Hi, salam semua. Aku terpanggil untuk menceritakan kisah hidupku yang bagiku seakan tidak adil untuk diri sendiri.
Boleh panggil nama aku Dünya (bukan nama sebenar). Pertengahan umur 20’an.
Aku dibesarkan dalam lingkungan (family broken) sebab dari ayah aku, nenek belah ayah, adik -beradik ayah semua toxic. Kerana bagi aku ayah bukan lelaki yang cukup syarat untuk berkahwin dan punya keluarga.
Kenapa aku cakap macam tu?
Sebab ayah aku ni kerja ikat contact di negara seberang kerja lebih kurang dalam kapal yang berlayar la macam tu, aku pun tak tau sangat.
Masa tu kami baru 2 beradik aku dengan abang aku. Kami masih kecil dalam umur 3 ke 4 tahun mcm tu.
Setakat kami dua beradik ni aku dengan abang. Ayah tak pernah menggila pukul anak tak tentu pasal, sebab kami duduk jauh daripada keluarga ayah.
“Tiada kaki hasut, tiada tukang adu domba, tiada parasit masa tu”.
Kami sekeluarga baik-baik saja. Kalau kami ada buat salah pun, ayah hanya pandang dengan muka yang serius tanpa perlu pukul anak. Kami faham bila isyarat ayah tengah marah.
Tapi! Segalanya berubah terlalu cepat, bila ayah tekad ambil keputusan untuk hantar mak, aku dan abang ke kampung.
Sejak itu lah kami mula makan hati, sebab mak aku bukanlah menantu pilihan nenek. Mak aku dah macam jadi babu dalam rumah nenek.
Ye la mana tak nyer. Setiap kali adik-beradik ayah datang hari minggu atau pun diorang ada masalah keluarga mesti diorang datang bertenggek kat kampung sampai berbulan pun ada.
Mak aku la jadi mangsa ipar duai dia. Setiap kali tengah hari mak kena siapkan makan tengah hari siap pakej hidangkan sekali. Ipar duai dia beradu je, tunggu makanan siap masak dan dijamu.
Kalau tak tolong masak, nenek akan menyindir je mak aku, tak buat apa-apa. Dasar nenek dan ipar duai pembuli.
Ayah aku dah la jarang balik, kalau balik pun tau nak marah, memaki anak bini je orang tua tu.
Nenek suka mengadu bukan-bukan sampai ayah gaduh dengan mak sampai maki mak depan mata aku. Ayah terajang kipas lepas tu hempok mak dengan bantal. Mak nangis tersedu-sedu.
Aku pun nangis masa tu, “ayah dah la tu jangan pukul mak”. Aku yang baru 5 tahun boleh cakap macam tu. Sambil peluk dan lindung mak.
Paling sakit.. Aku pernah buat silap, sampai ayah marah sangat aku dia ambik 7 batang lidi penyapu dia pukul aku kat belakang sampai berbirat luka.
Sakit, pedih, merangkak lalu menangis sampai mak aku hadang ayah aku daripada terus pukul anak dia. “Mak sakit…mak, ayah sakit… Aku nangis sampai penat”
Bak kata nenek aku, pukul anak dengan 7 batang lidi penyapu anak boleh dengar kata. Ajaran sesat mana la dia menuntut. Sedangkan dalam islam nak pukul anak pun ada had dan batas dia.
Tapi ayah aku dia pukul aku sepuas hati. Aku dah besar ni pun bila selak betis kaki masih ada birat kesan kena lidi penyapu.
Ada satu malam tu aku memang kuat mengigau, aku akan merengek kalau tak selesa. Masa tu aku tido kat bilik dapur dengan sepupu aku.
Aku merengek ayah buat tak endah je tak de nyer dia nak pujuk atau dukung aku. Redakan anak dia yang kurang selesa.
Yang nenek pula tak habis-habis cakap suruh aku diam. “Diam la jangan nangis, nanti amy jaga, susah nenek nak tidokan dia balik” . Risau sangat cucu kesayangan dia terganggu tido.
Ayah aku apa lagi, seolah apa yang nenek cakap tu macam naikan lagi amarah dia.
Dia terus kebilik, ayah selak kelambu dia tarik kaki aku dia lempar aku sampai terpelosok bawah meja dapur makan. Kerusi jatuh tertimpa aku. Aku menjerit nangis sakit.
Ayah kata, “kau diam, kalau tak nak sakit aku pukul” aku budak kot, apa dia ‘expect’. Budak tengah nak membesar kuat merengek.
Aku cuba bangun duduk dan menangis sambil tutup mulut. Sakit badan kena baling tadi. Aku ketakutan dan trauma sampai sekarang.
Ayah aku baran kalah hantu merasuk dalam badan. Aku sebagai anak sampai tak tau cara macam mana nak melupakan. Aku sakit, terkesan dengan makian ayah. Dah jadi sebati dalam diri. Telan pahit tu sendiri.
Aku benci ayah! Aku benci setiap apa yang dia buat pada aku! Aku susah nak maafkan dia.
Aku selalu berharap dia mati. Bagi aku dia tak layak jadi ayah, dia tak layak berumah tangga sebab banyak sangat kekurangan dia.
Ilmu perkahwinan compang camping. Ilmu parenting jauh sekali. Sebab itu aku dan adik- beradik kerap juga kena bantai kalau kami buat silap.
Sekian daripada sorang anak yang terluka. Maaf jika luahan ini terlalu panjang.
Akan ada sambungan lagi…. nantikan! kalau ada yang sudi nak dengar la. İni pengalaman hidup aku yang sebenar bukan rekaan.
– Dünya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit