Assalammualaikum,
Minta jasa baik admin, dapatlah kiranya confession saya ni disiarkan. Jasa admin amatlah saya hargai. Terima kasih ya :) Kepada pembaca, diharapkan dapatlah luangkan masa untuk baca confession saya hingga habis dan dapat memberi pandangan serta nasihat yang wajar. Terima kasih tau :)
Straight to the point. Nama aku ialah Nur. Berusia 23 tahun. Stay dekat Johor dengan family. Dah bekerja almost 2 tahun. Setahun dalam bidang retail pharmacy dan selepas berhenti retail, sekarang ni kerja sebagai kerani admin (kontrak). Gaji bersih aku sebagai kerani ni, selepas tolak epf & socso dalam 1.2k. Tiada allowance. Cuma manfaat yang aku dapat bonus, medical claim. Itu sahaja. Aku diploma holder. Yes, aku akui setakat diploma holder tak payah berangan nak dapat basic at least 1.8k. Cuma aku bernasib baik lepas sahaja habis belajar aku dapat kerja retail terus. Dan sekarang sebagai kerani admin. Alhamdulillah.
Cuma yang menjadi kekangan aku adalah kewangan. Plan dua tahun dari sekarang aku nak kahwin. Aku adalah simpan sikit-sikit. Ikut pengiraan kasar, simpanan aku hingga hujung tahun 2018 ni aku dapat capai almost 5k. Target simpanan aku untuk kahwin dalam 10k. Tapi dapat lebih dari tu, satu rahmat besar bagi aku. Aku simpan duit dalam Asb (bukan financing loan, yada yadaa semua tu) dan Tabung Haji. Tapi tulah, aku ingat nak cari kerja yang mempunyai gaji bersih at least 1.5k pun dah cukup. Bagi aku, kalau dapat 1.5k, dapatlah aku lebihkan simpanan aku dalam bentuk emas pula. Ingat aku nak kerja Singapore dalam setahun. Korang ada guide tak untuk aku or sesiapa yang newbie lagi tentang pencarian kerja di Singapore?. Sebab aku memang zero. Kalau ada, minta share ya. Jasa korang amat aku hargai. Macehh :)
Untuk pengetahuan korang, aku ni bukan seorang yang jenis boros. Bukan yang jenis ikut trend sangat. Cuma tu lah, aku ada kesedaran untuk menyimpan di usia muda. Sebab aku ada impian untuk mempunyai rumah walaupun aku sedar dengan gaji yang sekarang memang tak layak langsung. Huhuhu. Tapi takpelah, mana tahu impian menjadi kenyataan. Selain dari tu, kalau lah kerja Singapore tu lebih banyak kesan yang kurang baik, aku ingat nak cari kerja lain. Bagi korang yang dah ada pengalaman tu, apa jenis skill ya yang boleh jadi value added untuk cantikkan resume?
Dengan pengalaman yang baru setahun jagung ni, apalah yang boleh aku demand kan sangat pada majikan baru nanti. Haha. So far aku adalah belajar bahasa mandarin sikit-sikit. Tapi melalui youtube or live dekat facebook. Tu je. Yelah belajar mesti ada guru. Betul tak? Aku adalah plan nak sertai kelas2 yang berkaitan. Contohnya kelas IT, leadership, microsoft, dan lain-lain. Inshallah one day nanti aku sertai. Sekarang ni aku cuba belajar melalui medium internet sahaja. Kalau korang ada nasihat tentang cari kerja lain, cantikkan resume ni, beritahulah ya. Nasihat korang amatlah dialu-alukan. Thanks korang :)
Kalau korang suggestkan untuk tambah pendapatan through online, contohnya dropship, berniaga dari rumah. Aku dh pernah buat. Tapi kadang-kadang kejayaan selalu tak menyebelahi aku. Yelah dekat dunia maya, aku ni mana ada follower yang berpuluh-puluh ribu, like facebook aku pun sikit apatah lagi instagram. Hahaha. So kalau dropship tu, takde pun yang berminat dengan apa yang aku cuba ketengahkan. Aku tahu memang penting untuk bina networking. Dulu kerja retail, aku tak terfikir pun nak bina networking. Yang aku tahu, bantu customer apa yang diorg nak, topup barang,jadi cashier, pergi balik kerja dan lain-lain.
Last but not least, confession yang aku buat ni bukanlah untuk korang kecam atau marah-marah. Sebab bagi aku, ramai fresh graduate di luar sana yang masih lagi memburu pekerjaan. Tak salah rasanya kita saling membantu. Kerajaan pun dah bertukar. Kita yang telah memilih ni, perlu teruskan hidup untuk survive. Jadinya, dengan confession aku, mana tahu ada terselit nasihat dari korg yang boleh dijadikan guideline setidak-tidaknya pada mereka yang membaca ni termasuklah diri aku.
Sekian,
– Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit