Untuk part I, (https://iiumc.com/jiranku-madu-tak-jadi/).
Alhamdulillah, dah lebih 6 bulan aku survived lepas kes kami. Rasa lega sangat-sangat dapat share kat sini & baca respon bernas & rasional dari pembaca di confession sebelum ni. Tapi ada beberapa persoalan berbangkit yang agak kurang menyenangkan yang mungkin perlukan penjelasan.
1. Kenapa mesti jiran?
Kebetulan. Atau spesifiknya, takdir. Walaupun lain syarikat, tapi masa bulan Nov 2018, suami aku & HH (bersama beberapa staf yang lain) ada bekerjasama untuk satu projek. Diaorang spent masa hampir sebulan jugaklah, jumpa hari-hari untuk settlekan projek tu. Dan… ianya dalam pengetahuan aku. Cuma yang aku tak tahu, mereka masih berhubung walaupun lepas projek dah tamat.
2. Bagaimana bermula?
Rupanya HH dah suka suami aku (macam crush gitu) sejak tahun 2012. Ini aku tanya sendiri kat HH, bukan aku buat cerita ye. Masa tu suami aku bujang lagi. Mungkin sebab HH stok muslimah pemalu bertudung bidang 60, so HH simpan jek perasaan tu.
Bila terjumpa semula, berjiran pulak, suami dah kahwin dengan aku & ada anak. Bila dapat peluang bekerjasama, macam pucuk dicita ulam mendatang lah ceritanya. Yang suami aku pulak bangga lah bila tahu ada perempuan bujang dah admire dia selama enam tahun. Enam tahun, gais!
3. Macam mana aku boleh tenang?
Sebab utama aku boleh bersikap tenang adalah kerana aku SANGAT-SANGAT MALU dengan perbuatan suami aku. Macam aku cakap sebelum ni, it takes two to tango. Kalau suami aku tak menyumbang kepada kegatalan, takkan jadi jugak kan? Aku rasa macam HH teraniaya & aku simpati dengan dia. Aku tak naik suara sikit pun masa pertemuan hati ke hati dengan HH. Siap aku tanya, betul ke nak suami aku? Kalau betul nak, aku sanggup undur diri sebab aku tak nak bermadu.
4. Kenapa aku pilih untuk bertahan?
Jujur cakap, masa mula-mula kantoi, aku tak nampak benda lain kecuali perpisahan. Sebab tu aku berani offer HH untuk ambik suami aku. Sebab masa tu aku sangat-sangat benci mereka berdua. Sumpah, aku paling benci suami aku.
Tapi sebab suami pilih aku, mintak peluang kedua, aku cuba. Sebab aku percaya, everyone deserves a second chance. Dan aku nak buktikan pada HH yang aku adalah lebih baik & bagus dari HH, sebab tu suami pilih aku, bukan HH. Jujur, mula-mula memang atas dasar ego & rasa nak menang, tapi lama-lama ALLAH tunjuk aku jalan yang sepatutnya.
5. Apa aku buat untuk legakan hati?
Aku bagitahu A to Z pada ibu aku. Aku anak bongsu so aku sangat-sangat rapat dengan ibu & ayah. Aku nangis macam orang gila depan ibu & ayah. Ayah cakap, tak apa, pisah jek. Sebab aku masih muda & boleh cari lelaki lain yang lebih baik. Hahaha.. chill jek ayah aku kan?
Ibu cakap, sabarlah & bagi peluang. Anggaplah sebagai ujian dalam rumahtangga. Yang best, layanan mereka pada suami aku tak berubah langsung walaupun mereka tahu cerita sebenar. Aku cerita jugak pada sorang kawan baik aku. Benda macam ni tak boleh simpan sorang. Nanti boleh jadi gila.
6. Kenapa tak pindah rumah?
Rumah kami sekarang atas nama aku, tapi kami kongsi bayar. Dua bulan lepas kantoi, suami aku dah mohon rumah baru, tapi malangnya loan dia tak lepas walaupun ikutkan gaji, suami aku layak. Aku pun pelik bila baca surat pemberitahuan tu. Tapi entahlah. Aku pun dah give up sebab kami akan bertengkar bila cakap pasal rumah.
7. Tak seram ke duduk dekat dengan madu tak jadi?
Gila tak seram. Hahaha.. ALLAH jek yang tahu perasaan aku tapi aku cuba lawan & tenang. Alhamdulillah, ALLAH Maha Penyayang, tak pernah lagi aku terserempak dengan HH masa balik kerja ke, bukak pintu pagar ke, kat shopping mall ke, kat kenduri kahwin ke. Tapi aku dah pesan kat HH, sila lari jauh-jauh kalau ternampak aku. Hahaha.. Semoga takkan jumpa lah sampai bila-bila.
8. Dua manusia tu dah berzina ke sampai HH meroyan?
Aku dah tanya dua-dua. Mereka sumpah dengan nama ALLAH yang mereka tak ada buat apa. Berpegangan tangan pun tak pernah. Atas dasar penampilan HH yang lebih alim & muslimah dari aku, aku pilih untuk percaya HH. HH meroyan mungkin sebab dia ingat suami aku bersungguh nak buat HH jadi isteri, rupanya tidak. Mungkin HH ingat dah jumpa lelaki impian dia selepas tunggu 6 tahun, rupanya belum lagi.
9. Apa khabar suami aku sekarang?
Seperti nasihat pembaca sekelian, aku dah bahagi-bahagi tugas & ikuuuuuuut jek dia ke mana jua. Tiada lagi jogging & main futsal. Tiada lagi nak keluar malam lepak mamak. Sosial kat tempat kerja, cukup. Habis kerja, berhiburlah di rumah dengan anak bini. Aku duplicate WhatsApp dia di laptop aku (dengan pengetahuan suami ye).
Aku simpan password segala socmed yang suami ada. Nak pergi isi minyak kereta, nak basuh kereta, nak beli garam kejap pun aku ikut. Tiap-tiap bulan aku check bil telefon. Bila ada suspicious number, aku tanya suami direct. Agak-agak tak larat, aku biar jek baju tak berlipat & mainan anak bersepah. Alhamdulillah, pandai pulak suami melipat & mengemas.
10. Apa khabar aku sekarang?
Dalam proses bertenang. Kurangkan stress pada diri sendiri yang konon nak jadi isteri solehah, ibu mithali sangat. Berhenti paksa diri nak semua benda sempurna. Sekarang ni apa-apa aku tulis kat diari & bagi suami baca. Aku nak suarakan tak puas hati, aku nak ungkit, semua aku luah.
Kalau cakap berdepan, risau ternaik suara & boleh jadi gaduh pulak. Aku usahakan supaya kami solat berjemaah untuk setiap waktu. Kalau ada tak puas hati, tak bertegur untuk 5minit jek. Salah sorang kena mengalah tegur dulu & buat pasangan gelak. Dan biasanya suami aku yang mengalah.
11. Apa khabar HH sekarang?
Aku pun tak pasti walaupun kami berjiran. Hahaha.. tapi aku contact sepupu dia sebagai langkah berjaga-jaga. Hari tu aku mintak sepupu HH screenshot IG HH dan aku nampak HH post masak asam pedas ikan & tiru caption IG aku (IG aku memang set public).
Aku tak tahu apa tujuan HH, tapi aku malas nak fikir. Asalkan HH stop kacau suami aku, sudah. Aku hafal nombor plet kereta HH. Kalau tempat kerja HH tu memang aku tahu sangat, bila-bila masa boleh pergi. Aku kenal pasti kawan-kawan baik HH, tapi aku tak kacau lah. Just in case perlu contact, aku dah ada nombor mereka.
Aku boleh kata, this is blessing in disguise. Ye, hati aku pecah. Tapi sekurang-kurangnya ALLAH uji aku dengan perempuan yang sedar diri & tak ganggu kami lagi lepas ditarbiah. Suami aku dah berubah & cuba jadi lebih baik. Masa depan aku tak tahu & aku tak nak fikir sangat. Aku cuba untuk jaga semuanya dengan baik sekarang, semoga berakhir dengan perkara baik jugak.
Untuk yang diduakan, anda boleh pilih untuk mempertahankan, mengalah atau menerima orang kedua. Untuk aku, aku pilih untuk mempertahankan, dengan izin ALLAH aku berjaya. Semua terserah pada anda sebab anda yang menentukan hidup anda.
Terima kasih kepada yang membaca. Terima kasih kepada yang memberi pelbagai nasihat & idea untuk aku hadap masalah kami ni. Terima kasih jugak pada HH yang hadir dalam hidup kami untuk mengajar kami jadi manusia lebih baik.
Aku tak berani nak benci HH sangat sebab kami masih berjiran. Aku takut beria membenci, tiba-tiba ALLAH uji aku perlu minta bantuan HH ke kot anak aku sakit, atau aku yang sakit. Masa tu tak ada sesiapa kecuali dia sebagai jiran aku. Ya ALLAH.. seramnya. Yang paling aku tak nak, benci-benci nanti jadi sayang. Simpang malaikat 44.
Semoga kisah ini jadi pengajaran buat semua. Doakan kami bahagia, sampai syurgaNYA. InsyaALLAH.
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit