Job Hunter

Hai, Salam saya Amanda, berumur 30 tahun pada tahun ini. Saya nak share sikit lah pengalaman saya di berhenti kerja, menganggur lebih 5 bulan dan dapat kerja semula.

Pada Mac 2020, kita dikejutkan dengan PKP 1. Masa tu aku kerja di sebuah syarikat besar. Dan aku dibenarkan WFH masa tu.

Tapi Mei 2020, aku di berhentikan kerja atas alasan Syarikat dah tak boleh bayar gaji. Aku masa tu baru sahaja berhijrah ke Selangor dari Borneo.

Masa PKP kan tak boleh rentas negeri, jadinya aku tak balik ke Borneo. Aku cuba untuk bertahan dan mencari kerja baru.

Dengan berbekal RM500 setiap bulan duit KWSP pengeluaran I-Sinar, aku bayar duit sewa dan makan. Sewa bilik RM300, tinggal RM200 untuk duit makan.

Bermula episode aku job hunting di Selangor. Hampir setiap hari aku hantar resume ke jawatan kosong. Masa tu fasa hampir kebanyakan syarikat-syarikat gulung tikar, kurangkan pekerja, tak ambik pekerja.

Masa tu aku fikir, macamana nasib aku dan orang2 yang diberhentikan kerja ni. Macamana nak kerja kalau semua company pun dalam fasa down.

Masa tu confidence level aku turun sejatuhnya, aku jadi tak bermotivasi. Dengan hidup berjauhan dengan keluarga jauh di seberang laut.

Aku cuba cari kerja-kerja kat supermarket, mini market, kedai kasut sukan berdekatan rumah aku dan sekitarnya yang boleh naik MRT. Malangnya semua tak dapat.

Housemate aku selalu tanya, dah dapat keje ke? Aku just geleng dan senyum saja. Kami serumah jenis tak berapa rapat. Semua buat hal masing-masing.

Aku selalu duduk dalam bilik, selalu buka website kerja-kerja kosong. Sampai lah satu hari, kawan rapat aku suggest buat solat Dhuha.

Aku ni nak kata terlalu alim takde lah sangat. Solat pun jarang di awal waktu, solat tu solat tapi bukan awal waktu.

Jadinya aku cuba untuk berubah, di sebabkan aku ada banyak masa di waktu pagi. Aku bangun dan buat solat dhuha. Masa tu hampir setiap hari aku buat Dhuha.

Kemudian aku google cara buat solat Rawatib. Aku terjumpa orang share dia buat solat rawatib, dan dia senang dapat panggilan interview dan panggilan kerja.

Aku keep buat solat Dhuha dan solat Rawatib. Dan surprisingly, Allahu Akbar. Memang mujarab buat ini dengan izin Allah.

Semenjak aku amalkan solat sunat Dhuha dan Rawatib dan solat di awal waktu. Aku selalu dapat panggilan interview.

Hampir setiap minggu mesti dapat email panggilan interview. Masa tu aku rasa ada harapan untuk aku bekerja lagi.

Bila aku kira jumlah aku dapat interview 15 – 16 interview. Dan semuanya interview datang ke office mereka dan bukan online masa tu.

Bila dah banyak kali kena reject, of course rasa down. Kawan rapat aku tanya, kenapa tak balik je Borneo. Masa tu aku dah menganggur 3-4 bulan.

Aku just balas, balik sana pun sama. Sana lagi kurang pekerjaan dengan gaji yang tidak setimpal.

Aku cuba kuatkan semangat masa tu. Percaya dengan rezeki yang Tuhan bagi.

Everytime aku habis interview, mesti aku akan follow up thru email atau call selepas seminggu. Aku perlu tahu keputusan. At least dah ambik orang lain kerja, aku dah tak berharap.

Setiap kali habis solat, aku selalu berdoa. Aku spesifik doa aku.

Aku doa, ‘Semoga dipermudahkan aku dapat kerja yang baik, management yg bagus, environment kerja yang bagus, gaji yang bagus, kawan -kawan kerja yang bagus, kerja office hour, sabtu ahad cuti dan dapat kerja dekat dengan rumah’

Sampai lah aku dapat interview ke 13, aku dapat interview yang dekat dengan rumah. Masa tu aku berdoa sangat dapat kerja situ.

Aku datang IV, tengok company tu bagus, company melayu. Bos semua pun nampak baik. Kerja pun office hour, dan sabtu ahad cuti

Lepas IV situ, aku follow up email selepas seminggu. Ada jawapan, dia cakap masih dalam progress. Selepas sebulan, aku try lagi follow up. Aku direct call office pulak kali ni.

Aku masa tu memang nekad nak bekerja situ. Malu aku dah buang jauh2 masa tu. At least, kalau dia cakap dia dah ambik orang, aku dah boleh move on. Dia cakap dia belum ambik orang lagi, nanti dia tanya boss.

And surprise, after tu, Aku terus dapat email invitation untuk datang office untuk terima offer letter. Time tu aku rasa nak nangis sungguh-sungguh.

Bayangkan lah hampir 6 bulan menganggur. Tidur makan job hunting je kat bilik sewa. Family jauh. Dengan berbelas interview kesana kesini.

Sekarang ni hampir 3 tahun dah aku kerja sini, Alhamdulillah apa yang aku doakan spesifikkan tu Allah bagi, biarpun aku tahu dosa aku lagi banyak dari apa yang aku minta dengan Allah.

Bos aku dan rakan sekerja aku semua baik dengan aku. Semua staf sini lelaki, aku sorang je perempuan kat dalam office ni.

Dorang ni semua jenis lelaki bukan lelaki miang, memang semua jaga batas dengan aku. Dan aku pun jaga batas. Tak pernah keluar bersama selepas kerja selama aku berkerja sini.

Bagi aku ni nikmat yang baik Allah bagi. Bos aku pun baik, jenis consider dengan staf-staf dia. Kami setiap kali cuti, tak pernah kena tolak AL.

Setiap hujung bulan, mesti dia masukkan full gaji biarpun kami ada cuti (Selama 3 tahun aku kerja, memang AL tak pernah tolak. Aku pernah cuti raya 2 minggu lebih sebab balik Borneo, Bos memang takde tolak gaji).

Kami takde system thumbprint ke, atau punch card. Jadi boleh masuk lambat, tapi tidak terlalu lambat. Kadang kalau settle kerja awal, bos pun dah balik.

Kami boleh balik awal, kadang-kadang 3 petang, 4 petang. Makan tengahari pun company provide. Sebab company aku ni training centre, jadi ada participants datang kursus.

Dan ada provide lunch, dan kami staf sekali boleh makan. Aku banyak jimat la kerja situ, transport dan makan lunch takde keluar duit. Apa yang aku doa tu Allah makbulkan.

Aku tak pernah ada masalah dengan rakan sekerja, rata-rata semua staf lelaki.

Bos aku siap tanya, nak carikan staf perempuan ke. Sebab dia kesian aku macam takde kawan perempuan bergosip kat office, haha.

Aku cakap tak payahlah bos. Aku lagi suka macam ni. Tak perlu ada kawan rapat bagai. Aku pun suka buat hal sendiri. Nanti ada staf perempuan, ade lah kang isu-isu kecil or toxic.

Aku kenal ada jenis kawan kerja perempuan yang macam tu. Bagi aku, environment kerja sekarang masih di tahap yang baik. Mental aku still baik dan sihat.

Oklah sampai sini saja coretan aku. Maaf ayat aku tunggang langgang.

Aku doakan semua rakan-rakan yang senang mencari kerja di permudahkan segala urusan, dan menemui kerja yang baik serta rakan-rakan sekerja yang baik. Aamiin..

P/s: Kawan sekerja aku ada cerita, sebab apa Bos ambil aku kerja. Sebab aku rajin follow up email/call.

Orang yang datang interview haritu semua dah takde follow up. Jadi dia nampak aku punya effort tu. So, rajin2 lah follow up interview korang, hehe.

– Amanda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *