahkan dia sebagai ‘tuan rumah’ di kawasan tu.
Umur dah lanjut, tapi agaknya dia semakin bangga dengan harta yang dia miliki. Mungkin dia lupa, bahawa mati nanti kita tak bawa balik harta.
Point kat sini, aku hilang sabar jugak dengan perangai jiran aku ni. Perempuan ya.. Dan dengar2 bekas seorang pensyarah. Tapi ini ke akhlak seorang pensyarah yang di amanahkan didik anak bangsa?
Jangan kan kata aku, jiran2 lain pun tak selesa dengan dia.
Baru2 ni aku hilang sabar bila dia perli2 mak aku depan kawan2 dia. Aku dengar! mereka cakap kuat2.
Entahlah setan apa rasuk aku waktu tu.. Esokkan pagi tu aku buka pintu dah balas apa yang dia cakap. Ya! Aku hina dia balik. Lepas tu aku ingat dia dah insaf wei, tapi tak..
Dia canang semua tuan rumah dekat area kawasan kami kata aku suka hina dia. Sampai kami dipandang hina oleh geng ‘tuan rumah’ ni (mereka ada group sendiri).
Just aku nak nasihat, even kami penyewa pun tak perlu pandang rendah. Kami bukan duduk kawasan tu perfume, kami bayar pakai kudrat kami.
Satu hari aku memang nekad nak beli rumah dan bawa keluarga aku duduk sekali. Cukuplah tertampar dengan budaya ‘tuan rumah diangkat bak raja’ dan ‘penyewa dihina bagai hamba’ ni.
Aku bukan nak bandingkan pangkat sesiapa ke apa, tapi sesiapa pun boleh hilang sabar bila kena macam ni. Aku nak ajak family aku pindah, tapi kami tak cukup duit dan tengah saving lagi.
Korang doa kan aku ya.. Supaya boleh kumpul duit dan tinggalkan jiran yang toksik macam ni. Aku stress dan tak tahan dah.
– Cik Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit