Jiran Media Sosial

Assalamualaikum pendengar saya Rose, ini adalah pertama kali saya nak kongsikan cerita secara terbuka begini untuk kesedaran orang lain dan diri saya sendiri.

Pertama sekali, saya dengan rendah hati ingin memohon maaf sekiranya cerita saya ini menguriskan hati para pembaca.

Bismillah, sebagai seorang isteri, anak dan ibu memiliki rumah sendiri adalah impian semua orang. Alhamdulillah di dalam usia yang muda kami suami isteri diberikan rezeki oleh Allah (taman baru/kejiranan semua baharu).

Pada awalnya kami berdoa supaya jiran sebelah menyebelah dapat berjiran dengan harmoni sebab jiran ni sampai kami tua kami perlu hadapi.

Setelah kunci rumah diserahkan oleh pemaju, sudah tiba masa kami untuk berfikir berkenaan dengan renovation (etc, wiring, tabletop dll)

Sebelum itu jiran kami telah pun berpindah lebih awal (rezeki dia awal) sedangkan kami sedang merancang dengan lebih teliti supaya tiada apa yang tertinggal selepas renovation dibuat dari segi pengumpulan duit yang kukuh, masa, dan mencari kontraktor.

Pada hari kami sedang melakukan wiring semuanya berjalan dengan lancar sehingga la semasa saya di masjid bersama suami dapat panggilan dari no yang tak dikenali,

(Lembut suaranya katanya dapat no dari kontraktor kami, sebelum itu dia telah minta kontraktor kami hentikan renovation atas sebab bising tapi kontraktor tak boleh hentikan serta merta atas sebab perlu persetujuan owner rumah)

Dia meminta kami untuk menghentikan kerja2 tersebut kerana mengganggu anak dia yang sedang tidur.

Saya meminta maaf berkali2 kerana kehadiran saya ketika membuat rumah telah menyebabkan dia terganggu dan saya beritahu akan berbincang dengan orang wiring untuk hentikan pekerjaan pada hari ini dan sambung semula esok.

Jiran saya tidak berpuashati dengan meminta saya buat kerja renovation pada sabtu&ahad supaya tiada gangguan (kerja2 ini sepatutnya perlu dijalankan pada weekdays 8-5 sahaja, kami telah rujuk pada pembandaran weekend tidak dibenarkan dan mereka boleh saman kami).

Saya cuba menenangkan jiran saya dengan maklum saya akan berbincang dengan kontraktor tersebut.

Tapi setelah perbincangan, kontraktor hanya jalan isnin-jumaat sahaja sekiranya luar dari waktu saya perlu bayar lebih sebagai extra pay work bagi mereka dan segala isu perlu ditanggung oleh saya sendiri.

Saya cuba hubungi jiran dengan memohon maaf sekali lagi yang saya tidak dapat memenuhi kehendak dia, suami juga tidak mahu ada pergaduhan dengan meminta saya bercakap secara profesional. Jiran saya tidak membalas.

Setelah beberapa jam, kami fikir semuanya sudah berakhir. Secara tidak sengaja saya terjumpa media sosial jiran ketika berbincang dengan suami berkenaan dengan isu ini.

Sesak di dada menahan amarah dengan keadaan mengandung bila baca semua conversation (tanpa hide nama saya) disiarkan dengan bangga untuk meraih simpati followersnya,

Kata2 yang saya tidak boleh lupa sehingga harini dia memperkecilkan kami suami isteri dengan mengatakan kami tidak bertimbang rasa,

Tidak berperikemanusiaan, tiada common sense, tiada duit bayar kontraktor untuk buat sabtu ahad, samakan isu bising rumah akibat dari drill seperti di gaza yang sedang berperang.

Hancurnya hati kami apabila semasa berbincang dengan keadaan lembut rupanya dibalas membuka aib kami di media sosial.

Setelah kami lihat media sosialnya bukan rumah kami sahaja yang diaibkan, jiran lain juga turut kene sama kononnya dia masuk rumah paling awal dan terpaksa menahan telinga dari jiran2 yang sedang renovation.

Dalam keadaan marah dan tidak berfikir panjang saya meminta suami untuk patah balik ke rumah kami bawa incharge yang kendalikan rumah kami ke balai polis bagi membuat report (incharge telah diserang oleh jiran terlebih dahulu)

Saya maklum pada suami untuk saman jiran ini atas isu saman fitnah iaitu saman malu dengan mengaibkan rumah dan nama kami.

Tapi suami menenangkan saya yang dalam keadaan mengandung untuk memikirkan kehadapan, berjurai air mata saya mengenangkan apa salah kami yang baru hendak merasa rezeki dan amanah Allah ini.

Terlalu banyak yang dia upload sehingga ke malam tiada henti, keluarga terdekat yang memberitahu pada saya,

Pada waktu itu saya cuba kawal emosi untuk tak tengok media sosial dia supaya tiada doa yang buruk2 saya doakan seperti mana ayat dia untuk mendoakan keburukan pada saya sebab baginya saya ini tiada common sense.

Kami faham dia mempunyai anak kecil tapi tidak bolehkah bertimbang rasa dan jangan menyamakan rezeki dia dengan kami. Alhamdulillah rezeki awak dapat masuk rumah awal sedangkan kami masih membuat kiraan untuk buat yang terbaik.

Kami hentikan kerja2 binaan pada hari tersebut kerana kami ada common sense pada anda tapi jangan la pula anda minta kami untuk tambah wang untuk buat pada hari yang anda tentukan.

Sekian dari saya, jiran kaki media sosial.

– Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. Sabar la puan. Orang2 macam tu patut tinggal dalam gua je baru sunyi dan takde orang kacau. Memang masalah orang kita sekarang semua benda nak update dekat social media sedangkan mereka tidak berfikir ape yang di kongsi kadang2 membuka aib sendiri. Banyak2 kan bersabar. Puan jaga kesihatan dan semoga segala urusan puan sekeluarga dipermudahkan oleh-Nya

    • Aminn aminn ya rabbal alamin. Terima kasih atas doa2 nya semoga puan dan keluarga sentiasa dalam lindunganNya ❤️

    • Nama pun perumahan baharu. Tentu lah akan ada ramai owners buat renovation. Benda yg biasa tapi dia yg xboleh membiasakan diri. Jgn layan. Tapi kena lah bersedia mental & fizikal klu berjiran dengan orang yg mcm ni..

  2. Puan perlu abaikan sahaja ye jiran sebegitu . Biasalah dalam dunia ni mmg akan sentiasa ade org yang tak puas hati .. Yang penting jaga kandungan dan kesihatan .. Jangan stress2 , serahkan pada si suami untuk handle jiran sebegitu ..
    sebab bukan Puan sahaja yg jiran tu upload di sosial media ..
    Semoga dipermudahkan segala urusan Puan skrg dan bila2 ..

    • Mashaallah terima kasiih atas doa2 baik dari awak semua. Semoga urusan awak semua dipermudahkan aminn❤️

  3. sy jenis yg kepoh..org sebelah buat renovation, sy tgk sekali..cari idea nk buat dekat rumah sendiri..even dah pindah masuk rumah tu, masih lagi sibuk nk tiru deco org..

  4. Jiran tu tak sekolah agaknya. Mana boleh buat kerja ubahsuai sabtu , ahad atau cuti umum. Sabar la sikit. bukan selamanya nak buat ubahsuai. Bukan dia seorang ada anak kecil. Kalau bising sangat, cakap kat dia, awak nak bayar ke yang bayaran hujung minggu tu. Takpun, dia dengki sebab orang lain mampu buat ubahsuai rumah. hahhahahhaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *