Hi, Assalamualaikum.. Aku Mia. Aku tertarik dengan kisah, “Perempuan Paling Malang” (https://iiumc.com/perempuan-paling-malang/).
Menceritakan tentang sikap ibunya yang terlampau control hidup confessor dan terlalu inginkan segalanya perfect dan ikut kepala dia.
Dia lebih kurang macam umi aku jugak. Kalau umi aku kata nak begitu, begitulah dia nak, takkan jadi begini.
Semasa kecil aku selalu rasa terseksa, jiwa kacau dan macam-macamlah perasaan akibat masalah dari rumah.
Aku selalu sangat stress dengan umi. Umi suka kutuk belakang pada orang tertentu, aku bagi nasihat kena marah balik of course sebab dia lebih tua, banyak dah makan garam dari aku.
Aku ade seorang kakak yang selalu backup umi. Dan ini menambahkan lagi stress aku. Di rumah aku umpama makhluk asing sebab orang lain perangai akan ikut umi aku, aku je tak suke.
Aku tak boleh jadi seperti dia sebab hati dan jiwa aku dah terdidik oleh Allah menjadi insan yang berbeza dari segi pemikiran dan sikap.
Dan umi aku tak pernah berubah perangainya sehingga kini masih kutuk orang lain dan masih suka downkan aku terutama selepas aku beri nasihat atas sikapnya yang aku rasa tak elok.
Selalu sangat bergaduh dengan umi sampaikan aku pernah lari dari rumah seketika, pernah mogok lapar pun ade. Bila luahkan pada orang lain mesti menangkan umi sebab syurga bawah telapak kaki ibu kan dan jangan jadi anak derhaka dan sebagainya.
Walaupun aku rasa down di rumah, tapi aku bersyukur sebab Allah hadirkan sahabat-sahabat yang sangat memahami perasaan aku. Kalau ada masalah akan luahkan pada sahabat-sahabat yg sehingga kini masih lagi bersahabat baik.
Aku tak tahu kenapa aku seorang yang susah nak kawal emosi dan masalah kacau jiwa aku. Umi aku tak pernah nak heart to heart dengan aku, lagi dia suka kutuk aku adelah.
Aku sangatlah down semasa zaman sekolah sehingga kawan-kawan sekolah pun kebanyakannya tak pedulikan aku sebab aku memang suka menyendiri dan hanya kawan dengan seorang dua je sahabat baik.
Sebab bagi aku syukur ada jugak sahabat-sahabat yang sangatlah memahami dan terima diri ini seadanya,
Walaupun aku rasa perangai aku teruk semasa sekolah sebab tak pandai berborak, berborak menyakitkan hati orang lain je. Aku jadi begitu sebab ada masalah dari rumah.
Aku tidak sesekali copy paste sikap umi aku yang tak betul bagi aku sebab aku boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.
Sebaliknya sikap aku banyak copy paste dari sahabat-sahabat baik aku itu. Nilai moral dalam hidup aku ni banyak copy paste dari sahabat baik aku tu.
Aku juga sering diherdik umi kerana masih lagi bujang tak kawen2.. Kalau bergaduh mulut mesti akan keluar perkataan seperti itu.
Kini aku dah dewasa dan bekerjaya. Aku bekerja dalam bidang yang perlukan otak berfikir sebab nak kena buat kira-kira dan kena problem solving macam-macam perkara. Kesilapan pengiraan walau kecil boleh menjurus kepada kerugian berpuluh ribu.
Aku syukur sebab Allah takdirkan aku dalam pekerjaan yang buat aku sering menggunakan otak untuk berfikir sebab ia jadi salah satu asbab kepada pemulihan sakit jiwa aku terhadap umi aku.
Kakak aku pula macam copy paste perangai umi aku itu. Suka kutuk belakang bergaduh dengan mertua baru saja diceraikan suami. Sekarang aku selalu slow talk dengan dia sebab tengok dia down teruk sekarang.
Aku nasihat ubahlah perangai, kakak aku nampak macam ade perubahan tapi jadi malas sekarang ni. Harapkan duit umi saja.
Umi pulak tak kisah kakak kena cerai, income pun tak ade apatah lagi anak. Bagi umi kakak boleh jaga dia masa sakit nanti dan tak perlu nak kerja.
Mungkin sebab aku rapat sangat dengan sahabat-sahabat aku yang sangatlah berhati mulia bagi aku. Sahabat-sahabat aku tu banyak ajar aku erti kehidupan. Aku dapat rasa kehadiran mereka menghidupkan jiwa aku yang selalu kacau itu.
Apa lagi yang aku boleh lakukan selain bersabar saja dengan kerenah umi dan berdoa pada Allah semoga dia berubah walaupun umur dia dah nak cecah 50-an.
Umi aku adalah insan yang mengajar aku supaya jangan tingggal solat. Pernah aku pergi belajar ngaji, payah betul nak faham. Balik ke rumah, umi aku yang ajar aku faham pulak.
Sama juga dengan subjek di sekolah ade yang aku sangatlah sukar nak faham cikgu sekolah ajar tapi bila umi ajar aku boleh faham. Walaupun aku sering down, tapi otakku cerdiklah juga semasa sekolah.
Aku dapat rasakan kecerdikan aku ni menurun dari umi aku. Kalau aku dilahirkan orang lain mungkin aku tak jadi secerdik ini.
Aku tak dapat nak ubah sikap umi aku walau berjuta kali aku nasihatkan. Yang aku mampu sebagai anak ialah bersabar dengan kerenahnya dan cuba ingat segala kebaikan dia disebalik segala kemurungan yang dia beri padaku.
Sehingga kini umi aku tetap akan downkan aku. Tapi aku sering sibuk berniaga sampingan online kini, aku terasa macam terapi sakit jiwa aku.
Sebab bila umi membebel itu ini, aku fokus dengan handphone dan kerja saja. Sehinggakan umi aku penat dan akhirnya dia tak pedulikan aku dah.
Bagi aku tiada ibu yang sempurna di dunia ini. Dia lebih pada yang sebelah sana dan dia kurang pada yang sebelah sini.
Aku juga banyak mendalami agama selalu dengar ceramah ustaz ustazah. Kita kena redha dan sandarkan pada Allah seluruhnya, insyaAllah Allah akan beri kekuatan pada hamba-hambanya.
Sekian.. Thanks if approve admin..
– Mia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit