Jodoh Aku Sesat Di Mana?

Assalamualaikum. Hai para pembaca. Aku seorang gadis berusia di penghujung umur 20 an. Ramai rakan-rakan sebaya aku sudah beranak pinak dan berkeluarga.

Ada juga difasa ada masalah rumahtangga lah belum ada anak la macam-macam lah masalah (mungkin sebab dah lama kahwin). Cuma aku sahaja belum jumpa jodoh aku.

Aku disini ingin bercerita perihal lelaki-lelaki yang pernah singgah dalam hati dan hidup aku. Aku ni nak kata cantik pun tak, nak kata buruk pun tak. Sebab ada tempat aku pergi orang cakap aku tak cantik siap cadangkan aku itu ini untuk cantik kan muka la apa la.

Ada pula tempat aku pergi orang cakap aku cantik lah puji melangit lah. Tapi apa-apa pun cantik tuu subjektif kan? Lain mata lain citarasa. Itu aku faham lah.

Ramai lelaki muncul dalam hidup aku ini. Ada yang datang campak Kan tali kemudian bila aku sambut tali hilangkan diri la belum bersedia lah atau paling senang tiba-tiba kahwin dengan orang lain.

Mudahnya kan, lepas campak tali (bagi harapan lah ambik berat la selalu tanya khabar lah kerap mesej la selalu buat aku happy lah) kemudian blah macam tuu saja. Aku? Hati aku ini bagai terluka terhiris. Ambil masa juga untuk move on. Alhamdullilah aku berjaya move on.

Seterusnya datang lagi lelaki lain pula, suka menyakat la bergurau la mengusik la cakap hal kahwin la dari alam realiti sampai dalam group chat lah.

Sampai kan orang sekeliling aku mula mengusik aku dan dia. Aku tidak mudah memberi hati, tetapi kesungguhan dia menghiburkan hati dan memikat aku membuatkan aku ter ada rasa dihati.

Alih-alih bila aku mula series ha mula lah si dia ni belum bersedia la saja ja mengusik la tak simpan hati la memang sikap “friendly” lah.

Aku macam biasa la dah masak sangat dah. Sampai orang sekiling aku cakap tak kan lah friendly sampai suka ngusik la sakat la cakap hal kahwin lah.

Kan bagus bagitahu awal-awal. Cakap ja saya suka ngusik suka gurau suka cakap hal kahwin tapi bukan untuk serius saja nak main-main tauu. Ha kan senang. Dalam masa kata hanya friendly dengan aku tu alih-alih aku dapat berita dia bertunang la pergi merisik la. Aku macam terkebil-kebil.

Aku ni apa sebenarnya? Tempat buat lawak perihal hati dan kahwin? Boleh pula hal kahwin buat lawak ya? Jadi kalau lelaki dewasa buat lawak hal kahwin maksudnya memang saja lah?

Ok takpa aku move on juga. Perit dan pedih rasa. Tambah-tambah bila orang sekeliling yang tahu hal ini seakan-akan membisu dan terdiam. Aku stalk isteri dia, perempuan baik lah. Suci bersih muka. Aku redha jika ini nasib aku.

Setelah beberapa fasa, muncul lagi lelaki lain. Kalini dia kelihatan introvert sikit. Perwatakan lelaki dewasa yang baik lah muka suci sopan la. Macam biasa mula-mula aku buat tak tahu saja. Lama-lama muncul sikap dia datang beri hint. Jenis suka bagi hint. Hint la pasal kahwin la anak la.

Memandangkan dia lelaki baik aku tak rasa dia nak tipu aku macam pengalaman sebelum-sebelum ini. Sebab dia ni kerap bagi hint. Seolah2 memang yakin sangat dah nak aku sambut hint tuu.

Aku masih “ignore” lagi. Sampai lah satu hari dia cakap sedang cari bakal isteri depan aku. Padahal aku seorang saja disitu waktu itu. Mana ada manusia lain. Tapi tak pasti kalau ada makhluk lain dia nampak lah.

Nak jadi cerita, aku berkenan lah. Bila aku pun dah mula tunjuk minat suka dia, jadi sebaliknya pula. Yang asal nya suka bagi hint ni suka pandang -pandang lah bagai.

Dalam duk minat dia ni dapat pula berita dia berkahwin. Sakit gila hati ini. Senang nya, dah buat aku jatuh hati dekat dia alih-alih kahwin dengan orang lain. Konon cari ibu kepada bakal anak-anak dia lah.

Alih-alih isteri dia ni sekali pos gambar di media sosial ramai lelaki like lah komen la. (Isteri dia jenis suka selfie gedik-gedik post kat media sosial).

Aku pun macam terkesima. Ini ke bakal ibu kepada bakal anak-anak kauu tuu? Media sosial aku pun tak aktif, duk kongsi lagu jiwang ja banyak.

Akhir sekali aku juga masih dicari lelaki. Lelaki yang sudah beristeri. Konon suka sembang bab poligami lah cari isteri ke dua lah ketiga lah.

Yang si isteri mereka ini dekat media sosial sibuk lah cerita betapa baik nya suami masing-masing. Padahal… tak kisah la si suami tuu pakai songkok ka lelaki biasa ka sama saja. Bila berurusan di tempat kerja bukan main gedik lah.

Sampai satu tahap aku terfikir hina sangat ke aku ini sampai kan suami2 orang pun cuba nak try aku. Kalau terlibat meeting, lagi lah mereka kalau boleh nak duduk sebelah aku. Nak satu team dengan aku.

Sampai macam “obviously” jelas perbuatan terhegeh mereka. Walhal sudah beristeri dan berkeluarga. Asbab aku tak melayan lah aku masih bujang.

Aku sudah penat dengan semua cinta tak jadi ini. Yang datang bagi tali kemudian bila aku sambut mula hilangkan diri pergi ke tali pernikahan dengan orang lain.

Yang suka ngusik lah menyakat lah perihal kahwin. Bila aku dah bersungguh. Sama juga. Yang suka suka ramai. Nak intro la nak kenal-kenal dulu lah. Yang nak tunggu 3-4 tahun dulu lah. Alih-alih aku dapat berita mereka berkahwin.

Ada pula bila aku tak layan sibuk lah lempar hint la tali la. Sampai aku rimas. Bila aku saja tanya untuk serius mula bagi alasan “playsafe”. Katanya bukan reject tapi nak capai goal dulu lah. Jadi apa fungsi suka lempar hint ? Suka puji ?

Aku faham. Lelaki cuma bersedia nak kahwin dengan perempuan yang tepat bagi dia. Kira aku ni tempat cinta persinggahan lah. Tempat nak buat main nak buat suka-suka mainkan hati.

Hati aku ni sampai sudah lali. Aku sudah boleh “detect ” lelaki yang datang nak singgah ini. Muka saja dewasa tapi tidak bagi aku. Aku berdoa mereka kahwin betul-betul lah dengan pasangan mereka.

Yang serius tak ada. Sampai aku pergi buat rawatan muka kerana nak nampak cantik. Aku sekarang terfikir nak mandi bunga pula.

Aku dah capai semua impian kecil dan besar. Sehingga aku terfikir apa lagi aku perlu capai. Mungkin aku perlu ubah identiti? Aku memang dah sangat bersedia untuk berumahtangga. Aku ini juga selalu menjadi tempat rujukan kawan-kawan untuk meminta petua.

Petua makan lah petua sihat la petua beranak lah. Aku bukan tua sangat. Tapi aku kongsi semua ilmu yang aku tahu. Sebab aku banyak pergi kelas belajar.Kelas belajar dari hal kecantikkan sampailah hal relationship.

Aku manfaatkan masa bujang aku dengan belajar ilmu secara online dan offline.

Yang menjadi persoalan aku ini. Kenapa jodoh aku masih sesat. Aku buntu. Tak tahu nak bertanya siapa. Bimbang orang gelakkan aku.

Aku nak cari jodoh yang serius. Penat dah bermain-main. Kenapa suka buat aku macam perempuan murah sangat. Walhal aku bukan perempuan gedik.

Bukan jenis melayan. Bukan jenis suka gelak ketawa melayan lelaki. Bukan juga jenis senang tangkap muat cinta bagai. Bukan juga jenis pos gambar selfie muka gedik atau tayang badan. Bukan juga jenis melayan komen sesiapa.

Tapi isteri mereka ini sebaliknya pula. Sampai aku terfikir adakah aku perlu menayang kecantikkan dan tubuh badan aku di media sosial agar dapat jodoh? Tapi bukan kah salah disini agama?

Aku bukan lah alim sangat. Bukan pelajar sekolah agama bukan juga dari keluarga beragama. Tetapi aku faham agama.

Sebab kan malu untuk mendedahkan muka lah malu untuk mendedahkan diri lah media sosial aku berhabuk sepi hanya ada video lagu jiwang sahaja.

Apa aku faham, lelaki cari calon isteri kerana ibu madrasah pertama anak. Nak didik anak kena cari isteri yang betul.

Jadi aku belajar menjadi wanita yang ada fahaman agama. Belajar berkenaan perihal mendidik kanak-kanak. Tetap juga akhirnya aku di tinggal Kan. Yang mereka pilih perempuan sebaliknya.

Harap para pembaca tolong doakan aku dapat jodoh. Kalau tak berjodoh dengan manusia sekalipun, jodohkan dengan ajal yang husnul khotimah.

– Cik Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *