Asalammualaikum.
Aku bercerita sebab ingin berkongsi rasa.
Aku adalah seorang isteri dan mempunyai seorang anak perempuan.
Suami masih berada di pusat integrasi penghuni di sebuah daerah di J*****.
Hampir 3 tahun aku ditinggalkan untuk mengurus rumah tangga tanpa bantuan suami.
Penat? Mestilah, sampai satu tahap aku jalani jer la ikot aliran masa.
Selama aku ditinggalkan oleh suami, semuanya berjalan keadaan baik .
Ujian susah tu mestilah ada, tapi bersyukur cukup, allah izinkan.
Nak dijadikan cerita, lagi setahun suamiku akan dibebaskan, dan di sinilah bermula ujian sebenar untuk aku bukan untuk suamiku.
Berhadapan dengan rumah ku, ada jiran ni seorang guru lelaki, bujang dan guru kelas kepada anakku.
Selama dia menyewa, jarang sekali aku menyapa dan boleh dikatakan aku tak pernah ambil peduli pon dan dia juga tidak ambil kisah.
Aku memang ada no telepon dia, sebab pernah jadi guru class anak aku sewaktu darjah 2.
Memang setiap guru class anak, aku simpan .
Pada suatu hari, masa tu lagi beberapa hari nak raya, tiba tiba jiran ni ada wasap aku, ayat dia berbunyi, “Kak, malam tadi tiada air ke?”
Dia wasap waktu tengah malam, dan aku sedar wasap tersebut waktu pagi, selepas sahur macam tu.
Aku terkejut dan membalas, yer cikgu, malam tadi tiada air.
Tetapi hati kecil aku, ada berasa, cikgu ni mesti nak tanya sesuatu, tapi tak pe, aku biarkan.
Tepat sekali benar, dia ada wasap lagi sekali kepada aku, dia bertanyakan hal suami ku.
Aku bagitau jer hal sebenar, aku pon tak tahu kenapa aku menceritakan hal sebenar.
Dia ingat aku ni janda dan kononnya nak berkenalan la.
Tapi aku bagitahu, aku masih isteri orang.
Aku ingat hal ini stop sampai sini la. Rupanya tidak.
Dia cuba wasap aku banyak kali ajak keluar, lama kelamaan aku pon tergoda la, aku pon keluar dengan dia buat kali pertama pada akhir hari raya.
Aku keluar dalam jam 1130 malam, anak aku kebetulan tidur dan demam, dan tidak mungkin sedar, itu yang aku berani la keluar lewat malam.
Sekejap sahaja aku keluar dengan dia, 1 jam macam tu, dan kami hanya pusing2 area kawasan ini sahaja.
Dijadikan cerita, aku keluar lagi untuk beberapa kali sehingga la ada satu hari tu, dia ajak aku breakfast.
Kebetulan ahad anak aku sekolah dan aku tidak kerja pada hari minggu, maka aku ikotla.
Dan disebabkan aku status bini orang, agak susah la untuk makan di luar, maklomlah takut terserempak orang yang mengenali .
Kami membungkus makanan dan bersarapan rumah masing masing. Tapi aku dapat wasap, dia ajak breakfast di rumah dia
Aku terkejut dan aku menolak, tetapi aku tidak tahu, bila desakan itu bertalu, aku pergi juga.
Aku takut, tapi aku pikir tak apa la, makan sahaja pastu balik,
Memang betol la, bila berduaan ni, memang bahaya.
Dia cuba mendekati aku, pegang tangan aku, aku tepis, aku cakap jangan.
Tapi aku tidak tahu kenapa aku ikutkan sahaja arahan dia, duduk di sofa, berbual, makin lama makin rapat.
Aku nak balik, dia kata janganlah, diam jer, dia cuba mencium aku, pegang, raba aku, aku sangat terkejut dan kecewa.
Memang niat aku hanya sekadar kawan kawan untuk berborak, itu semua sia sia.
Setelah berlakunya peristiwa itu, aku sedih, aku kecewa, tapi aku tak mampu nak maki, marah dia sebab aku juga ada salah. Aku yang membuka ruang itu semua.
Selepas kejadian itu, aku tanya dia, tak takut ke, dijawab takut apa apa? Aku jawab balik, abaikan,
Tapi aku tidak berpuas hati.
Aku text balik, aku cakap aku tak suka la benda benda macam tu, macam buat aku perempuian murah, jahat.Dan dia menjawab, lupakan ok? Buat macam biasa jer, relax.
Aku tak leh terima sebenarnya, tapi dah terjadi kan?Apa aku boleh buat.
So, aku pon, takpe la, aku akan ingat la.
Tapi aku masih terima ajakan dia untuk lepak keluar dan baru baru ini, terjadi lagi,
Aku tak nak pergi rumah dia, tapi aku ajak lepak umah aku, sebab ada anak aku, apa2 senang.
Meleset yer, dia datang umah aku bila anak aku tiada dan aku tak tahu kenapa aku benarkan.
Aku kena guna2 ke? Kena sihir ke apa?
Aku pon tak tahu.
Sampaikan bila fikiran aku tengah waras, apa jadi dengan aku ni, kenapa perkara itu berlaku? Aku bukan begini.
Aku kalau orang buat tak betul kepada aku, aku selalu marah2, bising, mengamuk, tapi dengan dia aku tak mampu, aku pun tak tahu kenapa..
Dan dia pula sekarang, senyap, aku wasap dia, its ok, aku dah buang no phone dia, dan aku tunggu nak block sahaja.
Sebab aku nak balas dendam sebenarnya, aku jadi sakit hati,. Kau buat aku macam ni.
Tapi aku tahu ini salah aku.
Aku sampaikan hari hari asyik fikir tentang dia, kenapa buat aku macam ni, sikit pon tak kesian kat aku ke?
Sampai aku tak ingat pun tentang suami ku.
Doakan aku dikurniakan kemudahan dan dijauhi perkara ini,
Aku penat dengan lelaki.
Suami macam tu, dapat kawan pula, begini.
Semua salah diri aku sendiri.
– Rose’ (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Salam..
Puan sibukkan diri dgn urusan keluarga Puan.Tak perlu bagi ruang pada orang asing.
Biar lah dia jiran Dari neraka sekalipun.Jangan Puan Pula campakkan diri Puan ke neraka bersama² dgn jiran tersebut.
Lazimkan selawat ke atas Nabi dan amalkan Bismillah 5.Insya Allah.
Semoga Allah Bantu dan lindungi Puan Anak beranak.
Puan…
Hmmm.. taktau nak habaq lagu mana.
Kalau puan kena guna2/sihir, takpa la.. nak buat lagu mana. Banyakkan baca ayat2 pelindung diri daripada Al-Quran. Boleh google ayat 33 which is terdiri daripada ayat pelindung diri daripada Al-Quran. Mohon perlindungan daripada Allah, Dia lah Maha Pelindung dan Penjaga kita.
Tapi kalau bukan sbb guna2/sihir, istighfar banyak2 dan taubat lah dengan taubat nasuha. Sesungguhnya Allah ni sangat2 Maha Pengampun.
Puan, maaf cakap. semua tu bermula dari Puan. Sepatutnya bila isteri orang jangan keluar langsung dengan lelaki lain. Itu mengundang yang selebihnya. Cikgu tu dah tau status Puan, masih juga ajak. bermakna dia bukan lelaki baik.. Saya bukan nak cakap saya ni baik. Tapi selama saya PJJ dengan suami, sehingga lah digantung tanpa tali, saya tak pernah nak terima ajakan lelaki lain. Sekarang ni pun dah berpisah. Janda berhias. Puan sila lah buat laporan pasal cikgu tu.