Jiwa Yang Hilang

Nama aku AA. Umur 40. Aku dah berkahwin dan punyai anak-anak yang comel. Punya kerja yang stabil dan kelihatan seperti lengkap serba serbi.

Ayah aku meninggal dunia masa aku di bangku sekolah, selepas itu mak aku pula pergi menyusul. Aku ada 4 orang adik beradik.

Sejak dari itu, aku lah ibu aku lah ayah. Aku kena kuat demi adik-adik aku.

Lepas aku habis belajar di universiti, aku terus kerja sambil aku jaga adik-adik aku yang masih sekolah. Aku buat segalanya yang aku mampu untuk make sure adik-adik aku berjaya.

Tak ada yang tolong aku, semua atas aku. Alhamdulillah sekarang semuanya dah berjaya dalam hidup masing-masing.

Aku pun boleh dikatakan dah selesa dengan kehidupan aku. Tapi itu hanya luaran.

Yang aku pilih untuk aku tunjukkan pada orang sekeliling aku. Yang aku okay, yang aku baik-baik je.

Tapi sebenarnya aku tak okay, jiwa aku kosong. Kosong sampai aku rasa aku jalani hidup ni hanya sebab aku masih hidup.

Tahun ni aku rasa worst sangat. Aku rindu mak ayah aku. Aku rindu sangat-sangat. Rindu pada yang dah tiada, rindu yang tak berpenghujung.

Aku rasa aku tak pernah recover, tak pernah move on. Aku rasa penat sangat. Penat untuk jadi kuat.

Betul, aku ada suami. Tapi perasaan tu tak sama, meluah bercerita pada suami dengan meluah pada mak ayah. Peluk cium memerap.

Aku dulu sekolah asrama dan lepas tu aku terus belajar kat universiti. Aku tak ada banyak masa terluang dengan mak ayah aku.

Jadi bila dorang pergi, aku rasa macam aku tak banyak masa dengan dorang. Aku rasa tak cukup kasih sayang dorang.

Aku tak rapat dengan mertua aku, biasa-biasa je. Laki aku hari2 tepon mak dia dan bercerita semua benda.

Kadang2 dengan aku pun tak macam tu. Dia pun boleh cerita semua pada mak dia, taip tak dengan aku.

Kadang bila aku meluah pun macam takde perasaan je dia dengan aku. Masa kami lebih banyak dengan telefon.

Dia sangat suka telefon, masa makan main telefon sambil tengok tv main telefon. Bila dia macam tu, aku pun macam tu.

Kadang aku pilih untuk main dengan anak-anak. Aku sibukkan diri aku dengan kerja2 rumah.

Aku pilih untuk tidak berada di mana dia berada sebab aku sakit hati. Aku juga lebih dominant.

Mungkin sebab aku dah jadi mak ayah sebelum aku kahwin lagi, jadi semua atas aku. Dan dia ambil kesempatan atas itu.

Aku kena fikir barang-barang rumah, aku kena fikir hal-hal anak. Bila aku cakap, respon macam aku cakap dengan dinding.

Tapi kalau berborak benda yang dia suka, dia boleh ulang benda tu 2-3 hari. Kalau aku selit balik pasal hal aku, respon hambar dan tukar topik.

Kadang aku rasa aku salah kut eh bila kahwin ni. Tapi aku selalu cakap kat diri aku, kalau aku tak kahwin aku takde anak- anak aku sekarang.

Aku sayangggg sangattt anak-anak aku. Kadang aku sedih anak-anak aku dapat ayah macam tu.

Hmmm. Aku lebih seronok jumpa kawan-kawan ofis.

Aku lebih open dengan kawan-kawan ofis aku berbanding suami aku sendiri.

Aku boleh meluah apa saja pada dorang tapi ye la, mereka pun ada hidup dan masalah dorang sendiri, takkan nak layan aku je kan.

Tempat healing aku ialah dalam kereta dan shower. Bila air shower tu kena kepala aku, auto berderai air mata.

Sedih sangat. Ntah la.

Sampai bila macam ni aku pun tak tau. Aku betul-betul rasa aku hidup kerana aku hidup je.

Kalau aku pergi buat ujian depression, mungkin markah aku paling tinggi. Paling teruk.

Bila tiba hari raya, sejak mak ayah pergi aku langsung tak rasa apa-apa. Sebab tak ada apa yang menggembirakan aku.

Jiwa aku betul2 kosong lepas syurga-syurga aku pergi. Maaflah kalau sesiapa yang membaca rasa penceritaan aku tunggang langgang.

Aku cuma nak meluah yang aku sedih sangatttt. Aku rasa nak pergi atas bukit dan nak nangis sekuat-kuat hati aku, jerit sehabis boleh dan terduduk kat situ.

Aku penat. Aku tak larat sangat.

Rindu ni sakit. Support sistem pun aku tak ada.

Aku mohon semua tolong la doakan aku. Doakan aku kuat untuk anak-anak aku, adik-adik aku.

Walaupun aku sendiri pun tak tahu sampai bila aku boleh bertahan.. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri, semua.

Semoga hari raya korang terisi dengan penuh kebahagian dan keceriaan.

– AA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Cara awak meluah tu mcm mana? Nada tinggi, marah2, mengungkit, judgemental? Benda2 mcm ni, org turn off nak cakap dengan kita tau.
    Kadang2 perempuan ni bila dah buat semua benda dlm rumah, dia akan mula mengungkit.

  2. Sama laa sy pun dh xda parents.. dgn adik bradik ada yg duk jauh, yg ada tinggal dekat pun x rapat.. sy cepat emosi sendu bila tgk kluarga suami n kluarga kwn2 masih ada parents n adik bradik yg rapat, sy blh brkaca mata n nak lari dr situasi bgitu sbb sy tringat ke famili sdiri xda bgitu.. sesungguhnya kita diuji dgn kehilangan n kekurangan jiwa.. ujian stiap orang x sama.. dan ini la ujian utk kita supaya kita byk mngingat Allah, sesungguhnya kita akn lbh tenang jika byk mngingati Allah n melihat kebesaranNya, kesucianNya.. bykkn mngadu dgn Allah, dia lbh memahami hati n perasaan kita brbanding manusia.. dan kita peroleh pahala stiap msa atas kekurangan jiwa yg kita hadapi inshaaAllah..

  3. AA,
    Awak kna cari sesuatu untuk mengisi ‘kekosongan’ dlm diri awk, klaw tidak awk mngkin akn mengalami keadaan “anxiety” atau pon “depression”.. klau keadaan ini awk bole kawal, xpe lg, tp klaw dah x terkawal nt, ia mngkin akn ‘memakan’ diri awk sendiri.. ‘sesuatu’ yg dimaksudkn itu ialah; apa yg sebenarnya awak mahu dan perlu.. cth nya, awk nk hubungan yg ‘mesra’ dgn suami, so carilah jln bgaimana nk baiki hubungn yg ada ini.. klau dua2 asyik dgn hp msg2, sampai bila msalah akn slesai.. cuba baiki hubungan dgn cara yg positif, cth nya awak tahu tentang apa perkara yg dia suka, so be interested dgn perkara tersebut, klau dia bercerita, bkn stakat dengar, tp ‘get involved’, misalnya dia suka cycling or hiking, cba sesekali join dia, or at least tnya mngenainya kpd suami.. selain dari itu, dekatkn diri dgn Allah SWT.. saya pernah dengar seorang ustaz ceramah ttg tajuk “hidup bersama Allah”, bunyi nya mcm simple, tp hujungnya, klau Allah ‘suka’ & redho dgn kita, segala permohonan akan mudah dimakbulkan, minta apa shj, insha Allah dpt, kan mudah klau begitu, x perlu susah2, pecah kpala nk fikir mcmne nk buat, Allah sentiasa ada utk memudahkn kita.. tp x semudah itu, semuanya perlu ada usaha di samping niat yg benar2 ikhlas.. ini hanya pandangan & panduan shj., lain org, lain caranya.. Wallahua’lam

  4. Sibukkan diri dgn mnghadiri majlis ipmu d masjid.Minta izin suami bawa anak2 berkawan dgn anak2.Ajak anak2 bincang kuliah ilmu agama yg dsampaikan..
    Anak2 akan ada memori manis dgn puan.Tiap kali p masjid niatkan pahala utk arwah mak ayah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *