Jodoh Dan Kerjaya

Assalamualaikum. Hai semua, izinkan aku mencoretkan kisah aku berkenaan jodoh dan kerjaya.

Untuk meringkaskan cerita, aku kini dalam usaha mencari jodoh atau pasangan. Beberapa percubaan sebelum ini telah aku usahakan tetapi belum direzekikan lagi untuk berjodoh dengan sesiapa.

Terkini, aku telah menyatakan kepada seseorang yang aku serius untuk menjadikannya pasangan dalam hidup aku.

Sebelum itu, aku bertanya kepada si dia berkenaan urusan jodoh. Adakah ditentukan oleh ibubapa atau si dia mempunyai suara untuk memilih berkenaan bakal jodohnya.

Ini kerana ibubapanya adalah merupakan orang yang dikenali dalam kalangan masyarakat setempat.

Mana tahu jika ibubapa si dia sudah mempunyai calon dan pilihan terhadap si dia.

Respon yang aku terima si dia masih mempunyai suara untuk membuat pilihan.

Seterusnya, setelah si dia memberi jawapan bahawa si dia masih belum mempunyai calon, aku memberanikan diri untuk menyatakan hasrat aku pada si dia.

Aku tidaklah menggesa agar diberikan jawapan segera. Si dia diberi masa untuk membuat istikharah.

Pun sehingga kini, si dia masih belum memberikan jawapan.

Selanjutnya, untuk menunjukkan usaha aku yang mana aku serius dengan tindakan aku, aku memberanikan diri untuk berjumpa dengan ibu bapa si dia face to face seorang diri.

Sengaja aku bertindak sebegitu agar si dia tahu aku tidak main-main. Aku sedaya upaya memikat hati kedua orang tuanya terlebih dahulu.

Pun begitu, cabaran aku sekarang adalah untuk meyakinkan mak aku.

Hal ini berkaitan dengan kerjaya.

Untuk pengetahuan pembaca budiman, 3 adik beradik aku ke atas kesemua mereka merupakan kakitangan kerajaan.

Hanya aku si bongsu yang membina kerjaya sendiri sebagai pengamal undang-undang.

Masih mencari rentak, kekuatan dan semangat untuk membina nama dan kerjaya.

Masalahnya, emak aku mengharapkan aku mendapat pekerjaan tetap iaitu sebagai kakitangan KERAJAAN.

Fahaman emak aku hanya apabila bekerja sebagai kakitangan KERAJAAN SAHAJA dikira sebagai PEKERJA TETAP.

Aku rasa kan, mesti ada juga segelintir ibubapa hampa yang mengharapkan anak bekerja sebagai kakitangan kerajaan kan?

Susahnya mentaliti mereka hanya satu, mesti tidak mesti bekerja sebagai kakitangan KERAJAAN.

Hello, zaman bila ni mengharapkan kerja kerajaan saja. Allahu rabbi.

Aku pernah mendengar perbualan emak aku bersama kakak, apabila niat aku untuk mendirikan rumahtangga, kedua-dua mereka setuju untuk aku dapatkan dahulu jawatan sebagai kakitangan
KERAJAAN.

Aku sedikit terasa dan bekecil hati. Seolah-olah apa yang aku jalani sekarang bukanlah sebagai seorang yang bekerja.

Tapi kan, siapalah kita sebagai anak nak berkecil hati dengan ibu. Sedih dan terasa itu ada, sekadar dipendam tidak diluahkan.

Takpa, aku dah bulatkan tekad untuk buktikan pada mak aku bahawa bidang yang aku pilih sekarang ini bukanlah bidang yang sia-sia.

Dengan niat dan plan aku untuk mendirikan rumahtangga, moga Allah mudahkan urusan aku, murahkan rezeki aku.

Satu saja aku nak pesan, apapun pekerjaan yang kita lakukan sekarang, itu adalah rezeki kita. Rezeki kita bukan ja bekerja dengan title kakitangan kerajaan.

Selalu kan kita dengar, orang akan kata, “oh takdak rezeki lagi la tu keja kerajaan”. Betul ayat tu tapi masih belum sempurna. Kerja yang kita lakukan sekarang juga adalah rezeki kita!

Oh lupa, kepada si dia, moga Allah jodohkan kita. Aamiin.

Woi hampa semua, doakan si dia terbuka hati menerima lamaran aku. Terima kasih.

– Dunia hitam putih (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *