Jodoh atau Pengantara Hidayah Allah

Assalamualaikum… sebelum saya mulakan cerita saya ini, terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya penceritaan saya ini sukar difahami. Hopefully, sampai ke hati la ya.

Sebelum itu saya perkenalkan diri saya dahulu. Saya seorang wanita berusia 32 tahun, seorang civil servant dan masih bujang. Alkisahnya saya ni dah beberapa kali putus cinta. Ada sahaja asbab tak berjodoh.

Bukannya sengaja tak nak kahwin. Dan pengalaman putus cinta kali terakhir agak menyebabkan saya sedikit trauma nak berkenalan dengan lelaki. Saya sangat sangat takut sayang orang dan ditinggalkan lagi.

Disebabkan itu saya dah macam malas nak fikir pasal kahwin. Kadang-kadang fikir malas dah kahwin. Long story short, baru-baru ini saya ada berkenalan dengan seorang lelaki ni di media sos**l. Dia yang mula menyapa saya.

Tapi saya layan dia lebih kurang. Kadang-kadang saya tak reply mesej nya. Kadang- kadang saya reply lambat. Sebenarnya saya takut, takut saya tiba-tiba clingy and tersuka kat dia. Saya takut nak kecewa lagi. Tapi setiap kali saya ignore dia, dia tetap mesej saya.

Lepas beberapa bulan sekadar bermesej, kami mengambil keputusan untuk berjumpa. Dan lepas jumpa dia tu, bermula la episod saya macam ada masalah perasaan ke mental ke saya tak tau la. Saya mula overthinking yang melampau-lampau.

Sebenarnya sebab saya dah mula suka dia. Maka saya mula jadi takut balik, saya hari-hari fikir “this relationship wont work”. Macam-macam benda negatif saya fikir sampai saya nangis setiap masa. Saya tak lena tidur, saya tak makan. Tapi saya tak bagitau dia.

So di sini la saya mula mencari Tuhan. Sebab hati saya tak ada orang yang faham. Even saya cerita kat mak saya pun mak saya tak faham. Overthinking really k1lls your happiness. No joking. Saya sampai lesu tak makan berhari-hari.

Hence, saya mula dekatkan diri dengan Allah. Kalau sebelum ni solat laju-laju, saya cuba fahami setiap bacaan solat dan cuba kusyuk. Saya asyik nangis setiap kali solat.

Saya mula baca Quran. Saya dah tak tidur lepas subuh. Saya dah tak tinggal Dhuha. Saya dengar ceramah-ceramah agama. Saya dah jadi tak sabar tunggu waktu solat nak mengadu dengan Allah.

And si dia tu lepas sekali tu saya tak reply mesej dia, dia tiba-tiba dah berhenti mesej saya. Saya tak tahu la sama ada dia dah fed up dengan saya ke apa.

Saya sebenarnya sayang kat dia, tapi saya dah tak nak mesej dia lagi. Walau hati saya sarat dengan rindu. Tapi saya dah tak nak bina hubungan yang tak diredhai Tuhan.

Saya tetap doakan dia dalam setiap solat. Kalau dia jodoh saya, tetap dia akan kembali pada saya.

Dia orangnya baik, family pun yang beragama. Saya minta dengan Tuhan, andai dia jodoh saya, Tuhan jagakan hati dia untuk saya. Saya nak jaga ikhtilat, tak nak dibuai nafsu lagi.

Saya betul-betul reflect apa yang jadi kat saya dulu. Ex saya dulu orangnya jenis tak tinggal solat jugak. Selalu puasa sunat. Solat kat masjid.. Tapi kami tetap bercouple, bersayang-sayang.

Mungkin ini la sebab Tuhan pisahkan kami. Selain dari mungkin bukan jodoh saya. Hubungan kami tu menjauhkan kami dari redha Allah. Bayangkan Cinta tu Allah yang bagi, tapi kita makhluknya guna cinta tu ikut jalan yang Allah larang.

That’s why untuk hubungan kali ni, biarlah Allah yang jadi pengantaranya. Saya luahkan segala perasaan saya hanya pada Allah. Sekarang ni saya dah mula untuk berubah.

Kalau dulu pakai tudung pun bukan main hijabista nya, aurat tak terjaga, sekarang saya dah mula pakai tudung labuh, berstoking dan pakai hand socks. Saya pernah tanya pada diri saya, saya buat ni sebab that guy ke kerana Allah?

Sebab saya takut saya berubah sebab nak blend in dengan family dia, which is tak bagus berubah sebab manusia. Tapi saya yakin yang jentik perasaan ini adalah Allah, dan untuk saya sendiri demi Allah. Bukan sebab si dia.

Saya pun tak pasti kenapa, awal-awal saya just rasa nak pakai tudung labuh. Bila dah beli tudung baru, saya mula nak pastikan aurat saya betul-betul terjaga.

Saya mohon anda doakan saya istiqomah. Andai saya tak dapat cinta manusia, saya dah dapat cinta Ilahi. Rasanya sungguh tenang tak dapat nak diungkap dengan kata-kata.

Tapi hopefully, dia adalah jodoh saya yang datang sekali dengan hidayah. Tapi andai dia datang sekadar sebagai pengajaran, saya redha.

– Lutfia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *