Jiwa Yang Lelah

Assalamualaikum teman-teman,

Ini adalah sambungan dari kisahku pada episod lepas berjudul “Allah maha pengasih” (https://iiumc.com/allah-maha-pengasih/)

Setelah sekian lama menyimpan rahsia duka ini, kini aku terbuka hati untuk berkongsi cerita dengan kalian.

Kisah hidup yang tidak ada orang tahu kecuali adik beradik sendiri sahaja. Tidak pernah aku ceritakan pada sesiapa walaupun kawan serapat mana sekali pun.

Bila ada yang cuba bertanya, aku akan katakan tidak ada yang menariknya perjalanan cerita tentang perkahwinan ku yang dulu.

Cerita berkenaan bagaimana perkahwinan yang aku sangkakan sampai ke mati akhirnya terputus di tengah jalan.

Sedikit pengenalan tentang diri aku, aku seorang gadis muda yang tidak terdedah dengan dunia luar. Dunia ku hanya rumah keluarga dan ke tempat kerja.

Ayahku seorang yang tegas dan garang. Sememangnya kami adik beradik perempuan tidak dibenarkan bersosial.

Berkenaan bekas suami pula, dia seorang anak orang yang berada, sungguh aku sendiri tidak pernah tau tentang keluarganya kerana sepanjang perkenalan setahun memang ayah tak membenarkan aku ke rumahnya.

Aku pula terlalu muda untuk menilai, menyelidik tentang latar belakangnya…aku terlalu naif.

Perkenalan singkat, bila dia berani menemui keluarga, aku sangka kan dia lah yang terbaik untuk aku. Dia percaya dialah jodoh aku.

Orangnya pendiam dan kelihatan tau menghormati orang tua.

Setelah kami disatukan, aku semakin sedar antara kami sebenarnya tidak sefahaman dan tidak sekufu. Dia dan keluarganya memandang rendah pada aku dan keluargaku.

Ibu mertua pernah menegur pakaian ku yang murah. Semasa melahirkan anak sulung juga aku tidak pernah dijaga seperti orang berpantang. Tidak dimasakkan makanan berpantang.

Tentang cara berpantang aku yang kuno katanya bila sentiasa berstokin dan berkain batik sepanjang tempoh berpantang.

Bila kakak sulung datang melawat, dia amat terkejut melihat keadaan ku dan menasihati untuk berpantang di kampung sahaja. Biar along yang jaga.

Paling menyedihkan, kuih-kuih dan kek raya yang aku buat dipandang sepi. Tidak dihidangkan di atas meja, hanya dibiarkan di meja dapur.

Betapa naifnya aku.. Hanya akur sahaja bila diminta memberi bilik pada biras bila mereka balik beraya. Aku akur sahaja tanpa bantahan.

Paling menyedihkan, kuih-kuih dan kek raya yang aku buat dipandang sepi. Tidak dihidangkan di atas meja, hanya dibiarkan di meja dapur.

Bekas suami terlalu cemburu. Pintu dan tingkap rumah sentiasa di tutup dan kunci, alasannya dia tidak mahu orang yang lalu dihadapan rumah nampak diriku.

Sampai satu masa dia akan mangga pintu dari luar bila dia keluar rumah. Ketika ini aku mula memberontak, aku rasakan alasan2 yang diberikan tidak masuk akal orang yang waras.

Aku tidak dibenarkan mentertai apa2 program kemasyarakatan, tidak dibenarkan berolah raga, tidak dibenarkan melakukan apa2 hobi.

Bila aku berkeras, pergaduhan demi pergaduhan berlaku. Bagaimana untuk aku setuju dan turuti semua kemahuannya sedangkan aku sejak azalinya seorang yang ceria dan aktif.

Bab nafkah, terlalu mengecewakan kerana aku lah penyumbang terbesar untuknya. Dia sentiasa beri alasan tidak cukup duit. Keluarga ku pun berasa pelik mana perginya gaji dia?

Dia kelihatan tidak merokok. Tidak berjudi. Tidak berbelanja besar. Tapi hakikatnya dia tidak pernah berduit walaupun tiba hari gaji.

Aku menangis bila duit yang aku berikan padanya untuk membayar ansuran bulanan kereta lesap. Buktikan bila surat tuntutan hitang sampai ke rumah bila bayaran kereta tertunggak.

Begitu juga dengan hutang2 yang lain. Malah duit tabung aku juga di curi. Aku sangat kecewa bila dia memang mengaku mencurinya.

Aku membeli rumah atas nama bersama tapi aku yang membayarnya setiap bulan.

Keadaan rumah semakin lama semakin usang dan menyedihkan tapi dia tak pernah ada hati untuk memperbaiki dan menyediakan rumah yang selesa untuk kami anak beranak tinngal di dalamnya.

Atap yang bocor bila hujan dibiarkan, dengan alasan bocor sebab hujan. Bila tak hujan tak akan bocor dan basah. Bila aku marah, jawapan yang diberi..Rumah orang lain ada lebih teruk dari rumah kami. Allahu….

Yang terpaling mengecewakan bila dia tidak solat! Tidak pernah sekali pun menjadi imam padaku. Berpuasa? Wallahualam. Bila di ajak belajar mengaji, dia rasa tercabar dan tidak bersetuju.

Hari demi hari melayari hidup berumahtangga, aku mulai sedar tentang semua Red-Flags ini tapi aku tetap cuba memperbaiki keadaan. Tetap sedaya upaya mempertahankan rumahtangga dengan harapan segalanya akan berubah ke arah lebih baik.

Aku cuba terima kelemahan dan kekurangan dirinya dan cuba memperbaiki diri sendiri.

Aku sentiasa berfikiran positif memikirkan dia akan berubah dan aku pandang semua sisi kebaikkan dia sahaja. Tanpa aku menyedari aku menipu diri sendiri dan perasaan kecewa yang semakin menebal sebenarnya memakan diri sendiri.

Akibatnya roh dan jiwa bawah sedar ku tertekan, terganggu dan aku mengalami mimpi sedih saban malam.

Walaupun begitu aku sentisa kuatkan diri tidak mahu terus hanyut dan aku tidak mahu mengalah. Aku menjadi semakin keras hati.

Cemburunya sentiasa mendalam sedangkan aku mulai sedar untuk tidak menjadi seorang yang lemah. Rumahtangga kami tidak sehaluan bila aku tidak lagi dapat menuruti dan mengikuti rentaknya yang tidak pernah asa usaha untuk memperbaiki kehidupan kami.

Dia sebenarnya seorang yang Physco dan tidak mahu memperbetulkan keadaan.

Cerita duka bermula dengan pergaduhan bila aku terus menerus mempertikaikan nafkah yang culas. Aku akui terlalu naif dan bodoh.

Aku tidak pernah tau sebelum berkahwin lagi dia sudah terjerat dengan Ah Long. Perkara ini aku dapat tahu hanya setelah kami bercerai.

Kemuncak perasaan aku yang mati bermula sejak aku dipukul teruk hingga pengsan dan dimasukkan ke hospital selama seminggu. Kuasa Allah, ketika aku dipukul aku tak merasa sikitpun kesakitan. Yang aku tau aku tiba tiba rebah dan tidak mampu bangun.

puncanya ialah pergaduhan melibatkan wang dan nafkah. Ketika itu dia lari dan balik kerumah keluarganya. Dia bagai orang tak siuman . Manakala aku…perasaan aku ? Aku rasa keliru, benci, dendam dan sakit hati.

Dan.. Ya, aku yang naif dan bodoh ini akhirnya memberi peluang kedua memandangkan dia kelihatan sangat menyesali perbuatannya.

Perbincangan antara kedua wakil keluarga akhinya aku bersetuju untuk member peluang. Walaupun ayah terlalu kecewa dan tidak suka dengan keputusan aku.

Tapi percaya lah wahai teman2, walau sekuat mana kita mencuba, hakikat hati dan perasaan yang hambar dan tawar semakin menebal dari hari ke hari. Bagaimana kami boleh bahagia sedangkan segala perbuatannya masih segar dalam ingatanku.

Aku semakin berani dan kuat sedangkan perasaan aku padanya daripada cinta menjadi kasihan. Dari kasihan menjadi hambar dan tawar setawarnya. Sampai satu tahap aku langsung tidak ada perasaan lagi. Aku meminta berpisah. Tapi dia tetap mintak untuk diber peluang.

Aku katakan terlalu banyak peluang telah aku berikan dan telah pun disia siakan. Aku tak mampu lagi bertahan. Aku tidak dapat lagi bersamanya,

Bila dia mempertikai dan menuntut tanggungjawab aku sebagai isteri… aku persoalkan semula.. Apa tanggungjawab dia sebagai seorang suami?

Sejak itu keaddan kami ibarat gantung tidak bertali. Dalam masa yang sama dia tetap cuba memujuk tapi hati aku tertutup rapat. Aku orang yang tahu erti serik.

Dia tetap tidak mahu melepaskan aku. Tapi keras hati ku ini tidak boleh dilembutkan lagi.

Suasana agak tegang di hari dia melafaz kan talak di depan hakim. Ya, dia menangis. Sedangkan aku berasa lega ibarat terlepas beban yang maha berat di bahuku.

Penceraian bukan pengakhiran hidup, kadang kala ianya adalah pintu keluar untuk seseorang menemui kembali dirinya sendiri dan mendapat semula harga diri, keyakinan. Ketenangan dan kebahagiaan yang selama ini hilang.

Hingga kini, aku serik teramat serik. Fobia pada perkahwinan. Ramai cuba memenangi hati aku kembali kau tak mampu menerima.

Betapa ramai yang menganggap aku memandang pada harta kekayaaan, memilih pasangan. Sedangkan hanya Allah yang tau hakikat sebenar. Segala galanya kini aku serahkan pada Allah. Dia yang maha mengetahui.

Semoga ada sinar untuk aku, sesungguhnya aku juga berhak untuk bahagia.

Wassalam…

– Melati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Perkahwinan itu ibarat perjudian.Kalau nasib…menanglah..kalau malang..kalah lah…

    Nyata awk tersalah pilih suami.Kdg sebab x selidik dan serah bulat2 pun bahaya jugak.

    Sudahlah jgn berkahwin lain dah..trauma lama pun belum tentu pulih sampai tua.

    Jaga je anak elok2..ex suami tu elok mampos kena lanyak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *