Jodoh Aku Sampai Lambat

Aku Anne. Saja terpanggil nak berkongsi coretan kisah aku agar dapat memberi sedikit sebanyak motivasi kepada adik2 dan rakan2 yang mengalami nasib yang sama dengan aku dulu.

Aku bernikah saat umur aku di awal 30-an (bagi aku ni consider lambat kerana ramai rakan2 yang telah berumahtangga sejak menamatkan pengajian degree). Alhamdulillah lambat kerana aku diberi nikmat mengecapi cita-cita aku walau masih belum mencapai sepenuhnya.

Sepanjang belajar degree dulu, aku selalu menanam cita2 untuk berkahwin sejurus habis belajar kerana aku sgt suka dengan budak2 dan sgt inginkan anak sendiri. Bukan tak setuju dengan konsep ‘perigi mencari timba’, tapi aku kurang keyakinan diri. Aku tiada rupa dan harta. So, usaha aku hanya dengan berdoa kepada Allah.

Habis degree, ramai rakan2 yang memulakan fasa hidup baru mereka dengan perkahwinan. Tapi tidak aku. Selalu terdetik dulu rasa macam loser. Tapi after some time aku bertanya balik pada diri aku, apa contribution aku pada agama, bangsa dan negara? Aku tidak berkahwin, so tak dapat nak contribute anak2 untuk pembangunan negara. Dan isu jodoh bukan dalam tangan aku. So aku perlu buat sesuatu agar aku menjadi seorang yang berguna walaupun single.

So, aku usaha menaikkan taraf aku dari segi akademik. Aku sambung master dan kemudiannya PhD di dua buah negara mat saleh yang berbeza. Kedua2 universiti yang aku pergi merupakan top 5 bagi negara2 tersebut. Point aku kat sini bukan nak berlagak sbb you guys tak kenal pun aku sape. Sepanjang sekolah rendah, sekolah menengah dan undergraduate, aku category yang sgt average. Maybe top 50 kot. Tp point aku adalah FOKUS. Fokus aku pada masa tu tak nak jadi loser sebab aku single. Aku perlu jadi yang terbaik untuk diri aku sendiri. Biar tak kahwin tapi aku berjaya. Dan at least, kalau aku mati, aku dapat menyumbang sesuatu kepada society.

Semasa aku menyambung master dan PhD, ramai yang bertanya… Anne tak nak kahwin ke? Aku pun tak tau nak jawab mcm mana. Bukan tak nak kahwin tp takde orang nak . Crush memang banyak tapi aku tak pandai mengorat dan tak tau nak pursue interest aku pada seseorang macam mana. So, apa yang aku pandai buat adalah dengan usaha dalam menimba ilmu. So I work towards that.

Semasa menyambung PhD, aku bertemu jodoh. Suami aku dulu yang mulakan proses perkenalan kami. Alhamdulillah, walaupun lambat bertemu jodoh, aku bersyukur kerana banyak aku dapat kecapi. Aku berjaya menamatkan pengajian PhD, berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Moral of the story is to move on. Jangan jadikan alasan single tak boleh bahagia dan berjaya. Selagi masih single, usaha sehabis boleh mencapai apa yang kita impikan.

In hindsight, aku tak rasa aku boleh cope dengan perkahwinan semasa aku habis degree dulu. Kerja aku dulu sangat intense yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi. Kerja kadang2 sehingga 48 jam straight. Knowing myself, aku tak rasa aku boleh cope dengan adanya anak dalam keadaan aku masa dulu. Orang lain boleh but not me. Kita rasa kita kenal kita siapa but Allah knows best.

Allah tau bila yang terbaik untuk kita bertemu jodoh. Yang paling penting bagi aku adalah pergantungan kita pada Allah. Sentiasa tanamkan dalam diri untuk sentiasa mencintai Allah dan RasulNya dan meninggalkan larangan-laranganNya supaya hidup kita diberkati dan dirahmati.

Aku doakan agar semua yang masih single mencapai apa yang korang idam-idamkan.

Love,
Anne of Klang Valley (Aku sgt suka Anne of Green Gables. Kalau aku down aku akan tgk cite tu. Anne merupakan contoh wanita single yang mempunyai cita2 yang tinggi).

– Anne

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *