Assalamualaikum semua. Aku Que, umur awal 30-an. Berkahwin dah 3 tahun dan anak seorang. Aku nak cerita stressnya aku dalam perkahwinan yang masih awal lagi ni. Punca stress aku adalah dari orang ketiga dan juga suamiku.
Dari awal kami berkahwin. Punca aku bergaduh dengan suamiku adalah disebabkan kedua ibu bapanya. Setiap masa akan tanya bila nak balik. Dari aku mengandung, bila balik ke rumah ibu mentua ku. Ahli keluarganya mesti akan bertanya apa yang aku nak masak harini.
Ibu mentuaku bekerja dan jarang masak. Jadi semua jatuh atas bahu aku. Sehingga aku sarat 8 bulan lebih dah aku masih masak untuk keluarga mereka yang kuantiti dua kali ganda banyak kerana keluarganya semua makan banyak. Ayam dua ekor kena masak.
Nasib baik selepas ada anak kami berpindah tinggal sendiri. Aku ingatkan sudah tidak diganggu. Bahkan seminggu 3-4 kali datang dengan harapan aku ada masak sesuatu. Melepak sehingga 12 malam baru balik.
Aku yang dah seharian letih menjaga anak. Dicampur dengan nak menjaga keluarga suamiku. Memang terlalu letih. Masa tu memang aku selalu breakdown. Apabila aku terlampau emosi sehingga aku lari keluar dari rumah kerana aku terlalu letih.
Kemudian aku bekerja. Alhamdulillah selepas bekerja emosiku semakin stabil. Pernah ada pergaduhan jugak dengan ibu bapa suamiku buat seketika tapi aku turunkan ego ku dan baik semula.
Tapi gangguan setiap minggu masih tak hilang. Aku setiap kali hari khamis jumaat sabtu sentiasa anxiety sebab mereka akn bertanya bila nak balik rindu cucu katanya. Sedangkan bila balik tak main pon dengan cucu. Aku jugak yang menjaga anak setiap masa.
Yang paling aku tak tahan apabila bagitau nak balik ke rumah keluargaku. Mesti akan suruh singgah ke rumah mereka dan mereka akan drag masa sehingga malamnya.
Kadang disuruhnya tidur di situ pulak. Selalu diperli dengan ayat takkan nak balik rumah sana dah, tak puas lagi nak main dengan cucu.
Ada suami jugak tak berfungsi. Sentiasa ikut apa kata ibunya. Ibu dan bapanya sangat pandai main dengan ayat seolah merajuk. Dan suami akhirnya akan akur. Mereka juga akan sentiasa mengatur hidup kami setiap minggu. Nanti kita pergi sini. Nanti kita pergi sana.
Mesti ada bertanya kenapa tak tinggal jauh. Bukan tak nak tinggal jauh. Aku sudah lama berjauhan dengan ibu bapaku selama ini. Kali ini aku pilih untuk nak tinggal lebih dekat.
Mereka mengatur hidup aku membuatkan aku kerap bergaduh dengan suami. Sehingga baru ni suami berkata kalau masih nak menjadi isteri, pulang dengan segera. Ketika itu aku keluar drive kereta kerana tak tahan terlalu tertekan.
Suami tak pernah memahami kehendakku walaupun berulang kali aku bagitahu supaya dia lebih keras. Kami perlu masa untuk keluarga jugak. Setiap minggu tak pernah lekat di rumah.
Aku tak pernah rasa boleh berehat dengan tenang. Dan yang aku sedih aku jugak punya ibu bapa yang aku rindukan. Kurangnya masa aku bersama mereka.
Saat ini aku merasa kekosongan dalam perkahwinan ni. Rasa cinta aku pada suami aku dah makin pudar sikit demi sedikit. Aku rasa kosong dengan diri ini.
Aku nak kembali ke pangkuan keluargaku. Tapi aku masih ada anak yang perlukan ayahnya. Tapi jiwa aku terlalu sakit dengan segala yang aku pendam.
Tak pernah kuceritkan hal ni pada ibuku kerana aku tak tak mau membuka aib suami dan keluarganya kepada ibuku. Tapi aku makin letih dan letih.
Apa yang harus aku buat? Perlukah aku bertahan dan bertahan lagi? Atau perlukan aku pulang ke pangkuan keluargaku?
– Mrs Que (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit