Jobless Itu Bukan Kesudahannya

Retetan untuk confession, 39, single, jobless and nothing, (https://iiumc.com/39-single-jobless-and-nothing/), confessor saya harap awak baca ini dan jangan putus harapan. Assalamualaikum, saya salah seorang dari ahli2 yang jobless. Umur 36, jobless, married and have kids. Kepada Cik Donut jangan putus asa. InshaaAllah ada jalan kebenarannya.

This happen last year bulan 3 dan sekarang genap setahun. Saya master dan ada 15 tahun experience kerja. Saya start bekerja umur 21 selepas habis diploma. Ketika bekerja saya juga sibuk habiskan degree dan master. Sehinggala saya mendapat tawaran as management level di sebuah company blue ocean. Saya membuat keputusan membeli sebuah rumah dan settle down di situ. Dengan harapan hati, senang anak-anak saya untuk mendapat kemudahan pendidikan dan semuanya. Tapi sweettime saya bertahan 3 bulan sahaja selepas itu saya diberhentikan dengan alasan project blue ocean terpaksa diberhentikan.

Terduduk saya ketika itu. Iye saya ada suami tapi bila tinggal di bandar besar perbelanjaan juga tinggi tambahan pula saya baru sahaja membeli rumah. Hanya Allah sahaja tahu keadaan saya ketika itu. Anak2 saya hentikan seketika sekolah mereka -2 masih preschool dan 2 sudah ke sekolah rendah. Anak2 happy sebab tidak perlu pergi sekolah padahal ibubapa dia tidak mampu hendak meneruskan bayaran bulanan.

Suami saya banyak membantu dan kami tidak memberitahu sesiapa pun tentang keadaan kami ketika itu. Yela bila family tahu yang saya baru membeli rumah mestilah tidak menyangka yang saya juga baru diberhentikan. Setiap kali saya menatap mata anak2,saya tidak tahu sampai bila saya mampu beri mereka pelindungan.

Suami memberi saya semangat dan kata2 yang dia mampu untuk tanggung kami, tapi saya tahu sudut hati beliau bagaimana. dalam 2 minggu saya berkeadaan dukacita sampai suatu pagi saya terdetik untuk solat dhuha. Iye solat dhuha yang saya selalu amalkan tetapi tidak bersungguh sungguh. Saya menangis semahu mahunya saya ceritakan semua disejadah.

Saya merintih tersedu2. Kalaulah ibubapa saya call ketika itu mesti habis saya ceritakan keadaan sebenar. Selepas solat saya termenung, terdetik dihati sampai bila saya nak jadi begini, apa yang saya mampu sebenarnya? Saya tidak pernah buat kerja parttime, meniaga atau sebagainya. Bagaimana saya hendak mula / barang apa yang saya patut niagakan? Saya buka facebook dan nampak gambar donuts. Terdetik hati saya untuk mencari resepi donuts.saya teringat saya pernah buat donut untuk makan ketika kecil dulu. Saya kira2kan cost dari resepi donut. Resepi donut chefwan saya dapat dari Google.

Terima kasih untuk blogger yang share resepi tersebut hanya Allah yang dapat membalas. akhirnya Saya budgetkan RM12 untuk membeli bahan2 mentah membuat donut. Saya habiskan RM2 untuk tepung, RM4 untuk telur, RM4 untuk buttercup dan RM2 untuk yis. Itula permulaan saya buat donut dan jual. Sepuluh biji donut yang jadi saya beri anak2 saya makan selebihnya saya jual di WhatsApp group taman saya.

Detik pertama saya receive order menangis saya ucapkan terima kasih pada jiran yang sudi membeli. Saya tahu Allah dengar doa saya, Allah juga yang buka hati pembeli untuk beli donut saya. Alhamdulillah hasil dari donut jualan 1kg tepung saya berjaya dapat menghasilkan 80biji donut yang comel. Saya buatkan kecil2 supaya saya dapat banyak dan dapat jual murah. 10biji saya jual RM2.00 /saya dapat untung RM6 dari RM18 hasil jualan disitu. Menangis saya Allah beri saya duit dari jualan donut yang mana dulu RM6 saya habiskan begitu je.

Ye tuan puan dari detik itu saya bangun dan terus bangun tak lupa saya berdoa bersungguh2 supaya Allah mudahkan caturan hidup saya. Tuan puan percayala, jangan sekali mengalah, Allah uji kita kerana Dia Tahu kita mampu, mampu sangat untuk bangun, melangkah dan terus berlari. Kerana sebiji donut saya menjadi lebih positive.

Allah hantar saya donut dan RM6 untuk saya nilaikan kehidupan itu lebih bermakna. Saya berjaya mendapat balik kerja baru selepas 5 bulan mengganggur. Setiap kali ada sesiapa yang menceritakan masalah, saya dengan yakin memberi kata2 semangat dan sama2 mencari jalan penyelesaian.

Allah jentik hati kita bukan sebab DIA marah tp DIA sayang kan kita. Kepada tuan puan dan donuts mintalah pada Nya janganlah putus harapan. Tiada siapa dapat menolong kecuali DIA. InshaAllah

– Brownies pernah jadi donuts

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *