Jiwa Kental

Sekarang ni baca iium confession banyak betul benda benda negatif. Aku rindu nak baca kisah kisah menarik macam dulu dulu. Bersiri siri pun takpe. Seronok baca.

Sekarang ni, confessor bercakaran dengan pengomen. Bila dah hantar confession pertama, nak hantar confession kedua untuk justification.

Sebenarnya kalau kau tak tahan dikomen, kena kecam, letak je confession kat page fb sendiri. Set privacy kau sorang je boleh baca.

Takkan la kita hidup ni nak dipuji puja melambung lambung je. Sebab tu la manusia ni bermacam macam sifatnya. Ada hati hitam boleh tutup dengan jubah, ada ketiak busuk pakai deodarant pun busuk tak hilang. Kalau semua manusia sifatnya sama, apa makna hidup ni?

Yang benarnya, kalau orang bagi pandangan, raikan perbezaan. Kalau rasa hati roti tisu, kentalkan hati. Secara tak langsung, boleh didik diri sendiri jadi lebih kuat.

Aku rasa diri aku kuat. Kalau aku tak kuat, aku dah jadi macam ramai ramai orang zaman sekarang yang berpenyakit mental. Tapi, kenapa nak fikir benda menyesakkan kepala padahal kita boleh raikan positiviti dan segala blessings yang kita dapat?

Kenapa aku kata aku kuat?

Aku ada physical defect yang sangat obvious. Tapi aku tak rasa aku oku walaupun rasanya kalau aku daftar sebagai oku, percuma je boleh dapat elaun bulanan setiap bulan.

Ahli keluarga aku sendiri pernah hina kecacatan aku . Tapi aku peduli tak? Memang la sedih . Memang la peduli. Sape tak sedih weh, kadang kadang bila bergaduh dengan adik beradik, diorang kutuk defect aku ni. Tapi hidup tetap kena diteruskan, betul tak?

Aku bersekolah menengah di sekolah asrama. Memang masa sekolah jangan harap la ada yang berminat. Aku je la dok crush kat orang.

Orang defect pun tetap punya hati dan perasaan tau. Hahahhahaha. Tapi aku berjaya habiskan sekolah menengah dengan cemerlang.

Masa aku masuk u, aku jumpa jodoh aku sekarang. Kacak. Badan ala pemain ragbi. Kulit cerah, ketiak wangi walau tak pakai deodarant, kentut je busuk.

Aku dengan dia macam langit dengan bumi. Aku ni rendah hanya atas sikit dari ketiak husband aku je. Kalau aku nak bisik2 waktu dia tengah berdiri, aku ni bercakap pada dada dia je. Entah dia dengar ke tak.

Habis belajar, aku kerja. Aku malu tak nak interview dengan defect aku ni? Tak langsung. Aku konfiden je.

Macamana aku konfiden? Parent aku cakap, masa kecik kecik dulu, aku ni punya la pemalu kalau orang datang aku menyorok bawah katil. Takut jumpa orang.

Masa sekolah rendah, aku join macam macam aktiviti kokurikulum. Masa sekolah menengah, aku bantai cakap english dengan cikgu walaupun semua murid cakap melayu. Tapi aku tak malu. Aku pretend to be confidence dan lama lama benda tu sebati dalam diri.

Husband aku on the other hand, walaupun kacak , tinggi, mata sepet, tapi sangat berdarah gemuruh. Pemalu.

Sekarang dah makin tua dan sebab kerja juga, makin hilang pemalu dan darah gemuruh tu. Tapi dah tua ni kurang dah handsomenya. Masih charming tapi gemok. (tapi tetap menjadi pujaan hati aku)

Alhamdulillah. Sepanjang aku kerja, belum pernah lagi dapat majikan yang pandang defect aku ni. Di tempat kerja sebelum ni, aku satu satunya melayu yang berjaya jadi part of management team.

Tahun 2008 aku lahirkan anak sulung. Suami aku masa tu dapat rezeki untuk bekerja dengan satu GLC. Jadi waktu aku bersalin tu, dia sempat tengok dua hari je sebelum dia kena kursus mandatori di pantai timur selama sebulan. Aku sorang sorang je nak kena handle anak.

Dah la first time mom. Dengan anak kena kuning. Dua kali keluar masuk hospital. Aku hampir hampir meroyan. Tapi, aku selalu ingatkan diri yang sekarang ni aku dah ada anak. Aku kena kuat untuk besarkan anak aku. Aku kan kuat.

Kenapa aku kata aku kuat? Masa aku mengandungkan anak kedua pula, suami aku sakit teruk tak boleh bangun. Badan tumbuh kuping kuping. Anak aku yang sulung masa tu baru setahun. Aku pregnant. Suami sakit tak boleh bangun.

Aku depressed tak? Taklah. Sebab aku kena kuat untuk anak aku yang tengah nak membesar dan juga baby dalam kandungan. Masa tu aku ada bisnes sendiri dengan perut memboyot aku cat papantanda. Aku simen lubang.

Aku takde masa nak self pity. Takde masa nak melayan rasa sedih. Aku pergi checkup sorang sorang. Drive kereta kancil merah sorang sorang kesana sini. Hari minggu aku bawa anak aku pergi taman untuk dia main main dan lari lari.

Agak agak sebulan sebelum aku bersalin, suami aku sihat. Lepas jumpa pakar kulit dan dapat rawatan yang betul. Rupanya suami aku sakit psoriasis arthritis.

Sampai sekarang, suami aku masih berpenyakit yang sama. Kalau putus bekalan ubat, mula lah sakit tak boleh bangun dan badan berkuping kuping, berdarah. Dia ambik biologic treatment. Satu jab berharga 4k++. Kena ambik suntikan 2-4 minggu sekali.

Masa mula2 tahu dia ada penyakit tu, dia kena kaunseling, aku pun dipanggil sama. Sebab ubat ubatan yang dia ambil, mengandungi steroid dan macam macam ubat yang kuat dan bahaya, kami dah tak boleh ada anak.

Sebab ubat ni juga akan memberi kesan pada buah pinggang, dan mungkin jangka hayat dia pun akan berkurangan.

Kita terima dengan hati terbuka. Takpe. Kita jaga je kedua dua anak yang dah ada ni sebaik baiknya dan kita cherish masa bersama keluarga sebaik baiknya.

Dah 10 tahun sejak pertama kali suami aku kena penyakit tu. Kami pun tak tahu apa hikmahnya.

Kan aku ada cakap yang aku ada bisnes kan, tapi bisnes tu biasa biasa tak maju sangat. Loan tinggi kena bayar dan aku decide untuk bekerja.

Dari tahun 2010 hingga 2017, aku buat double job. Satu untuk bisnes aku dan juga kerja full time di company yang akhirnya jadikan aku part of management team tu.

Penat tapi aku kan kuat. Apa ada hal.

Tahun 2018 aku tutup bisnes secara rasminya since anak anak pun dah semakin besar, dan tahun 2018 juga aku start kerja di tempat baru.

Tahun 2020 ni, tempat kerja aku tu tutup sebab pandemik covid-19 melanda. Aku pun jobless. Susah tau dah tua tua ni nak kena cari kerja baru. Dah la komitmen bulanan tinggi.

Apapun, Aku masih going strong. Walaupun kadang kadang rasa stress, kadang kadang aku rasa macam “kenapalah aku diuji macamni”, tidaklah pula aku absorb dalam kesedihan dan kepiluan dan biarkan hidup diselubungi depression.

Sepanjang aku jadi full time mak ni, aku akan pastikan anak anak aku punya pembelajaran baik. Diorang pun sejak school from home ni, hari hari homework bertimbun. Sehari sampai 4 subjek.

Kadang kadang, aku buat adhoc plan untuk ajak anak bercuti. Tengah anak anak rilek lepas habis buat homework, aku ajak diorang siap beg, kita naik bas dan jalan jalan ke bandar / pulau / daerah lain.

Aku ni, hutang loan bisnes belit pinggang sampai dua tiga kali pusingan pinggang. Jobless pula tu. Nak cari kerja dalam bidang aku sekarang ni dah la susah sebab sektor pekerjaan aku ni terjejas juga.

Duit belanja pun harapkan suami. Nasib baik la walaupun aku ni hitam, pendek, ada defect, suami aku tetap sayang. Hahahhahaha. Harini, aku kena paksa dengan suami untuk beli kasut converse. Haritu dia belikan converse untuk anak anak. Aku tanak.

Masa kitorang pergi mitsui pun dia tarik aku masuk converse. Pun aku tanak. Harini dia paksa juga beli supaya boleh sedondon dengan anak anak. (Walaupun dia takde pun converse)

Ada je satu masa yang kami suami isteri takde duit. Anak pun pakai baju buruk buruk. Makan pun ala kadar. Tapi kita bertahan je. Takde duit kita duduk rumah diam diam. Main je lah dengan anak anak. Bawa anak pergi taman yang tak perlu keluarkan duit.

Paling penting, walaupun bisnes takde income, gaji pekerja masih kena bayar on time. Diorang dah bagi tenaga diorang untuk bekerja. Takkan tanak bayar?

Aku pernah hampir buat pinjaman along untuk bayar komitmen bulanan bisnes aku tapi aku kuatkan semangat untuk taknak serah tengkuk dan buat pinjaman. Akhirnya suami aku kena kerja overtime round the clock untuk dapatkan extra money nak tolong bisnes isteri dia ni.

Mungkin kisah aku tak berapa tragik dan tak berapa sengsara. Banyak kisah yang aku tak reti macamana nak cerita.

Aku bukanlah seorang storyteller yang baik. BM aku masa SPM pun dapat 2 je. Tapi aku melalui kehidupan ni dan aku selalu rasa yang aku ni bukan kaleng kaleng sebab dapat menempuh kehidupan yang aku lalui ni. Heh~

Point aku kat sini ialah, apa je yang berlaku, kita kena kuat. Mesti ada pemangkin untuk kita tak lose hope. Macamana pun mesti ada something yang membuatkan kita rasa kita nak jadi kuat physically and mentally dan boleh menghadapai hari hari mendatang.

Be grateful kalau kita ada spouse yang bagi support tak berbelah bagi. Be thankful dengan anak anak yang memahami. Benda benda ni semua akan jadikan kita kuat.

Aku harap umur kami suami isteri panjang untuk tengok anak anak membesar. Aku harap aku ada rezeki untuk dapat kerja lagi.

Aku harap anak anak ada rezeki untuk melanjutkan pelajaran di sekolah yang baik baik dan diorang ada rezeki untuk dapat masa depan yang cemerlang. Aku harap, walau aku diuji dengan sepak terajang kehidupan, aku akan tetap kuat.

Ha, lupa nak cerita. Anak sulung aku dah remaja. Menggalah tinggi macam abah dia. Umur baru 12 tapi tinggi dari aku.

Aku selalu ingatkan dia untuk jadi strong physically and mentally. Walaupun dia perempuan, aku nampak kematangan dia dan macamana dia boleh handle emosi dia.

Aku selalu share kisah aku masa kecik kecik dengan anak anak. Aku nak diorang jadi strong dan tak mudah menyerah kalah dalam kehidupan. Kalau aku boleh, semua orang pun mesti boleh.

Oklah. Habis kisah. Kalau korang rajin, cuba kira berapa banyak kali aku tulis perkataan kuat dalam confession ni?

– Via (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *