Jiwa Seorang Anak

Assalamualaikum pembaca. Aku seorang mak, ada 3 orang anak, dan seorang anak tiri. Aku tak tau dah nak buat macam mana. Aku stressed dengan anak aku termasuk anak tiri aku.

Anak tiri aku duduk dengan family mertua aku. Anak-anak aku, duduk dengan aku. Kisahnya agak panjang, dan aku harap aku dapat jawapan dan cara yang bernas dan positif. Aku tak nak yamg negative, sebab aku dah tak larat nak fikir dah. Lelah jadinya. Penat sangat bila buat-buat happy go lucky depan orang lain.

Cerita dia, dua minggu lepas, anak tiri (17 tahun) aku, kantoi keluar dengan boyfriend dia. Dia angkut adik (14 tahun) sekali. Iaitu anak aku. Mulanya kata nak keluar dengan kawan-kawan. Semua perempuan. Rupanya tak. Keluar bertiga je. Dia, anak aku, dan sorang budak lelaki. Laki aku yang bagitau pasal kantoi ni, sebab kawan laki aku terserempak diorang.

Anak tiri aku kata, budak lelaki tu, kawan adik dia, (anak aku), anak aku pun tak cakap apa-apa. Yelah kakak kan. Diam jela. Backup kakak. Kang kena marah. Belum kena bodoh kena sial lagi. Kadang tangan pun berjalan sekali. (Pernah depan mata aku sendiri, tu pasal aku berani cakap).

Bila dah kantoi, Laki aku bagitau aku. Kat rumah, aku tanya. Keluar dengan siapa. Berapa orang. Nak tengok gambar. Diorang kata takde. Tak ambik gambar. Bagi aku mustahil. Pasal anak aku suka selfie, anak tiri aku pun. So aku dah rasa, betul ni diorang menipu.

Aku tanya lagi, kawan yang lain takkan takde ambik gambar? Senyap. Aku tanya lagi, sebenarnya berapa orang tadi. Ada perempuan ke lelaki? Anak aku yang jawab, tapi terketar-ketar (anak aku tak reti menipu, nak beli aiskrim pun dia mintak izin aku, dan dia tau kalau aku tau dia menipu, teruk dia kena, sebab aku siasat sampai lubang cacing).

Jawab dia, ada kawan kakak, lelaki tu terjumpa kebetulan je. Anak tiri aku tak jawab langsung. Dia memang camtu. Tapi masa kantoi jumpa tu, dia petik nama anak aku. Dia tak nak ngaku. Okay aku diam lagi.

Bila aku dah makin geram anak aku tu menipu, aku pun cakap… ‘nak play record call ke?’. Masing-masing terkedu. Terdiam muka cuak. Terus si kakak cakap, tu kawan dia. Bukan kawan adik. Memang plan nak jumpa. Aku yang tengah makan roti canai tu rasa nak tampor sorang-sorang. Baru nak mengaku? Tapi nama adik dah buruk la kan.

Kes sebelum ni pun ada. Tapi aku cover balik. Aku tak nak bising-bising. Pasal end up, anak aku jugak la mastermindnya. Padahal anak aku handphone pun takde. Aku tak salahkan sesapa. Sebab, macam-macam boleh jadi, belakang aku. So aku tak tuduh sesapa. Aku diamkan, walau aku dapat bukti siapa punya kerja.

Sejak tu langsung masing-masing tak keluar bilik. Panggil makan pun tak nak keluar.. Aku pun tak berapa sihat. Aku tidur. Rupanya masa aku tidur, anak tiri aku call pakcik belah mak dia, ambik dia, hantar ke rumah kawan dia. Jauh dari rumah aku. Ya ambik dia hantar ke rumah kawan dia. Nak lari rumah. Bukan dia je. Adik (anak aku) pun ikut sekali.

Aku memang tak sangka. Sebab anak aku nak pergi kedai pun takut sorang-sorang. Suruh buang sampah pun berteman. Apalagi lari rumah.

Aku tak tau nak salahkan siapa. Aku tau pun, masa aku bangun dari tidur, anak tiri aku salam aku cakap mak dia dah sampai, nak ambik dia. Aku yang baru bangun blurr. Tiba-tiba macam tu. Dia pun ikut la mak dia. Aku mesej dia tak balas. Call jangan harap la nak angkat.

Aku siasat dari anak aku, (nasib baik anak aku tak ikut sekali kakak dia ikut mak betul dia), anak aku cerita habis-habis. Memang apa yang anak aku cerita, sama dengan rancangan diorang yang terrakam dalam handphone aku tu, (handphone aku ni auto record, segala call in out akan record sendiri).

Memang rancangan asalnya, tiada kawan perempuan lain, hanya boyfriend kakak dia dan adik dia diminta untuk temankan je. Kawan perempuan hanya nama. Takde. Aku tanya anak aku, kenapa menipu, kenapa tak jujur, katanya disuruh. Laki aku cakap, kalau terjun bangunan, ikut sekali ke?? Terdiam dia.

So sekarang ni aku nak pendapat. Apa aku nak buat dengan anak tiri aku dan anak aku. Diorang pernah meluah, dikongkong, tak bebas, dan stressed. Memang aku tak nafikan aku kongkong anak aku. Tapi takde la sampai aku sekat dia nak berkawan, nak buat aktiviti sekolah.. even aku bagi apa yang dia nak.

Nak pergi tengok wayang dengan kawan, pergi main ice skating, main bowling, pergi library, pergi bookstore (anak aku suka baca buku), aku hantarkan, aku bayarkan. Kadang aku temankan, kalau aku busy, aku tinggalkan. Siap makan minum semua aku dh bayar, tinggal datang makan je. Cukup time, aku datang ambik. Tapi aku tak bagi dia berboyfriend girlfriend bagai tu la.

Anak tiri aku, aku tak tau. Kenapa dia rasa dikongkong, tak bebas, dan pernah dia maki yang menjaga dia, dengan perkataan bukan-bukan. Ada dalam rakaman aku, (aku tak bagitau sesiapapun termasuk laki aku).

Sedangkan apa saja dia nak, dia akan dapat, instead of anak-anak aku yang kena tunggu aku kumpul duit, baru aku dapat bagi apa yang diorang nak. Kadang anak aku kumpul duit sendiri, untuk beli sesuatu. Tapi ada je yang cakap pilih kasih. Ntah la..

Tolonglah bagi aku cara dan nasihat macam mana lagi aku nak buat. Nak kata kurang kasih sayang, ntah kasih sayang macam mana nak dibagi lagi aku tak tau. Aku risau anak aku si adik tu terpengaruh. Atas dia aku tak kisah sangat, sebab lelaki.

Tapi si adik ni. Laki aku pernah halau anak aku si adik tu. Sebab nak bebas sangat, nak macam kawan-kawan lain, bebas nak buat apa saja, laki aku campak kain baju dia keluar. Laki aku cakap, kalau dia nak bebas, pergi lah. Dia nak sangat. Tapi dia takkan cari. Baliklah kalau rasa nak balik. End up, laki aku kutip balik baju-baju yang dilempar tu.

Anak aku selalu kena marah dengan laki aku, kena maki jugak pun ada. Tapi dengan anak tiri aku, anak dia, bersayang-sayang. Jangan kata jentik, tengking pun boleh kira sebelah tangan.

So nak puaskan hati yang kata laki aku pilih kasih tu, laki aku marah la anak aku sepuas hati dia. Pukul pun paling teruk patah hanger, pintu bilik pecah. Nak puaskan hati orang yang kata dia pilih kasih.. orang yang cakap tu tak tau teruk anak aku kena. Kudos..

Sekarang ni, anak tiri aku nak sangat ikut mak dia, padahal yang jaga dia dari kecik, family laki aku. Mak betul dia, datang dan pergi ikut suka. Family laki aku jaga dia penuh kasih sayang. Sikit cela pun takde. Tu pun laki aku cakap, biarlah dia, kalau dia rasa bebas duduk dengan mak dia, biarkan. Tapi yang paling sedih dan tentu family laki aku lah.. sampai dah redha kata mereka.

Apa yang boleh aku buat? Aku risau dan aku tak nak anak-anak ni hanyut dan leka. Aku risau setiap kali anak aku, anak tiri aku, anak-anak lelaki aku, melangkah setapak keluar rumah. Aku tak tau apa akan jadi satu minit akan datang. Doakan aku kuat dan tabah. Aku harap semua dapat selesai.

Terima kasih semua. Love you all.

– FindingNemo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *