Jiwa dan Mental

Okey dalam 2 tahun lepas pada 2018 aku mengalami accident yang boleb tahan laa teruk nya yang melibatkan aku, cousin aku (nama tak disiarkan) dan beberapa lagi kenderaan lain yang terlibat sama.

Kejadian tu berlaku di negeri kelahiran aku, perak. Aku dengan family dah berpindah tempat tinggal di mana disebelah negeri tersebut, selangor.

Cerita dia macam ni. Aku tak tahu lah ini semua disebabkan aku ke apa. Aku pun tak tahu. Okey tahun ni tahun 2020 kan. Aku start cerita tahun ni lah.

Nak ingatkan balik cerita yang lepas lepas tu mungkin agak susah bagi aku. Dan aku rasa serabut bila nak kene ingat balik perkara yang lepas.

Asalnya selepas aku mengalami accident tu aku lah yang paling teruk di kalangan mangsa mangsa yang terlibat tu. Ohhh ya. Cousin aku dia dah dijemput Allah sewaktu kejadian tu. Jadi aku lah yang mungkin terselamat .

Tapiii. Berdasarkan apa yang aku dengar dari mulut orang orang yang lebih tua dari aku tu, dia menceritakan nasib aku sewaktu kemalangan tu hampir hampir sahaja meragut nyawa. Kerana sewaktu kejadian, keadaan aku terbaring di tengah divider highway.

Maksudnya badan aku berada dalam divider dan kepala aku terkeluar sikit. Itu apa yang diceritakan lah oleh orang yang melihat aku sewaktu kejadian. Ada juga orang awam yang mengambil gambar sebagai bukti dan seumpamanya.

Kan aku kata tadi aku mungkin mangsa yang teruk kaan. Yaa. Aku sangat rasa aku mangsa yang paling teruk dalam kejadian. Kenapa aku kata aku paling teruk dalam kejadian? Sebab kesihatan aku, fizikal aku, juga emosi aku jauh sangat berbeza dari yang dulu.

Sejak dari peristiwa itu, aku seolah olah tukar 260° . Kenapa tak 360°? Sebab aku tekankan kat dalam diri aku ni ingat akan allah.

Bagi pandangan orang luar dan juga orang lain yang tak tahu apa situasi aku sekarang ni. Mereka akan cakap “tak macam orang sakit pun, macam orang normal je”

Yee bagi pandangan orang lain aku memang nampak macam normal. Tapi rasanya kalau korang dapat rasa apa yang aku rasa ni.

Korang pun akan rasa tertekan juga. Selain dari ingatan, memori, fizikal luaran, mental dan emosi.

Tambahan, Bagi aku situasi kesihatan aku sekarang terjejas kerana seluruh anggota badan sebelah kiri tidak dapat aku gunakan dengan excellent. Emosi aku terganggu. Kacau bilau lah orang kata.

But!!! Its sometime je Mata aku nampak double sehinggakan aku tak boleh pandang benda yang kecil yang macam ada banyak banyak tu tau. Nanti jadi pening.

Okey lah aku bagi contoh. Contohnya gambar yang kotak kecil tu yang bewarna hitam putih. Aku tak boleh pandang gambar macam tu.

Lagi satu aku sedari aku tak dapat naik kereta jalan jauh sangat. Nanti aku nak pening nak muntah. Asalnya dulu aku tak macam tu tau. Aku okey je dengan semua benda. Ini disebabkan oleh cairan dalam otak aku tak seimbang.

Penglihatan aku juga terjejas teruk dan banyak. Aku tak boleh lihat secara normal seperti orang lain. Penglihatan aku special sikit. Kalau orang biasa nampak satu je kan. Tapi mata aku dia nampak double image.

Mata aku ni dikurniakan pacaindera yang special yang bernama “Biniconirnal double vision secondary to tromatics”. Segala benda aku lihat dua benda.

Ok. Sebenarnya aku nak cerita tentang emosi. Emosi aku lepas excident ni tak terkawal. Tadi kan aku ada lah tercakap bodoh depan parents aku. Lepastu parents aku lagi lagi ibu aku tu la yang pantang dengar perkataan bad word la.

Pastu aku dengan emosi aku tak stabil ni aku marah la kat diri aku sendiri. Aku tampar muka aku sendiri. Aku cakap la kat dalam hati aku, bodoh la aku ni.

Okey nak cerita tau. Baru baru ni aku ada lah pergi ke satu pusat Rehabilitasi kat bandar bersejarah. Kat situ bukan tempat yang pemulihan untuk orang dadah tau. Ramai yang ingat macam tu.

Tempat tu adalah tempat pusat pemulihan untuk orang yang sakit macam yang kene strok, accident, angin ahmar, dan sebagainya.

Saya dapat masuk pun kan sebab saya accident dulu kan. Kat pusat rehab tu pelbagai orang saya jumpa. Tapi kan. Satu masalah besar dekat saya. Saya ni sejak accident tu. Saya jadi kurang keyakinan dalam apa jua perkara.

Orang lain anggap saya nak perhatian je. “Itu pun takut nak pergi sendiri” . “Apa lah penakut” dan itu lah biasa yang biasa orang lain akan cakap kat saya.

Saya akui. Tapi nak cakap macam mana kan. Nak balas pun nanti saya yang lagi sakit hati sebab saya takut serabut if saya balas orang tak akan paham dengan bahasa saya.

Saya ada perasan juga berdasarkan bahasa dan percakapan saya lepas excident ni jauh beza. Dulu saya ok je bila cakap dengan orang lain. Dan sewaktu secondary school pun saya debat. Begitu juga bila saya masuk zaman kolej. Tapi…. sekarang ni tak lagi.

Saya perasan jugak percakapan saya dan juga perbahasaan saya seperti mana rakan rakan saya yang kene strok tu dimana tak jauh pun bezanya. Kan bila orang strok kan cakap dia macam pelat sikit. Kiranya macam berterabur la. Saya macam tu lah.

Begitulah cerita saya. Maafkan saya kalau bahasa saya ni macam rojak. Saya ada masalah dalam “otak” . Saya perlukan mungkin semangat, kata kata positif dari pembaca semua.

Sekian terima kasih.

Sekian luahan aku…

– Ceri Merah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *