Jodoh

Entah mengapa, akhir-akhir ini, seringkali aku bermimpi.

Mencari – cari siapa yang sudi.

Pengalaman mengajarku. Yang muncul hanya lelaki-lelaki yang cuba mengambil kesempatan.

Dek naif dan bodoh, dek sangka itu jodoh, aku relakan diperbodoh.

Lebih suku abad usia, aku sangka aku sudah puas mencari. Puas mengharap sesuatu yang tak pasti.

Tapi, entah kenapa, aku termimpi-mimpi lagi.

Ku sangkakan, sudah aku kunci hati ini. Tapi, hati tak mampu menipu, aku masih menunggu.

Bukanlah aku tak tahu, jodoh itu rahsia yang telah tertulis. Bukanlah aku menidakkan takdir.

Kecewa aku dipermainkan, bukan lah aku tidak serik. Tapi, naluri tidak mampu menipu.

Dalam mimpi aku tercari-cari, siapakah yang sudi?

Lebih suku abad usia, mungkin aku sudah patut redha. Tapi, hati dan naluriku tidak mampu aku tipu.

Sudah lama aku biarkan dan lepaskan. Tapi, entah kenapa, mimpi-mimpi muncul lagi. Mimpi-mimpi mencari siapa yang sudi.

Banyak kali aku berdoa, hilangkan saja rasa ini dari dalam hati. Biarlah, aku tidak punya naluri. Namun, siapalah aku. Dia lebih tahu.

** Terjaga dari mimpi yang jelas hadir hanya kerana naluri hati. Bayangkan berhari-hari mimpikan hari perkahwinan, tetapi tanpa calon suami.

Dan hari ini, termimpi ada seseorang yang entah dari mana, tiba-tiba sudi walaupun tanpa cinta dalam hati.

Mainan tidur, tapi, cukup untuk mengusik hati yang sering dikecewa.

– Z (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *