Jiran Kurang Cerdik

Salam sejahtera,

Nama aku introverter. Aku stay flat dan satu rumah satu parking berbumbung. Aku stay dengan adik aku. Dua2 guna motosikal sahaja.

Pada awal2 pindah, ada la jiran sebelah rumah selalu tumpang parking rumah aku. Okay la.

Tapi lama-kelamaan makin melampau. Makin ramai pulak yang parking menyebabkan aku sendiri terpaksa mengorbankan motorsikal aku untuk berhujan dan berpanas.

Cara aku menegur adalah dengan meletakkan nota, if tak jalan, aku akan alihkan. Yang lain semua okay kecuali satu rumah ni, which is bebetul sebelah rumah aku.

Aku letak nota tak jalan, aku alih tak jalan, sampai dikuncinya motornya itu tak bagi alih.

Kau boleh bayangkan tak perasaan itu macam mana. Last2 aku tegur depan2. Makcik tu dalam kereta masatu, yes dia ada kereta and parking kereta di parking berbumbung tu but motor dia, dia parking di tempat aku.

Okay, berbalik kepada makcik tu. Aku perasan dia dalam kereta dia tengah tidur, so aku tenung dia sampai dia terjaga. Then aku suruh dia alihkan motor then aku blah. Buat apa nak cakap banyak kan.

Fast forward aku tak sure berapa bulan berlalu, harini aku rasa nak meletup. Aku dan adik aku boleh dikatakan tidak selalu akan beli barang online. Tetapi bila parcel sampai, selalunya masa kami tiada di rumah.

Bila sampai rumah, selalu akan ada air kencing. Benda ni berlarutan lama sangat baru aku keluarkan satu nota ringkas dengan permulaan ayat BOD**, aku selitkan di bawah pintu.

Then lepas tu, kedengaran ketukan di pintu tetapi tiada orang. So aku biarkan, hinggakan bila nampak muka baru aku bukak pintu.

Satu family marah-marah, semua trigger dengan perkataan BOD** tu. Dikatanya tu kencing kucing jiran india. Dia pun selalu bersihkan kencing kucing tu.

Aku ada kucing juga, and for sure bau kencing kucing n kencing manusia is different. Sah2 di parcel kami tu kencing manusia.

For your info, yang selalu kencing tu, anak lelaki dia, macam orang gila. Bau busuk gila dari dia dan rumah dia.

Aku pernah nampak dia meludah depan rumah aku. Dia akan buat bunyi dulu sebelum tu untuk tarik perhatian orang. Aku akan intai melalui lubang pintu. Pastu dia akan duduk di kerusi depan rumah aku.

Bila aku bagitahu mak dia tentang kerusi tu, dia kata tu kerusi jiran india yang digunakan untuk merokok. Which is aku tak pernah nampak pun uncle india tu merokok sepanjang lebih 5 tahun aku stay situ.

Malam tadi juga, aku minta orang gila tu alihkan. Sebelum ni aku alihkan sendiri, aku letakkan depan rumah dia, aku letak tepi rumah uncle india tu. Aku tak kisah dah siapa empunya kerusi tu.

Pernah sekali aku nampak orang gila tu p tampar bapak budak asuhan mak dia. Kau rasa selamat ke dengan orang macam tu.

Then si anak perempuan kata aku preh motor ke maknya masa aku minta alihkan motor tempohari. Motor aku tu skuter, auto. Sah2 kalau preh motor, aku yang kedepan. Nak bercerita, langsung takde logik.

Bila family dan orang luar bercerita, of course kita akan percayakan family terlebih dahulu. Tak kisah benda tu betul atau tidak.

So, aku taksalahkan anak perempuan dia tu kalau si anak lebih percayakan emaknya, sebab dia tiada di tempat, yang aku taktahan, mak dia tu, buat cerita terpaling innocent.

Lepas tu, si emak masuk rumah hempas pintu. Si anak perempuan masih diluar bercerita itu ini. Adik aku pulak yang selalu say sorry. Dia kata malas nak dengar orang tu marah lama2 sangat.

Then bersurailah kami setelah almost sejam mendengar dia marah2.

Sekian buat masa sekarang, ni cerita 5 tahun yang diringkaskan, mungkin 5 tahun akan datang, baru ada cerita baru.

Peace no war.

– Introverter (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *