Jodoh

Hi assalamualaikum semua, thanks pada admin sudi terima sedikit luahan di sini.

Aku baru sahaja melangsungkan perkahwinan awal tahun lalu, dan perjalanan jodoh aku agak mudah alhamdulillah.

Siapa sangka, seorang perempuan yang sangatlah susah mencintai mahupun dicintai tiba2 mendirikan rumah tangga pada usia yang agak muda.

(1) Jodoh itu rahsia Allah.

Memang tak dinafikan kita perlu ada usaha untuk dapatkan sesuatu termasuklah jodoh. Tapi dalam diri aku, bercinta di usia yang muda bukan lah target dalam hidup.

Aku lebih suka focus pada impian dalam hidup. So bab jodoh ni memang aku tak hiraukan langsung.

Sampai lah 1 hari tu, ada satu pesakit beri 1 kata2 yang aku ingat sampai sekarang.

“Setiap apa yang kita kata itu adalah doa”

Start daripada situ, walaupun aku sedar aku masih muda. Aku tetap jawab setiap persoalan tentang jodoh dengan ayat “insyaAllah tahun depan (2021)”.

Dan masih aku ingat lagi, waktu ibu aku bertanya mengenai ‘boyfriend’ … Aku hanya menjawab “dalam 12 bulan, mesti ada bulan yang kena”.

And yes kata2 aku tu menjadi nyata alhamdulillah.

Maka pada bulan 5 tahun 2020 aku berkenalan dengan seorang jejaka melalui orang tengah juga merangkap kawan aku & juga makcik si dia.

(2) Perkenalan yang singkat.

Bermula dengan paksaan mak aku & juga makcik si dia untuk “cuba” berkenalan dengan si dia yang aku berikan gelaran “A”.

Maka aku & dia pun mulalah berkenalan melalui whatsapp.

Pada mulanya, hati masih macam dulu, cukup tak berkenan untuk bercinta.

Cuma bezanya kali ni, aku tidak mampu tolak dia 100% macam mana aku tolak lelaki2 yang cuba berkenalan di alam maya sebelum ni.

Kenapa? Sebab nya ini adalah calon yang kawan & mak sendiri suruh berkenalan.

So aku pun sabar & terus bersabar. Tengok sampai mana hati ni boleh “keras”.

Sampaikan A pun diberi amaran awal untuk tidak meletakkan harapan pada aku.

Dipendekkan cerita, hati mula bertaut tapi kami tak pernah pun kata untuk bercint… tup2 kami plan untuk bertunang & maka untuk pertama kalinya berjumpa si dia pada bulan 7/2020.

(3) Perancangan Allah.

Actually aku & si dia memang jauh. Dia di utara, aku di barat.

Tapi alhamdulillah Tuhan dah aturkan cantik sekali. Waktu tu, si dia ada kerja di Melaka and time tu pun masih boleh merentas negeri.

Maka aku sekeluarga pergi berjumpa dia untuk kali pertama.

And yes ini lah kali pertama aku kenalkan seorang lelaki pada ibu n ayah….

Ayah yang agak tegas bab agama tapi rupanya tidak lah sekeras itu untuk menerima si dia.

Dan mungkin sebab itu kami dipercepatkan segala urusan. Untuk elakkan benda2 tak diingini.

(4) Raikan cinta.

Alhamdulillah pada bulan 12/2020 kami akhirnya bertunang secara wakil & on9 sahaja… and pada bulan 4/2020 kami disatukan atas restu parents & juga redha daripada Allah.

Liku2 dan dugaan2 time sebelum n masa bertunang biarlah menjadi kenangan yang aku tak akan lupakan.

Aku tidak diuji dengan orang ketiga. Tapi aku diuji dengan emosi yang tidak stabil… Urusan perkahwinan juga banyak halangannya disebabkan musim covid ini.

Tapi alhamdulillah pada hujung2 nya, dapat juga aku merasakan kenduri seperti biasa dan Nikah di masjid.

P/S : Plan untuk tunang & kahwin sebenarnya lambat lagi, tapi entah macam mana, semua urusan dipercepatkan.

P/S/S : Pertemuan pertama sebelum tunang. Kali kedua waktu sehari b4 nikah…dan kami kahwin belum cukup 1 tahun perkenalan.

(5) Ujian lepas kahwin.

Macam biasa, 5 tahun awal pasti ada ujian nya terutama bab kewangan. Tapi alhamdulillah so far masih boleh survive lagi…. simpanan yang dulunya banyak, makin lama makin surut.

Tapi aku bersyukur, at least aku diberikan kemudahan oleh ibu & ayah.

Cuma ujian aku more to emosi lagi… hari nikah kami berjumpa sekali sahaja, kemudian masing2 PJJ atas alasan berkhidmat untuk negara.

Lepas sebulan kami berjumpa di kg halaman si dia untuk seminggu & kami PJJ lagi n lagi.

And now alhamdulillah rezeki aku diterima bekerja 1 daerah dengan suami. Tapi manis tak selamanya, baru berapa minggu aku duduk di sini, tuhan uji lagi.

Si dia bakal meninggalkan aku untuk berbulan lamanya & kami PJJ lagi sekali.

Baru sahaja aku bersedih sebab terpaksa tinggalkan parents di barat sana. Kali ni aku terpaksa hadap lagi perasaan sedih itu.

Kali ni aku betul2 berdikari. Kalau dulu, 20 tahun lebih hidup aku ditemani oleh ibu ayah. And walaupun aku PJJ dulu, aku masih bertahan sebab ada mereka.

Tapi kali ni aku totally sorang2 without anyone…. moga hati terus kuat.

Kalau selama ni aku PJJ untuk sebulan pun rasa lama, nikan pula PJJ untuk berbulan lamanya… alhamdulillah aku punya kerjaya, dan aku harap masa berjalan dengan pantas sekali.

Last nak cakap, actually aku buat artikel ni sebab nak luahkan perasaan sahaja & maybe ada pembaca yang juga ditinggalkan macam aku, so aku harap korang dapatlah beri komen

So that aku dapat la sikit semangat tu….

Thank u sudi baca sampai habis & maaf kalau susunan ayat tidak seberapa.

– Ciknur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *