Assalaamualaikum semua. Terima kasih admin atas kebenaran & kesudian approve tulisan saya ini.
Pertamanya, saya mohon maaf seandainya pandangan & nasihat saya ini menyinggung perasaan mana2 pihak mahupun individu. Tujuan saya hanyalah untuk mengingatkan diri saya sendiri & sekalian saudara sesama Islam saya terutama kaum wanita.
Kita akui setiap antara kita pasti buat kesilapan dalam hidup.Tiada manusia yang tidak pernah berdosa. Bahkan, tiada insan yang tidak punya masa silam. Hakikatnya, kesilapan & dosa silam itu adalah hidayah Allah untuk kita balik kepada Dia. Kembalilah memohon keampunan Allah serta mentauhidkanNya.
Dalam perjalanan pulang kepada Tuhan, tidak semudah perjalanan pergi dariNya. Ketahuilah, syaitan & nafsu jahat sentiasa bersahabat menjatuhkan manusia. Ramai hari ini sedar akan kehadiran pengaruh syaitan & nafsu jahat setelah berdosa. Namun, kita insan selalu lupa kehadiran mereka berdua bila kita bersendirian mengenangkan masa silam kita. Dikala itu kita akan mula menyalahkan diri sendiri & terus terusan menghukum diri kita. Sedangkan, kebenarannya kita lupa bahawa segala yang terjadi itu sudah ditakdirkan Allah. Terima lah takdir itu dengan redha.
Usah lagi mensabitkan hukum terhadap diri sendiri. Kita insan yang lemah. Hanya mampu berserah kepada pertolongan Allah & rahmatNya. Teruskan berjalan mencari redha Ilahi. Berhentilah dari membenci diri sendiri. Hakikat semua itu bisikan yang akan lebih menjauhkan diri kita dari Tuhan. Bila sudah tidak ada redha kepada takdir Allah dalam diri ini, jiwa kita menjadi kosong & hampa. Kelak kesannya, kita cepat berputus asa & tidak pernah move on dari kegelapan itu.
Carilah cahaya Allah & Rasulullah. Pulanglah kepada Al quran & Sunnah Rasulullah S.A.W. In shaa allah, dengan panduan ini kita dapat sampai kepada redha Allah. Perlahan-lahan mendalami disiplin ilmu dalam Islam. Jangan terburu-buru kepada disiplin ilmu yang tinggi. Kukuhkan asas2 seperti tauhid, penyucian jiwa, tajwid, rukun iman & rukun Islam keseluruhannya. Tiada jalan shortcut dalam hijrah dan perubahan.
Sembunyikan imej luaran hijrah kita. Elakkan juga daripada meraih perhatian umum untuk buktikan kita sudah berhijrah. Biarlah segala yang baik & buruk kita lakukan menjadi rahsia Allah sahaja. Kelak, in shaa allah manisnya ikhlas & iman itu meresap masuk mengisi kekosongan nafsu & jiwa ini. Lantas, nafsu baik mengambil tempat di dalam jiwa yang kering kontang dan dahagakan cahaya kebenaran. Tuntasnya, nafsu baik itu menuntun kita kepada perhambaan diri yang mutlak kepada Yang Maha Esa sahaja. Wallahua’lam
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Aku bersaksi bahawa Muhammad itu Pesuruh Allah.
-hamba-
– hamba
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit