Jodoh Adalah Cerminan Diri?

Assalamualaikum dan hi korang. Sebenarnya aku perlukan nasihat korang dalam perkara ni. Kita straight to the point jelah ye. Aku keliru dengan pilihan aku sekarang ni. Adakah sebenarnya baik atau sebaliknya.

Sedikit background tentang aku dengan BF (nak letak nama apapun aku taktau). Aku ni kalau orang luar judge aku perempuan yang tegas, cute, independent, menjaga diri dan punya kefahaman agama yang baik. BF pula anak emak, introvert, tak romantik, tegas dan kefahaman agama yang baik.

Aku dan BF ni dikenalkan atas sepasang kawan. BF ni kawan kepada suami kawan aku, dan pasangan ni memang sangat baik pada mata aku. Perkenalan kitorang agak kelakar la kot aku rasa, macam guna orang tengah la tukar2 profile lepastu teruskan dengan jumpa (ni proses taaruf namanya).

Ikutkan sekarang perkenalan kitorang dah menjejak 5 bulan tapi aku dapat rasakan progress relationship ni sangat advanced. Senang cerita perkenalan semasa PKP. Sekarang ni memang masing2 mencari dan serious nak ke arah perkahwinan.

Ok, lepas kitorang jumpa, bagi aku muka dia not bad la, rasa macam connected pun ada then kitorang proceed untuk ke step seterusnya tetapi dengan cara sendiri, tak melalui orang tengah lagi. Masa ni lah bagi aku, kesalahan paling terbesar sebab aku terlalu mengikut hawa nafsu sendiri.

Sebelum aku proceed dengan dia, dalam tempoh nak ke jumpa dia (after exchange profile), aku dah buat istikarah hampir sebulan. Tapi, tiada apa2 signal pun cuma takde rasa nak reject dia.

Lepastu, kitorang pun mula lah chat sesama sendiri, dalam dua minggu pertama kitorang kerap on call. Macam ala2 nak cuba korek diri masing2 apa semua hahaha. Makin lama macam best pulak melayan BF ni.

Tapi, aku ada perasaan takut sebab aku tak kenal dia lagi so aku pun minta lah no telefon adik2 dia dan mak dia.

Aku kaw2 tanya adik2 dia, dia ni macamana apa semua, jawapan semua positive je. Cuma kelemahan la kot, dia kuat membahan and memang dia suka bahan aku. Tapi takdela sampai menghina. Kiranya bahan dia pun aku sambut juga dengan kejian. Aku pun taknak kalah.

Ok, lepas sebulan kitorang contact tu aku jumpa mak dia. Dia tak dapat jumpa parents aku dulu sebab dia ada tuntutan kerja yang tak dapat dielakkan. So, aku pun macam takpela aku jumpa mak dia sebab aku nak tengok keadaan family dia ni aku boleh masuk ke tak.

Aku pun terus terang dengan mak dia yang aku tak kenal dia so, aku sangat takut. Mak dia peramah hahaha so bila aku masuk, makin menjadi2 la topik bualan tu. Btw, satu family dia dah maklum pasal aku masa lepas taaruf tu.

Satu benda mak dia cakap buat aku yakin, “setakat ni anak2 makcik semua ok, akan datang makcik taktau Allah nak bagi ujian apa. Apa makcik nak bagitau, BF anak yang baik dan insyAllah dia boleh jaga RH”.

Mak dia pun ada pesan kat aku yang mak dia cuma harapkan semua menantu ada respect kat orang2 tua. So, aku pun rasa takde benda nak reject dia.

Lepas jumpa tu, kitorang dah mula video call. Dia ni lelaki pertama aku vc, dan aku tak terjangka yang aku berjaya masuk perangkap syaitan.

Mula2 vc best la, banyak borak pasal kerja, pasal isu semasa, bahan membahan dan lama kelamaan masuk bab s*x. Mula2 aku cringe, tapi lama2 aku melayan maybe sebab perasaan aku kat dia. Dia minta nak tengok aku naked and guess what, aku memang naked masa kitorang vc.

Hanya Allah tahu betapa rasa menyesal aku lepas buat benda tu. Benda ni banyak kali, dalam seminggu tu mesti ada sekali. Tapi aku pun tak nak kalah, aku nak tengok dia “punya” jugak and dia pun bagi je. Dia ada satu perasaan macam suka orang yang kita sayang st*m tengok kita.

Kan aku cakap aku pun baru kenal dia so bila dia vc tu, aku boleh tengok cara dia cakap dengan kawan office, kekemasan bilik dia, dia keluar ke mana.

Vc tu kerap gila weh- pagi sekali, lunch sekali, petang sekali dan malam sekali. So, memang aku cakna sekeliling dia sape dan agak konsisten keadaan tu.

Tengok cara dia borak dengan roommate pun, aku rasa dia ni memang pemalu orangnya. Tapi, memang masa kitorang vc, aku tahu orang sekeliling maklum dengan kehadiran aku.

Lepas dia dah selesai tuntutan kerja, dia pun jumpa parents aku. Parents aku approved je dia, katanya orangnya pendiam sangat (padahal depan aku bahan tak ingat dunia), tapi boleh dibawa borak. Dia pun tak bantah bila mak aku cakap nak hantaran banyak ni, tarikh majlis macamn.

Dia follow je tapi mak BF ni memang kalau boleh taknak lewat2kan. Aku dah bagitau mak aku yang aku nak kahwin cepat sebab aku takut aku tak boleh kawal diri aku,

And mak aku banyak alasan dia katanya tunggu tarikh sedara boleh berkumpul la, pkp la sampai aku betul2 letih nak fight untuk benda ni. Last2 aku diam je.

And last kitorang jumpa masa awal2 dikenalkan tu so, aku pun nak date la dengan dia after jumpa parents aku tu. Kitorang check in hotel, btw kitorang LDR – dalam 6 jam perjalanan jugak la.

Aku rasa Allah betul2 bagi aku pilihan untuk patah balik kalau tak nak check in hotel tu tapi jiwa aku teruskan jugak.

So, dia pick up aku antara negeri aku dengan negeri dia and kitorang check in hotel. Pun pertama kali aku check in dengan bukan mahram. Ada perasaan takut, nervous – kalau Allah matikan aku masani, aku taktau nak cakap apa.

Btw, boleh tak korang define Zina tu macamana? Adakah penetration? Kalau nak kata penetration, benda tu tak berlaku tapi masing2 naked la.

Dia adalah cubaan untuk buat penetration tapi aku tolak dia “punya” tu and aku bagitau aku takut mengandung. Memang dia ketawakan aku kaw2 tapi aku buat taktau jela.

Keesokannya, aku solat subuh. Tapi dia tak solat pun, aku pun macam taktau patut ke aku tegur sebab nanti mesti jatuh ego dia as lelaki. So aku biarkan tapi lepas solat aku sambung layan dia balik. Hampeh je rasa masatu. Aku cuma rasa best bila dapat layan dia, tu je.

Kalau dia tak minta, aku pun tak bagi. Selalunya minta naked, dia minta dulu. And aku perasan la dia pun dapat feel yang aku ni bukan perempuan gila s*x, so nampak dia macam tak melebih2 sangat. Tapi bila nak hantar aku balik, dia solat asar + zohor.

Aku pernah suarakan yang aku takut dosa kita buat ni Allah akan balas untuk keturunan kita. Mula2 tu dia pun slow down, tapi lepastu hanyut balik which is aku pun ikut hanyut. Ikutkan kitorang maybe akan bertunang dalam 2-3 bulan lagi tapi sebab pkp, aku pun entahla.

Dia memang nampak serious dengan aku sebab kata nak cari cincin sama2 dengan aku nanti dan selalu jugak mak dia update pasal aku dengan dia. Masa jumpa tu, aku tahu dia lelaki yang baik cuma kelemahan dia adalah nafsu tu takboleh control termasuk jugak aku.

Aku dah bersedia untuk menerima nasihat dan kritikan dari korang. Adakah patut aku teruskan dengan dia? Apa yang aku boleh cakap, progress hubungan kitorang sangat ok. Aku taktau dia boleh bimbing aku ke tak. Please help….

– RH (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *