Hai nama samaran saya Nora. Saya pun nak berkongsi juga kisah jiran gila ni.
Saya ada jiran depan rumah yang sejenis bermasalah. Jiran saya ni bukan Muslim.
Antara masalah yang saya hadap dengan dia adalah bela anjing sampai 2 ekor yang kerap menyalak tak kira masa,
Kemudian mereka sendiri (tuan anjing) sentiasa memekak dan bising. Suka pasang lagu bahasa mereka kuat-kuat juga, tambah lagi waktu petang ke maghrib.
Boleh bayangkan bercakap dengan sesama mereka dalam rumah yang sama, saya di seberang jalan ni dapat dengar suara melengking-lengking tu. Dengan bunyi lagu lagi.
Paling terbaru berlaku adalah setiap pagi depan pagar rumah saya akan ada najis seperti najis kucing atau anjing.
Sentiasa saya perlu sembur dan basuh dulu sebelum keluarkan kereta. Mood pergi kerja memang spoil terus.
Satu malam tu, saya keluar ke kereta untuk ambil barang. Kebetulan saya nampak anjing jiran saya tu tengah ready ambik posisi untuk berak di lokasi biasa ada najis.
Saya cuba halau dengan suara tapi anjing tu langsung tak berganjak. Saya jadi terlalu marah, terus saya capai je apa yang dekat untuk halau anjing tu.
Kebetulan barang yang paling mudah dicapai adalah sekeping mozek. Saya baling menghala ke arah anjing tanpa kena (bukan untuk cederakan tapi nak halau).
Waktu tu jugak bunyi mozek pecah bersepai atas tar dan saya bertempik dekat anjing tu, sekali dengan tuan anjing saya tempik. Saya betul-betul mengamuk dan jerkah jiran saya suruh keluar.
Mereka laki bini jenguk keluar dan bila tengok puncanya dari anjing mereka, mereka cepat-cepat halau anjing tu dengan marah-marah.
Tapi yang tak tahannya, boleh pulak si suaminya tu sound saya balik. Seolah-olah mereka tak salah. Memang bodoh sangat ke macam mana untuk sedar apa punca saya mengamuk.
Bila saya cakap yang mereka bodoh biar anjing berkeliaran berak merata sampai menyusahkan jiran-jiran, tiba-tiba dia petik tentang kucing saya. Dia kata kalau dia nampak kucing saya lepas ni, siap la!
Untuk makluman, saya ada bela seekor kucing, fully indoor, siap litter box dalam rumah.
Kucing tu hanya berkeliaran sekitar pagar rumah saya jika saya lepas keluar sebab dia kucing yang tak berani nak bercampur dengan kucing-kucing lain pun.
Dia cuma akan lepak di lantai simen depan pagar rumah saya saja. Jadi mangkuk hayun tu ugut untuk apa-apakan kucing saya jika dia nampak kucing saya ada kat luar rumah. Memang bangsat punya …..!
Kejadian tu berlaku minggu lepas. Selepas pada tu saya dah tak nampak anjing mereka di luar.
Minggu ni mereka ulang balik kerja bodoh dan biadap mereka, jadi saya ambil keputusan untuk report kepada PBT yang juga organisasi tempat saya bertugas.
Saya ambil bukti bergambar, saya WhatsApp aduan saya dengan lengkap.
Saya bagi bukti yang cukup sebagai orang awam yang berdepan masalah di bawah UUK Pelesenan (anjing) dan bukan hanya sekadar minta tolong kawan atau boss sejabatan semata-mata kerana saya kakitangan. Aduan saya legit.
Dalam tempoh 2 hari, PBT datang ke rumah tu. Dengan muka tak malunya mereka tak mengaku ye mereka lepas anjing berkeliaran. Sedangkan bukti bergambar pun ada. Dasar muka tembok!
Akhirnya mereka dikompaun dan perangkap anjing disediakan di kawasan lorong tu untuk tujuan tangkapan.
Saya tak pasti anjing mereka masuk perangkap atau tidak, cuma saya agak berpuas hati bila mereka terbukti bersalah melalui kompaun yang dikenakan.
Dan saya sentiasa standby untuk ambil gambar bukti lagi ye, dan saya buat secara terbuka. Biar mereka tau, duduk Malaysia ni beradap sikit, hormat undang-undang dan penduduk yang lain.
Nak tulis lebih-lebih nanti dikatakan racist. Tapi mereka sangat melampau ye. Jiran saya yang lain (Melayu) tak ada sesiapa pun yang pernah tegur mereka.
Mungkin kerana tak mahu timbulkan masalah dengan golongan yang kaki main parang bila mabuk dan mengamuk ni. (Mereka pernah bergaduh sesama bangsa mereka (jiran sebelah menyebelah) dengan bawa kayu).
Sedangkan kalau semua bersepakat, pasti golongan yang bermasalah tu sedikit sebanyak akan akur.
Saya pernah bertindak ye, saya telefon balai minta hantar URB. Setidak-tidaknya saya ada usaha walaupun saya tak mampu uruskan sendiri secara berdepan.
Mungkin tindakan saya boleh bahayakan keselamatan diri saya, tapi saya tak mampu tahan sabar lagi dengan masalah yang mereka timbulkan.
Saya duduk rumah sendiri yang dibeli, takkan selama-lamanya saya perlu hadap dan bersabar semata-mata.
Dan tak patut jugak saya kena fikir alternatif lain seperti berpindah. Kerana di tempat lain, pasti akan ada lagi golongan yang sama macam mereka.
Saya dalam perancangan untuk pasang CCTV depan rumah supaya saya boleh pantau sebarang tindakan khianat atau cubaan bahayakan keselamatan saya di rumah.
Mudah-mudahan Allah lindungi saya dan jauhkan saya daripada golongan tak berakal dan bodoh seperti ini.
Kepada semua pembaca, jika anda juga berdepan masalah yang sama, tolonglah ambil tindakan dengan melaporkan kepada PBT di tempat anda.
Jika aduan masalah anjing atau sikap mereka dijadikan amalan, pasti sampai satu masa nanti golongan yang sentiasa wujudkan masalah kepada kita ni akan lebih beringat dan berhati-hati.
Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kebiasaan mereka melepaskan anjing belaan mereka merayau-rayau atau tidak diikat.
Syarat pemilikan anjing perlu ada permit dan anjing perlu diikat dan dipasang kolar ye. Jika mereka gagal, anjing mereka boleh dirampas dan dimatikan.
Semoga kawasan perumahan kita di Malaysia ni boleh jadi kawasan yang selamat untuk kita semua serta anak-anak kita.
– Nora (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit