Aku O, berusia pertengahan 20-an dan bekerja. Selama aku hidup, aku seorang yang perahsia. Aku tak pernah meluah atau berkongsi perasaan sendiri bersama keluarga.
Sebab? Aku hanya dipandang jahat dimata mereka. “Anak derh4ka” “Anak kurang ajar”, itulah panggilan dan ungkapan yang sering dilontarkan oleh seorang insan yang bergelar ibu.
Sewaktu kecil, aku sudah didedahkan dengan ‘s3ks’. Seawal usia 6 tahun, aku melihat perlakuan s3ks itu dilakukan oleh abang dan kakak aku sendiri dihadapan mata aku.
Dan bermula dari itu, hidup aku berubah. Abang-abang dan adik aku melakukan semua itu kepada aku sejak kakak menyampung pelajaran di universiti.
Hampir setiap malam, abang aku akan masuk ke bilik aku dan melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap aku.
Dan setiap malam juga, tidur aku tidak pernah lena. Aku mula takut untuk tinggal di rumah tanpa ibu bapa aku.
Kenapa aku tak beritahu kepada ibu bapa aku tentang perbuatan abang-abang dan adik aku? Sebab aku takut dan mereka tidak pernah percaya kata-kata aku.
Aku masih ingat. Aku pernah dibantai teruk oleh ibu aku dan dikurung atas kesalahan abang dan adik aku sendiri dan pergi ke sekolah dengan biratan di badan.
Kawan aku meminta untuk mengadu kepada pihak kaunseling. Tetapi, aku tak nak memalukan keluarga sendiri.
Orang tua-tua selalu berkata, cakap budak-budak tidak perlu dipercayai. Semuanya hanya rekaan semata-mata.
Dan kerna itu aku tak pernah bercerita tentang perbuatan adik beradik aku kepada ibu bapa aku kerana aku pasti tak akan ada seorang yang percaya kata-kata aku.
Semua perbuatan keji adik beradik aku berakhir apabila abang-abang aku memasuki universiti. Jadi selama 7 tahun, aku menanggung semua penderitaan itu.
Aku sangka penderitaan aku akan berakhir di situ, Namun, aku silap. Setiap keputusan yang diambil (pemilihan jurusan mahupun universiti/ matrik dan pekerjaan) ditentukan oleh orang tua aku.
Aku mahu masuk matrik dan menceburkan diri dalam bidang sains kerana aku minat. Namun, ibu aku telah mengeluarkan amaran yang keras.
Aku masih ingat dengan jelas amaran ibu aku, “Kalau kau masuk matrik dan tak dapat sambung degree, mama akan salahkan kau dan kau akan tanggung akibatnya nanti”.
Dan disebabkan itu, aku mengikut kemahuan ibu aku dan melupakan hasrat dalam bidang sains.
Aku hampir putus asa di awal semester kerana jurusan yang diambil bukan kepakaran aku. Aku mula str3ss.
Setiap kali aku masuk kelas, aku menangis dan str3ss kerana hampir semua pelajar di kelas aku mempunyai latar belakang yang sama dengan jurusan yang diambil melainkan aku.
Aku struggle untuk survive di semester pertama dan aku dekan. Namun, keluarga aku masih memarahi aku. Bagi mereka, keputusan aku masih tidak cemerlang.
Semenjak itu, aku study bagai gila dan kurang berinteraksi dengan kawan-kawan. Di tahun akhir degree, kemuncak kepada stress yang aku tanggung selama ini.
Aku mula berfikir tentang b*n*h diri, kel4r tangan, diri tengah-tengah jalan raya. Aku sentiasa menerima pressure dari keluarga. Ada masanya aku bertindak agresif dan hilang kawalan. Yang difikirkan hanya m4ti.
Namun, keluarga aku tidak pernah tahu akan keadaan aku. Semua terjadi semasa di rumah sewa bersama kawan-kawan yang sama jurusan dengan aku.
Mereka terpaksa menyimpan semua peralatan tajam sewaktu aku tidak dapat mengawal diri. Apa yang aku rasa dan fikir semasa hilang kawalan? Keluarga aku.
Aku ingin mereka m4ti dan rasa semua penderitaan aku. Tapi aku masih waras. Aku tahu hukuman memb*n*h itu berat. Sejak itu, aku mula melawan. Kerana bagi aku, mereka punca aku jadi begini.
Dan tahun ini, bapa aku kantoi bermain message luc4h bersama perempuan yang hampir sebaya dengan aku.
Membaca message2 bersama perempuan-perempuan itu buatkan aku jijik dan hilang hormat terhadap bapa aku. Bagi aku, ahli keluarga lelaki aku semua bukan seorang pelindung. Namun merosakkan diri orang lain.
Apabila terkantoinya perbuatan bapa aku, aku mula teringat perbuatan adik beradik aku yang lain terhadap aku. Sehingga sekarang, tiada seorang yang tahu apa yang pernah terjadi terhadap aku.
Aku pernah terfikir untuk membongkarkan semua itu kepada ahli keluarga. Namun, aku tahu, tak akan ada seorang yang percaya kata-kata aku.
Memendam sesuatu peristiwa yang pahit dalam diri bukan sesuatu yang mudah. Aku sentiasa dipandang jahat dimata orang lain.
Disebabkan itu jugaklah, aku mula d3press dan suka menyendiri. Aku mahu dapatkan bantuan agar hati dan jiwa aku tenang. Namun, aku tak tahu jika ada yang boleh faham akan semua penderitaan aku.
– O (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit