Jiran Tidak Beradab

Assalamualaikum.. Nama saya Anis. Cerita saya mungkin cerita biasa bagi sesetengah orang. Tapi biarlah saya luahkan juga perasaan saya ini.

Saya pindah ke Taman ini tahun 2018. Suami beli rumah ini sebab suka dengan kemudahan yang semuanya dekat. Sekolah, pasaraya, pasar, balai polis, tempat kerja pun dekat.

Mula-mula memang seronok. Tapi selang beberapa bulan jiran sebelah mula menyakitkan hati.

Saya ada seorang anak umur 3 tahun. Saya bekerja. Saya bertuah dapat pengasuh anak selang 2 buah dengan rumah dan sangat baik.

Lepas beberapa bulan pengasuh saya bagitau dia selalu nampak anak2 jiran sebelah saya main dalam pagar rumah saya waktu saya kerja. Anak jiran saya tu semua lelaki. Umur 5-14 tahun.

Saya tarik nafas. Patut la bila balik rumah ada saja barang beralih, kulit coklat, batang aiskrim merata.

Saya bagitau suami. Tapi suami cakap biar saja.. Banyak kali berlaku. Kadang2 saya balik air paip depan rumah tak tutup. Saya tahu ada budak2 main kat rumah saya. Tapi mereka tak mengaku bila ditanya.

Lepas tu saya mula hobi baru. Saya tanam bunga dalam pasu dan susun cantik2. Saya beli pokok orkid, pokok bunga gantung dan hias rumah saya cantik2. Seminggu bertahan.

Satu hari saya balik kerja dan tengok banyak pasu gantung saya pecah. Berterabur. Saya jenguk rumah sebelah dan tanya siapa buat tapi semua anak jiran saya yang 5 orang lelaki tu tak mengaku.

Ayah dia marah2 terus panggil anak masuk. Dia cakap anak dia tak buat. Dia marah saya tuduh anak dia.

Saya dan suami sabar. Kami bincang nak naikkan dinding tepi rumah. Rumah teres sederhana.. dinding pemaju buat sekadar takat pinggang saja. Suami suruh sabar. Kita kumpul duit katanya.

Saya layan jiran macam biasa. Dia selalu puji anaknya dan salahkan anak orang lain. Dia kata anak jiran lain yang suka main dalam pagar rumah saya tu.

Saya cakap kat dia.. nanti Allah tunjuk. Siapa main dalam pagar saya nanti Allah balas. Kira macam pencuri lah. Sebab masuk rumah orang tanpa izin.

Masin mulut saya. Esoknya anak dia umur 6 tahun panjat masuk rumah saya. Tergelincir dan patah tangan. Masa tu saya MC. Dia tak sedar saya ada kat rumah sebab kereta suami bawak.

Jiran tu melompat masuk dalam pagar saya ambik anak dia. Saya buka pintu dan dia terperanjat.

Lepas kejadian tu jiran saya lari bila nampak saya. Dia tak tegur saya walau saya cuba tegur dia. Saya ignore saja. Tapi yang geram dia bawak cerita saya letak minyak. Itu sebab anak dia jatuh. Suami pun geram.

Terus panggil tukang naikkan dinding. Tutup terus kiri dan kanan. Pintu pagar pun buat baru yang tinggi sikit.

Ingatkan dah habis cerita.. Jiran saya canang pulak kata saya ni jenis tak campur orang. Tak suka berkawan. Padahal masa majlis apa2 kat surau taman muka dia yang tak pernah nampak. Saya selalu join usrah kat surau.

Saya bersyukur jiran lain tidak seperti yang sebelah ni. Mereka tahu hal sebenar.

Jiran saya ni jugak pengotor tahap gaban. Tong sampah pecah pun kedekut nak beli baru. Sudahnya sampah dia selalu berterabur atas Jalan dan depan rumah saya. Dengan pampers anak, sisa makanan.

Suami saya selalu sapu kutip buang sebab tak tahan tengok. Pernah suami saya tegur suami jiran tu sebab buang tilam tepi longkang tapi dia jawab aku bukan buang dalam rumah kau.

Sejak hari tu suami malas nak tegur. Malas nak cari gaduh. Suami buat report kepada Majlis Perbandaran.

Orang majlis datang tegur. Dah jadi bergaduh juga. Last2 saya dan suami malas ambik hal dah. Perangai manusia ni memang susah nak ubah kecuali mereka sendiri yang berubah.

Sekarang musim PKP saya WFH. Hari2 duduk rumah buatkan saya stress. Anak jiran saya dari pagi bising bermain bola. Sepak ke arah dinding rumah saya. Ketuk dinding bertalu2.

Tak tahu la kenapa mereka dengki sangat dengan saya. Sengaja atau memang kerana perangai budak2?

Kesimpulannya kalau mak ayah tegur, nasihat anak InshaAllah anak akan jadi baik. Saya malas nak gaduh.

Saya berdoa semoga Allah terus bagi saya dan suami kesabaran dalam menghadapi jiran yang macam ni. Tolong doakan saya ye.

Semoga PKP cepat tamat.

– Anis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *