Assalamualaikum semua.. Terima kasih nak baca kisah aku. Aku ceritakan sikit pasal diri aku.. Aku ni seorang yang berterus terang. Aku tak suka simpan dalam hati. Sebab nanti aku tak tenang.
Aku buat bisnes online dari rumah. Aku dah ada rumah, so aku sewa rumah 1 lagi untuk dijadikan store dan tempat kerja aku. Aku sewa rumah yang agak elite jugak lah. Aku pilih rumah tu sebab kawasan senang untuk lori yang seminggu sekali hantar barang dan ambil.
Permulaan aku tengok rumah aku sewa sekarang ni memang best sangat. Jiran aku depan cina, kiri aku cina, kanan melayu.
Yang melayu tu baik sangat. Bertegur sapa. Tapi yang cina, aku senyum pun dorang tak senyum. Sangat sombong! Aku ambil sorang staff (saudara aku sendiri) untuk uruskan postage.
Setiap kali staff aku datang, yang jiran cina pasti menyombong. Pernah juga staff aku parking dekat rumah kosong. Rumah kosong tu berdepan dengan rumah aku dan sebelah cina depan aku tu.
Hari ni parking ok, esok terus jiran cina aku parking kereta banyak-banyak dekat situ. Tu pun aku dah fikir, dorang tak suka aku!
Aku datang rumah sewa aku hanya hari isnin – jumaat saja. Pukul 8 pagi aku datang, pukul 5 aku dah balik. Memang rumah tu hanya untuk kerja sahaja. Aku jarang tidur dekat rumah tu kecuali terlampau banyak kerja.
Hinggalah suatu hari… cina sebelah rumah aku ni jerit-jerit dekat luar. Cakap bahasa cina, maki-maki mengadap pintu rumah aku.
Last sekali dia cakap english ‘what are u doing here?’. Aku pun pelik kenapa marah sampai macam tu sekali. Tak boleh ke slow talk? Perlu ke nak jerit- jerit bagitahu satu taman yang kau marah aku?
Aku tak lawan pun. Aku diam saja. Dah habis dia maki aku, aku pun tutup pintu dan buntu. Kenapa dia marah gila? Dia tak cakap marah sebab apa.
Aku yang buntu ni pun terus call tuan rumah dan agent yang handle urusan sewa rumah aku ni. Aku tak suka nak serang- serang macam tu. Bagi aku cara macam tu cara bacul dan tak pro.
Aku bincang dengan agent rumah aku ni yang memang cina juga. Aku bagitahu apa yang terjadi.. Aku cerita semua, so agent ni decide nak call jiran aku. Sebab jiran cina aku tu menyewa juga.
Lepas call, baru la jiran aku tu bagitahu, dia kata pintu rumah aku selalu bising. Ya.. Memang pintu rumah aku yang depan ni bila buka dia tertutup sendiri. So agak kuat jugak pintu tu tutup..
Aku pun kadang2 stress dengan pintu tu. Cuma tak selalu jadi lah.. Kadang2 saja pintu tu buat hal. Aku dah tahu apa masalah, terus aku beli sendal pintu. Aku jaga pintu-pintu rumah ni supaya tak bising.
Disebabkan aku ni suka berterus terang. Tak suka simpan dalam hati, aku whatsapp jiran aku tu.
Aku dapat nombor dia dekat agent rumah ni. Aku whatsapp dia minta maaf. Sungguh-sungguh aku minta maaf. Sebab aku tak nak ada bergaduh dengan jiran bermusuh dengan jiran.
Jiran aku tu bluetick saja.. Aku tak kesah lah. Sebab dalam islam apa-apa pun kita kena minta maaf kalau kita salah.. Dia tak maafkan tak apa.. Allah yang tentukan.
Tapi yang aku tak boleh lupa dia jerit kuat-kuat dekat luar rumah. Maki aku. Dah la masa tu abang posmen datang pickup barang. Daripada semua tak tahu, sekarang semua dah tahu.
Jiran aku tu bukan kaleng-kaleng. Kereta besar-besar juga. Tapi itukah cara tegur kesalahan jiran? Tak boleh slow talk dan bincang? Kalau tak suka aku boleh saja contact agent rumah aku tu. Bagitahu pada agent, dan agent tu sampaikan dekat aku.
Cara jerit-jerit macam tu bagi aku orang yang pengecut, bacul, tiada sifat kejiranan, orang yang mementingkan diri sendiri.
Jika aku ditempat dia, aku akan buat komplen pada tuan rumah.. Dan tuan rumah akan contact tuan rumah aku untuk berbincang. Bukan terpekik terlolong dekat luar.
Pada korang semua kalau jiran ada buat masalah, jangan jerit-jerit dan bergaduh dekat luar rumah. Korang buat report disaluran yang betul. Atau lagi gentle, datang rumah jiran tu bincang elok-elok.
Bukan apa, kadang-kadang jiran tu pun tak tahu salah dia. Maybe jiran kita anggap, kita okey saja. Tapi sebenarnya tak okey.
In shaa Allah kalau kita slow talk, jiran akan terima teguran, respect dan minta maaf masa tu juga. Tak perlu sampai bergaduh, bermusuhan. Kita dekat dunia ini hanya sementara, kita hanya menumpang… hubungan baik dengan manusia adalah sangat penting.
Aku sekarang tengah fikir nak bagi gift dekat jiran aku tu tanda maaf aku dekat dia. Tapi nantilah aku fikir. Aku risau dia baling semula gift tu dekat rumah aku nanti sedihhh weh duduk dengan jiran yang sombong dan garang ni.
Apa boleh buat. Aku pun menumpang saja. Aku redha dan terima. Mungkin peringatan untuk aku lepasni kalau ada jiran aku yang buat masalah, jangan jadi macam cina tu.. Serius apa yang cina tu buat, terpahat dalam kepala aku sampai sekarang walaupun dah 2 bulan berlalu..
Aku down, sedih, trauma, malu dengan jiran-jiran aku yang lain. Tapi nak buat macam mana. Kontrak aku pun tak habis lagi. Nak pindah pun aku kena fikir deposit akan burn. So aku sabar saja lah duduk rumah tu walaupun aku dah tak happy nak buat kerja dekat situ.
Pada korang semua, tegurlah dengan cara berhemah. Kalau tak jalan, buat report disaluran yang betul. Tak perlu kita bermusuhan atas dunia yang sementara ni. Sekaya mana pun kita, lama-lama akan ditinggalkan juga.
Sekian coretan dari saya..
– Zahirah – jiran yang bersalah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit