Hi guys. Assalamualaikum. Nama saya Nysreen Fathuna (bukan nama sebenar), seorang perempuan yang bekerjaya.
Saya nak kongsi cerita pasal website cari jodoh yang ada di Malaysia ini. Banyak kan? Tapi yang satu ni memang boleh dipercayai sebab terbukti telah berjaya menjodohkan ramai pasangan kat Malaysia ni.
Mulanya saya memang skeptikal dengan cari jodoh di alam maya ni. Saya dah lama daftar sebagai ahli web tersebut. Sejak dari tahun 2013 lagi.
Bayangkan berapa banyak tahun berlalu tapi saya tak jumpa-jumpa lagi jodoh yang sesuai. Sebabnye rasa skeptikal dan on off. Kejap aktif, kejap tidak.
Tapi tahun 2015, telah merubah sudut pandangan saya tentang jodoh alam maya ni bilamana sahabat baik saya berpangkat doktor bertemu jodoh dengan pasangannya seorang jurutera.
Yang paling mengejutkan, adik lelaki saya sendiri pun bertemu jodohnya melalui laman web tersebut tak sampai 3 bulan mendaftar!
Masa ni rasa frust sikit sebab kenapa saya yang dah lama daftar jadi ahli ni tak jumpa-jumpa pasangan yang sesuai. Stress tau tak. Macam-macam ada dalam kepala.
Jadi, saya start gear mula serious mencari. Mula buat analisis satu persatu profile calon yang ada dalam website tu yang dirasakan sesuai dengan diri saya. Meh saya bagi clue.
Sebab saya perempuan, so website ni akan hidangkan calon-calon lelaki yang menepati atau hampir-hampir menepati kriteria yang kita nak seperti range umur dan negeri.
Oleh sebab saya dah terlalu lama jadi ahli website tersebut, saya dah boleh bezakan yang mana satu calon baru, mana calon lama haha.
Calon-calon yang pernah saya tolak untuk berkenalan saya asingkan. Calon-calon yang mana pernah menunjukkan minat untuk berkenalan saya senaraikan.
Macamana saya nak kenal pasti calon-calon ni tak menipu atau klentong? Ya saya selidik & investigate. Google kan ada. FB,IG, Twitter dan Linkedin pun banyak membantu. Skill kena ada.
So sepanjang pencarian tu, saya pernah bertemu dengan 4 orang calon lelaki. Saya tak jumpa berduaan ye. Ada teman. Tapi ternyata semua bukan jodoh saya.
Banyak kisah disebalik pertemuan dengan calon-calon lelaki ni. Ada yang sampai drama air mata.
Girls, saya nak bagitau ada jenis calon yang punyalah nampak interested dengan kita berdasarkan kerjaya, background keluarga, level pendidikan kita. Acah-acah IQ tinggilah tapi bila jumpa tak boleh ngam, dan tiba-tiba cakap oh rasa tak sesuai padahal dah 3 bulan bermessage.
Tak tahu di mana silapnye, mungkin sekadar nak test market? Oh ataupun melihat rupa paras yang tak semegah ni? Sedih saya.
Tapi saya puji parents saya yang begitu supportive. Kata papa, don’t be sad. Learn something from it. Do not give up! You are still young.
Calon ke-4 tu paling tidak dapat saya lupakan sebab dah sampai tahap berjumpa man-to-man talk dengan papa saya.
Saya rasa saya over tergila-gilakan dia dan angau. Saya admire dia sebab jaga solat, selalu ke kuliah agama. Memang calon suami yang baik. Tapi Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Selepas dari kisah lelaki ke-4 ni, saya jadi tawar hati untuk teruskan pencarian. Konon hati dah tertutup sebab rasa fed-up. Saya marah diri sendiri sebab termakan kata-kata orang yang cakap saya ni terlalu memilih! Saya tak memilih, tidak.. tapi kalaulah pilih jodoh tu macam pilih ikan di pasar..
Saya hampir-hampir berputus asa. Tak ada hati langsung nak membalas message-message yang diterima dari yang berminat nak berkenalan tu, dan ambil keputusan untuk close akaun, tak mahu dah jadi ahli.
Tapi little that we know, di saat kita nak give up tu, di situlah Allah nak beri hadiah istimewa dalam hidup kita. Kuncinya ialah sabar.
Lelaki ke-5 menghantar pesanan. “Assalamualaikum, jika tak keberatan, saya nak mengenali awak dengan lebih baik. Sudikah?” Haaaa itu ayat pertama dia. Tapi jangan excited dulu, kita kena sentiasa berhati-hati. Kuncinya jangan gelojoh.
Saya buat tak faham. Berhari-hari dia message saya tak reply pun sebab dah tak ada hati. Teman baik menasihati, “Kau kena balas message dia. Aku tengok profile dia macam orang baik-baik. Mana tau ni memang jodoh kau”.
Berkali-kali teman memujuk. Setelah buat solat istikharah minta petunjuk, barulah saya berlapang dada membalas message si dia.
See guys. Solat istikharah ni bukan hanya pada nak pilih jodoh je. Kita nak buat sesuatu keputusan kita mesti minta petunjuk dari Allah. Semoga Allah memberi ilham.
Tahun 2017, pertama kali kami bertemu terus boleh ngam. Kurang dari setahun kami pun berkahwin. Macam tak percaya!
Jodoh memang tak pernah salah alamat. Cumanya, kita kena banyak bersabar dan selalu bermuhasabah diri. Untuk apa kita nak cari pasangan, kenapa kita nak berkahwin? Tanya diri sendiri.
Tahun 2013 – 2017 tu banyak mengajar erti kesabaran mencari jodoh yang dirasakan sesuai. Lelaki memang ramai tapi nak cari yang baik bukan mudah. Bukan hanya baik untuk kita, tapi baik juga untuk keluarga kita. Yang penting mintalah petunjuk dari Allah apa yang terbaik untuk kita.
Alhamdulillah, saya dapat suami yang sangat penyayang. Sifat penyayang ni rupanya diwarisi daripada ayah mertua yang melayan ibu mertua begitu romantis. Anak-anak mewarisi sifat ini. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah.
Jadi, saya doakan bagi yang masih single di luar sana, jangan putus asa. Teruskan usaha mencari yang terbaik. Jangan peluk tubuh, mesti ada usaha! Biar lambat, asalkan bahagia.
Berdoa dan sedekahlah banyak-banyak. Minta parents kita jika masih ada untuk doakan kita. Minta kawan-kawan yang berpeluang mengerjakan umrah dan haji tu nanti doakan kita. Boleh jadi doa kita termakbul melalui mereka.
Salam sayang.
– Nysreen Fathuna (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Ingin mencari pasangan hidup dan boleh terima saya seadaanya