Pertama sekali aku ucapkan jutaan terima kasih dekat admin sebab siarkan luahan hati aku ni haha penat weh type panjang2. Aku bukan la student IIUM tapi aku pembaca tegar IIUM confession ni.
Now cuti semester and aku tinggal dengan mak aku dengan lagi 3 orang adik perempuan aku. Ayah aku dah lama pergi masa aku kecil lagi so mak aku seorang ibu tunggal.
Ok cerita dia macam ni. Aku and family aku pindah semula kat rumah asal kitorang. Dalam family kitorang tak ada lelaki. Dulu tinggal kejap dalam 5 tahun macam tu dan lepas tu kitorang pindah balik. Jiran sebelah rumah aku ni anak2nya semua dah kahwin. Yang perempuan tak tinggal situ lagi dah. So tinggal lah dia dekat rumah dengan anak lelaki dia dengan menantu dia.
Aku start perasan perangai pelik jiran aku ni bila rumah aku buka radio. Well rumah kitorang tak ade pun speaker besar gedabak ke home theater yg gendang gendung bila dengar tu. Radio biasa2 je. Aku prasan setiap kali aku buka radio mesti lepas tu dia on jugak. On tu bukan setakat dengar dia sorang je oi, tapi nak satu lorong tu dengar. Aku tak tahu la apa masalah dia kalau aku on dia sibuk on. Kalau aku tak on radio sehari dia pun tak on. Last2 bila dia nak bersaing tu aku off je radio tumpang sekaki la radio dia boleh jimat karen kan.hehe.
Lagi satu masalah jiran aku ni dia suka ‘menceroboh’ kawasan rumah aku. Contohnya dulu masa dia nak renovate rumah dia, dengan slumber badak je dia bawak masuk lori/bajak lalu lalang dalam kawasan rumah aku sampai plaster dekat kaki lima rumah aku retak. Dah la tak minta izin tu nak lalu pakai sebat je konon tu jalan rumah dia. Ya, ada je family aku buat sempadan tapi takde la sempadan sangat sebab still tanam pokok tu dalam kawasan rumah kitorang tapi bahagian hujung2 nak ke rumah dia. Lepas tu korang tahu dia buat apa? Dia pergi lanyak pokok yang family aku tanam tu pakai lori. Well dia ni ada lori incase nak angkut hasil sawit ke orang sewa2 lori dia buat tu ini. Ha berbalik pada tadi ada beberapa batang pokok lagi dia cabut sampai keluar akar. Well aku cuba la berbaik sangka mungkin babi kot punya kerja. Tapi takkan babi pakai kasut pulak kan? Sebab nampak kesan tapak kasut kat sempadan rumah kita orang. Last2 dia sendiri buat sempadan, betul2 kat tengah2 macam longkang kecil tu. Tapi kalau dia ada kerja apa2 nak tanam bunga ke, dia tetap masuk kawasan rumah aku terbongkok2 mencangkul, menggali. Apa masalah dia aku pun tak tahu.
Satu lagi yang buat aku naik angin dia bela ayam. Dah tau bela ayam tu kan, buat la pagar ke apa ke jangan bagi ayam dia masuk kawasan rumah orang. Aku bela kucing kat rumah dan time aku bagi makanan kat kucing aku, ayam dia akan datang and halau kucing2 aku and makan makanan diorang. Itu okay lagi la last2 aku bagi kucing makan dalam rumah. Yang buat aku sakit hati ni ayam dia tu boleh pulak terbang panjat beranda rumah aku lepas tu berak merata2 kat situ. Ya, memang kerja kita orang hari2 pagi2 bersihkan najis ayam dia je la. Tak payah pagi2. Korang bayang la pagi2 dah elok2 bersih kat depan tu, masuk tengah hari ayam2 dia nak cari makan, lompat masuk beranda rumah aku and berak merata2. Kansur weh..
satu lagi jiran aku ni kawasan rumah dia kecil tau masa zaman dulu2. Aku tak pasti macam mana, bila perhati makin lama makin besar pulak. Dari situ nampak sikit2 dia meluaskan kuasa dia kat situ. Yelah sebab kitorang pun tak balik dah lama, so dari situ dia ambil kesempatan sikit2.. Bahagian belah rumah aku oke la tak teruk sangat. Ada bahagian jiran (rumah makcik B) dia yang sebelah kanan tu lagi teruk. Dia buat longkang besar, so bila air hujan hakis longkang tu makin besar la. Yang besarnya menghala ke rumah makcik B ni sebab rumah dia tu macam kat bahagian atas sikit, so memang takat tu je la longkang dia. Family aku diam je sebab fikir harta dunia nak rebutkan apa kan. Lepas siap longkang tepi, dia buat longkang kat belakang rumah plak, tapi aku tak tahu la macam mana longkang rumah dia cantik je tapi longkang rumah orang lain dia buat tak elok. So bila air mengalir dari atas ke bawah, air dari belakang rumah dia tu akan bawa tanah2 masuk ke longkang kawasan rumah aku. Bila dah tiba waktu, dia minta duit dari family aku untuk korek tanah2 yang masuk dalam longkang rumah aku disebabkan tanah dari kawasan rumah dia tu. Kejadian tu pun berulang la jadi pattern setiap kali tanah dalam longkang penuh dia minta duit nak korek.
Masa tu kan ada lebih2 besi rebar dengan konkrit, boleh pulak dia campak kat kawasan rumah aku. Apa dia ingat rumah aku ni tempat buang sampah agaknya. So bila salah seorang family aku ni tegur anak dia, yes dia ambil lebihan besi and konkrit tu. Dia ambil, letak depan seberang jalan rumah aku pulak. Even tu dah tak masuk kawasan rumah aku, tapi buruk la kan orang lalu lalang nampak depan rumah aku macam tu.
Masa dia korek longkang besar belakang rumah aku tu, banyak la jugak tanah lebih. Dia siap cakap kalau jual dapat hasil nanti dia bagi family kitorang. Lepas da siap kerja korek mengorek tu, bukan dia pergi jual tanahnya. Dia pergi tambak depan rumah dia yang arasnya rendah sikit, buat taman bunga. Geram tak geram. Well ibu aku pun nak bersuara pun segan sebab dulu family dia pernah jugak tolong2 masa kitorang kecil dulu. Tapi takkan la kitorang kena balas jasa dia dengan cara macam ni kan.
Arwah ayah aku ada tinggalkan kebun utk tanam sawit, tapi disebabkan family kitorang ni tak ada lelaki so ibu aku mintak tolong jiran aku uruskan. Hal2 baja hal2 tanam pokok semua minta dia handle. Upah tu memang la kitorang bagi. Tu cerita beberapa tahun lepas, kitorang berharap la masa tu ada la jugak duit sawit tu buat duit tambah. Tapi sampai sekarang tak da hasilnya. Ibu aku pernah jugak pergi rumah dia tanya ttg kebun tu tapi dia cakap pokok tak keluar banyak hasil so jual pun untung berapa sen sangat lah.. so ibu aku pun tak mintak la duit tu mungkin tu duit upah dia kerjakan sawit dari tanam baja semua tu.. satu hari tu ada jiran aku yang lain ajak pergi tengok kebun arwah ayah aku..ibu pun setuju sebab jiran aku tu bawak kereta..
Sampai je kat ladang tu mengucap terus ibu aku. Pokok sawit banyak bantut. Bila perhati rupanya dia tanam tu dengan plastiknya sekali. Mana la pokok tu nak besar. Lepas tu semak dia tu macam kebun kena tinggal korang tau tak. Padahal selama ni ibu aku bagi tau duit untuk baja, upah bersihkan kebun tu sekali kat jiran aku. Tak tahu mana pergi duit2 yang ibu bagi tu.
Berbalik pada zaman dulu, rumah kitorang rumah papan je. Lepas tu nak naik batu and buat some renovation lah kan. Kitorang semua pindah keluar la duduk tempat lain. Disebabkan masalah transport masa tu, kami berunding dengan kontraktor by phone je..tak pun kontraktor tu datang tempat kitorang. Disebabkan nak naikkan rumah ke batu, rumah lama kami dari kayu tu dirobohkan la. Korang tahu mana kayu2 tu pergi? Jiran aku tu ambil. Erti kata lain,curi sebab tak minta izin family kitorang and dia buat reban untuk ayam2 dia. Ada ni ha sampai sekarang aku perhati je kadang2 tengok dia bagi makan ayam dia.memang tak ade rasa bersalah ke? Lagi satu jiran aku ni link dia kuat dengan orang2 atasan kat kampung ni..nak mengadu pun tak tahu kat mana.terpaksa la pendamkan je..
So aku tak tahu lah aku yang kedekut atau jiran aku yang bermasalah. Bila ibu aku risik2 dengan orang2 kampung, baru tau rupanya bukan family aku sorang je yang kena tindas tapi banyak lagi family yang majoritinya ibu tunggal macam ibu aku alami nasib yang sama.. ada masa raya tu aku dengan family aku raya la kat rumah besar dia, sikit pun aku tak sentuh makanan and minuman dia..kitorang tipu cakap konon2 tengah puasa enam.entah la sebab kitorang waswas dari mana sumber dia beli makan2 tu..
Macam tu la kisah family aku yg ditindas ni. Ibu aku sempat pesan nanti kalau nak kahwin cari lelaki yg tahu uruskan hal2 kebun kampung macam ni..kalau tak sampai bila2 la jadi macam ni..
– Crystal Maiden
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit