Jodoh 2 Hari

Hi pembaca semua, terpanggil untuk share tentang kisah perjalanan aku nak dapatkan bf aka tunang sekarang ni bila aku terbaca satu post disini jugak.

Kisah aku boleh dikatakan hampir sama dengan perempuan perempuan diluar sana, susah nak jumpa orang yang betul.

Aku pendekkan cerita, zaman study aku, aku ada ada suka seorang student degree ni, good looking, nampak skema. Tapi tak ada peluang nak kenal.

Kemudian, Allah buka jalan, roomate aku satu kelas dengan dia. Aku namakan dia Downy (D). So ada chances lah aku kenal D.

Gigih aku nak kenal dia dan dia pun jenis okay untuk kenal aku. Kami tukar no fon dan sewaktunya. Tapi akhirnya, aku mintak putus. Even kami tak declare betul2 pun sebab hati aku tak selari dengan dia.

Sejenis lelaki yang suka main tarik tali, jadi aku move on bak kata orang sekarang tapi tak sedih pun. Ketika itu sekitar 2013.

Habis zaman belajar, aku terus kerja. Masa ni dugaan bercinta datang. Umur lebih kurang 25, 26 waktu itu. Aku kerja part time sekejap sebelum dapat title permanent sekarang.

Waktu ini, aku sempat kenal kenal dengan staff disitu, tapi tak lama aku di syarikat itu, aku berhenti selepas dapat kerja permanent di company yang lebih stabil. Tapi ada seorang staff dan jugak kira geng antara kami ni, tersuka kat aku.

Aku memang dari awal tak suka tapi dah hari2 dia yang selalu text, pickup line. Aku pun okay. Mula bercinta selepas hampir setahun dia cuba.

Aku ni tak cantik pun. Biasa biasa saja. Comel lah sikit. Masa ni, aku dah fikir nak settle down sebab rezeki dia datang lepas kami dah setuju untuk next step dan dia yang cadangkan begitu.

Tapi rupanya, jodoh tak sampai ke akad. Dia diam2 ada calon lain.

Dipendekkan cerita, tanpa ada satu pergaduhan cuma dengan satu ayat “we should slow down this relationship”,

Lepas seminggu terus dia bagitahu hal untuk putus sebenarnya dengan alasan tak relevan (walaupun ada tipu tipu sunat alasan dia, yihh!)

Benarlah geng, ayat “awak terlalu baik untuk saya” itu wujud. Aku yang dah sayang betul2 ni tertonggeng la kecewa. Hampir hilang nyawa.

Bukan sebab cubaan bunuh diri ya. Big NO, aku accident saja, mungkin kerana cuai dan mengelamun.

Again, ayat bila lelaki jumpa orang kedua dalam relationship, selalunya dia memang pilih yang kedua, ini betul untuk kisah aku ya geng. Dia pilih yang kedua, yang ada nama dan dah betul betul stabil. Aku move on.

Dalam fasa move on itu, aku mula mingle around, ada kawan yang suggest kenal adik beradik sendiri tapi malangnya tak berjodoh. Maafkan saya ya.

Ada yang suruh join online dating apps. Ya, aku cuba geng. Ada yang sangkut tapi jujurnya hati kosong. Orang suka, kita tak suka.

Dan berjumpa dengan pelbagai kerenah lelaki, yang sehari kenal dan ajak kawin, ada yang suami orang, ada yang nak test drive dulu baru kawin, ada yang duda anak 7 ajak kawin, tapi dalam process rujuk dengan bekas isteri, aku harus pelik dan aneh ya kaum ini.

Pendek cerita, aku hilang minat dengan hubungan untuk kahwin. Focus kerja. Stop online dating. Jumpa kawan2, heal dengan natural.

Sampai satu tahap, ex bf aku yang kawin tu dah dapat anak 2, aku boleh tengok diorang dengan happy.

No hatred at all. Aku doakan mereka happy. Then musim pandemic pun datang. Aku masa tu, boring. Jemu kerja.

Online dating active semula. Kenal seorang ni then kiteorang ok2 saja. Aku namakan dia Lemon (L) Tapi dia ni macam tak stable sangat. Aku pun takpelah. Kita cuba.

Hampir setahun, aku memang dah rasa tak okay dengan dia. Aku tahu, aku tak sayang dan cinta dia.

Pandemic kali kedua, beberapa bulan aku stuck di kampung (rezeki jaga parents aku), aku dah malas nak selamatkan hubungan yang aku sendiri rasa tak ada hati, aku minta break.

Si L ingat aku main2 tapi aku nekad ya. Sampai sekarang dia menyesal ingat aku main2.

Suatu malam, aku renung bintang di langit, aku doa dalam hati, ya Allah, berikan aku petunjuk, kurniakan aku seorang imam yang betul2 untuk aku, dekatkan aku dengan mu dan yang menenangkan ku.

Esoknya, aku cuba login apps jodoh yang dah lama aku tak masuk, tu pun sebab aku dapat free unlimited ahli untuk 2 minggu.

Nah, aku masuk dan adalah beberapa ahli yang message. Cuma waktu aku check email, terperasan ada 1 email calon cadangan and muka si dia. Not bad, sejuk mata aku. Kriteria okay. Tapi belum tentu dia nak accept aku yang biasa ni *kata hati*.

Teruskan login, check inbox tapi tak reply pun message. Macam artis baca DM peminat pula rasa. Perasan geng!, tiba2 waktu malam si dia inbox, auto message. Ah sudah! Walaupun auto message, aku ambik masa sejam nak balas.

Kemudian aku balas, jadi unlocked auto message dari pihak dia. Kami pun text.

Selepas beberapa tahun, aku rasa kali ini macam baru bercinta balik. Hari kedua message, terus bertukar no telefon. Dia proposed untuk ada special relationship, and aku setuju. Rancak di whastapp, call.

Tak sangka semudah ini aku terima dia berbanding yang lain. Kami tak ada banyak persamaan, tapi rasa macam terlalu dekat di hati.

Aku cerita pada kakak aku dan dia suka. Amazing. Kami janji untuk jumpa bila aku dah kembali kerja di selatan tanah air nanti, memandangkan dia pun memang berasal dari sana.

Pendek cerita, selepas rentas negeri dibenarkan, aku balik ke selatan, dan beberapa minggu kemudian kami jumpa. Pertama kali jumpa, terus jatuh hati lagi kali kedua tapi masih malu2.

Kami teruskan hubungan, genap setahun kami berkawan, macam macam dugaan juga lah, cemburu tak rilek, tapi tetap cinta. Dia datang jumpa keluarga dahulu (gentle jugak lah) dan decide untuk beli cincin untuk next step.

Sekarang dalam tempoh bertunang dan dalam persiapan untuk diijab kabul. InsyaaAllah, doakan semuanya selamat dan dipermudahkan ya.

Terima kasih. Maaf terlalu panjang cerita cinta 2 hari kami…

– Dandelion (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *