Assalamualaikum semua. Gee cemburu lah tengok kawan2 lain bff dengan mak ayah diorang. Gee dengan mak ayah Gee makin lama makin kekok la nak bercakap. Gee suka diam je.
Gee dah kahwin, 30an dah umur Gee. Belum ada rezeki anak lagi. Jadi jadual Gee cuma kerja, layan suami, layan mak ayah Gee atau mertua Gee kalau berjumpa.
Gee anak tunggal, dibesarkan dengan cara berdikari. Sekolah rendah Gee membesar dekat rumah jiran. Diorang jaga makan minum Gee sebab mak ayah Gee kerja jauh. Normal la kan?
Masuk umur belasan, Gee dah tinggal seorang kat rumah lepas waktu sekolah. Pun normal juga kan?
Jadi satu pencapaian tau pada ayah Gee bila bagi tau orang Gee pandai masak nasi goreng telur dah bila tinggal sorang kat rumah. Pun masih normal kan?
Malam2 ayah Gee suka keluar lepak kedai dengan kawan. Jadi Gee tinggal sorang je malam2 sebab mak Gee kerja shift.
Gee takut, ada masa menangis malam2 sebab fikir kan masa tu ada kes remaja kena rogol, rumah kena rompak. Tapi Gee boleh buat pe kan. Call je la ayah Gee ingatkan dia cepat balik sebab Gee nak tidur takut sorang2.
Gee membesar macam tu lah. Masuk asrama Gee dah pandai berdikari. Ayah Gee tak ada nak bantu angkat baldi2 Gee usung dari flat sewa kat universiti ke kereta. Padahal Gee letih sangat kudrat perempuan kan.
Mak Gee tak ada nak jemput depan pintu kolej, sebab mak kerja. Gee balik sendiri je naik train pikul beg baju nak balik hujung minggu.
Lepas Gee dapat pinjam kereta mak, Gee dah tak susahkan sesiapa. Tapi Gee rasa satu pencapaian Gee kuat sorang2, berani drive sorang. Balik rumah sewa malam2 pun Gee okay. Gee enjoy driving.
Bila Gee nak kahwin, Gee usaha semua sendiri. Ala kadar je majlis Gee. Orang kata anak tunggal meriah, tapi tak pun.
Gee dapat bayar apa yang mampu je ikut simpanan Gee, itupun kena perli lagi dengan mak. Mak kata sibuk nak kahwin, duit pun tak cukup.
Memang tak cukup la kalau nk tanggung 100% termasuk katerer. Tapi Gee terima sebab Gee dianugerahkan suami yg penyayang dan sangat memahami.
Cuma lepas kahwin, Gee mula rasa lain. Mertua Gee simpati dengan cara layanan keluarga Gee. Seolah dibiarkan macam tu je.
Mak mertua Gee penyayang dengan anak dia. Tak pernah lupa tanya khabar suami, kadang bagi duit belanja kat suami kalau pergi jalan mana2 sebab dah tolong belikan apa2 yang mak mertua kirim.
Mula2 Gee cemburu tau, sebab Gee usaha titik peluh sendiri. Dah bertahun Gee tak mintak duit dengan mak ayah Gee sejak dari Gee masuk asrama. Apa2 Gee guna duit Gee. Gee tak nak hidup dibela mertua pulak. Gee ada prinsip Gee.
Cuma kadang tu, tengok keadaan kawan lain kan. Seronok nak jumpa mak ayah sebab nk gosip2. Gee tak de.
Gee nak borak pun kadang ayah tak nak dengar. Gee nak cerita dengan mak pengalaman Gee jalan2, mak pun tak nak kalah. Jadi Gee rasa kerdil sangat.
Kat mana lagi Gee boleh luah rasa selain suami? Syukur dia dengan Gee kongsi minat sama, jadi kiteorang happy dan enjoy je masa bersama. Tak ada konflik.
Mak ayah Gee kadang bercakap pun macam nak bergaduh. Gee nak bawak jalan pun kadang je tak nak ajak sebab Gee nak aman dalam kereta. Gee tak suka orang pertikai pilihan Gee. Ni semua sebab Gee dah dibiasakan urus diri sendiri tanpa mak ayah bantu.
Gee ingat lagi masa kat universiti, Gee call mak. Orang lain call 10 minit bercakap. Gee call, 1 minit je dah habis. Mak tanya pulak tu kenapa call?
Gee jadi tak faham dan dah terbiasa tak perlu la call bila Gee jalan dalam Malaysia je. Sekarang ni la baru boleh nak borak lebih sikit guna video call. Bagi tengok suasana luar negara.
Tapi bila balik rumah, mak Gee bandingkan la dengan pengalaman dia pulak. Tak nak kalah, Gee jadi off mode nak bercerita. Sampai menangis pun ada, suami la pujuk.
Gee tak de niat tak suka kan mak ayah Gee. Tapi cara kami tu tak tahu dekat mana nak tunjuk kan rasa kasih dan sayang tu. Makin lama makin renggang. Masa banyak dengan fon je. Gee jadi boring.
Suami je la yang buat bising kat rumah ni. Masalahnya bila dia bercakap, helok je berborak. Sampai Gee cakap tak dilayan.
Normal ke Gee nak rasa macam ni diusia Gee sekarang? Atau Gee patut biarkan je perasaan ni, janji Gee tau tanggungjawab Gee dengan diorang.
Duit bulan2 Gee bagi, tiap kali gaji Gee belanja makan luar & barang dapur sesikit. Ada bonus Gee bagi extra & bawak bercuti.
– Gee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Aᴡᴀᴋ ᴀɴᴀᴋ ʏᴀɴɢ ʙᴀɪᴋ ɢᴇᴇ..sᴇᴍᴏɢᴀ ᴀʟʟᴀʜ ᴋᴜʀɴɪᴀᴋᴀɴ ᴀᴡᴀᴋ ᴀɴᴀᴋ² ᴅᴀɴ ᴅᴀᴘᴀᴛ ᴛᴜᴍᴘᴀɴɢᴋᴀɴ ᴋᴀsɪʜ sᴀʏᴀɴɢ ʏᴀɴɢ ᴀᴡᴀᴋ ᴛᴀᴋ ᴅᴀᴘᴀᴛ..sᴇᴍᴏɢᴀ ʜᴜʙᴜɴɢᴀɴ ᴀᴡᴀᴋ ᴅᴀɴ ᴍᴀᴋ ᴀʏᴀʜ ᴊᴜɢᴀ ʙᴀɪᴋ ʜɪɴɢɢᴀ ᴀᴋʜɪʀ ʜᴀʏᴀᴛ..ᴊᴀɴɢᴀɴ ᴘᴜᴛᴜs ᴀsᴀ ᴜɴᴛᴜᴋ ʙᴇʀᴅᴏᴀ ᴏᴋ!
Kenapa ek kita beria-ia nak puaskan hati orang yang tak sudi pun dengar kita hatta mereka tu darah daging? Stop lah gee. You ada suami dan famili mertua yg baik, so sekarang priority u kat husband u, bukan orang tua u yg tak pandai menghargai. Kadang2 bosan baca luahan terhegeh-hegeh nak cari validation dari org yg salah dan buta hati. Know your worth Gee..