Assalamualaikum semua.. (terima kasih admin kalau artikel ni dipublish). Seperti tajuk di atas aku nak ceritakan pengalaman aku job hunting selama 2 tahun. Kenapa 2 tahun?
BTW, nama aku Kak Long tapi aku bukan anak sulung. Aku ni graduate daripada salah satu universiti awam dalam bidang pusat sumber. Mana yang tahu tu tahulah. Majoriti bila aku cakap aku graduate dalam bidang tu diorang akan cakap belajar apa tu. So aku terangkanlah tapi ada sesetengah tu cakap oh cikgu pusat sumber ye. Aku pun ye kanlah saja kot2 ada rezeki dalam bidang ni.
Berbalik pada soalan diatas, aku graduate pada 2017 sebelum tu pun aku ada kerja cashier, pembantu klinik (4 bulan sebab sambung belajar. Ni kerja paling lama) pahtu kerja kerani sekejap2 sebab diorang nak pakai orang sekejap je. Pahtu aku pergi sambung degree.
Alhamdulillah aku bersyukur lepas je habis belajar aku kerja cashier dengan kerja kat bahagian f&b ala2 kfc. Bila aku bagitau aku budak degree staff kat sana trrkejut kenapa tak kerja lain. Aku bagitahu nak cari pengalaman lah tapi kerja tak setimpal gaji weyh untung ribu2 setiap hari. Pastu aku dapat pergi management trainee kat KL kebetulan tempat yang aku kerja sekarang nk pakai orang dengan cepat.
First aku taknak kerja ni pastu bila pihak management trainer tu pjuk maka. I still remember their word. ‘If you dont change this attitude who will change your fate’ lebih kurang mcm tu lah. Ok tu baru part kenalkan diri ya.
Berkenaan job hunting pula, sebagai graduate pust sumber aku rasa macam dibackstabbed by the industry. (Sori Mix languages) Sebab apa aku cakap macam tu, sebab aku tak diberikan peluang langsung untuk berada dalam industri. Mesti ramai yang kecam aku sebab kata aku tak bersyukur lah ramai yang tak kerja dalam bidang yang dia belajarlah dan lain2.
Actually aku tulis ni pun sebab nak luahkan perasaan. Aku ada je ramai kawan kerja lari bidang contoh kawan aku dip pertanian korang rasa dia kerja apa sekarang? Kerja bahagian Qc kat guna sijil spm. Kawan aku yang graduate sama2 ngan aku 2 orang amek bahagian sistem, sorang kerja cs lazada sorang kerja admin kedai motor. Kawan aku sama course sekarang kerja kat cyber cafe.
Zaman sekarang sangat SUSAH nak cari kerja terutama bidang yang kita belajar. Tak minat takpe ni kalau memang betul minat. Kesian tau. Aku 3 kali dapat iv walaupun penuh email kat bahagian sent tapi dapat iv 3 kali je.
First, iv kerajaan. Masa tu kerajaan lama 2017. Tak dapat sebab alasan dia aku ada deg sedangkan position tu untuk pmr. Bila aku bagitahu mak aku mengamuk mak aku apesal la aku bagitau ada degree. Mesti korang kecam aku sebab aku bagitahu ada degree kan? Sebab aku rasa tak berkat menipu.
Yes aku tahu kalau aku cakap ada degree memang takkan dapat langsung. At least aku tak MENIPU I hate LIAR and dont want Lie anyone Allah pun tak suka kan orang yang menipu. Aku terangkan lah kat mak aku.
Pahtu kebetulan tempat kerja mak aku ramai gila graduate yang ada deg masuk as jawatan pembantu kebajikan masyarakat guna spm dan dip. Berbunyi lagi sekali mak aku. Tapi aku dah kerja 2 tahun ni mak aku dah kurang skit bunyi2 tu cuma satu je asal balik rumah je mesti mak aku tanya bila nak kerja kerajaan kak? Aku cakap takde rezeki.
Next iv kedua yang ni aku geram sebab dia nak cari librarian tapi bila aku pergi iv kena buat kerja lain juga- Multitask. Kerja aku yang sekarang ni pun multitask bukan sekadar buat call je tapi kena update macam2 dalam sistem.
Masalahnya aku nak kerja tu tapi alasan dia aku tak multitask. Pahtu diorang senyap je. Rasa nak marah at least email la orang yang tak dapat kerja ni macam sesetengah company dia akan buat apology email diorang dah jumpa calon yang sesuai ke apa ke ni diam ramai lagi lah calon yang tertunggu2 ada komitmen lain bagai.
The 3rd n most latest iv last week. Aku penat dah position librarian juga tapi more kepada sistem library bukan physical library. Pun cfm tak dapat sebab position ni kena travel. Aku takde transport. Tapi dalam iklan tu takde cakap pun kena travel. Lagi 1 dalam iklan tu cakap dia nk orang tahu library system Koha (bdk IM je tahu apa benda ni) pastu kat iklan tu cakap 0-1 years pengalaman.
Ok aku mengaku aku zero pengalaman dalam bidang aku tu tapi kalau tak diberikan peluang macam mana orang2 macam aku nak survive in industry. Gaji rate yang aku letak tu sebab aku bekerja walau bukan dalam bidang ni kena la paham tak kan aku cakap aku ada banyak comitent smua satu2 nak cerita.
Ni last aku nak pergi iv aku cuma nak diberikan 1 je peluang last tapi peluang tu dah takde. Lepas ni aku tak nak mohon apa2 kerja lain. Duduk la kat company ni sampai diizinkan Allah.
Masalah company aku plak kerja dia sangat ok tapi orang dok kutuk riba la ahlong berlesen lah tapi ramai sangat yang amek loan dengan company ni cecah 1 bil wei.. So untuk survive dalam hidup ke kenalah kerja selagi kudrat masih ada. Masalah kerja aku pulak nanti aku buat kat confesion lainlah kalau ada yang nak bacalah kalau tak sampai sini lah.
So to all job hunter out there. You are very great. Aku tak kecam orang yang dok umah nak kononnya pemalas bak kata seseorang tu. Bagi aku semua bergantung pada rezeki. Aku ada je kawan ada deg.. ramai tak kerja lepas kahwin dan ada anak tapi bisness kencang kalah aku yang makan gaji tiap bulan.
Aku ada je kawan puluh2 iv dah pergi baik swasta atau kerajaan. Tapi bukan rezeki lagi dan masih mencari. Allah knows better than we. Bila aku fikir balik masa pergi iv baru2 ni ramai je graduate dalam bidang aku terpksa amek master sebab susah nak dapat tempat dalam industri.
Tapi ada je kawan aku graduate master in record jadi manager dah sekarang. Rezeki setiap orang dah ditentukan sebelum dia dilahirkan lagi. Jangan berputus asa macam aku.
Dan one more thing.. Doakan aku dapat jadi guru interim aku ada mohon haritu guru interim… yang ni aku nak mohon doa dari kalian supaya dapat kerja ni dan jauh dari riba. Mak aku pun nak aku kerja cikgu.. Doakan ye.
Terima kasih baca luahan aku dan terima kasih bagi komen yang membina. Thanks.
– Kak Long (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit