Siapa tak pernah jatuh cinta atau simpan ‘crush’ pada sesorang. Tipu kalau tak pernah.
Macam tu juga kisah saya. Berapa banyak kali simpan crush pada seseorang, suka dalam diam tapi akhirnya sepi, senyap begitu saja. Tup tup orang kita suka tu sudah pun berpunya atau berkahwin.
Maka bermulalah episod frust menonggeng dan episod kata ‘kalaulah’ tak lepas dari bibir.
Crush ‘frust menonggeng’ saya yang pertama adalah masa zaman belajar.
Orang tidaklah terlalu tinggi mungkin dalam 160-165cm, tidaklah terlalu cerah atau gelap. Senyumnya manis, pemakaiannya kemas. Adalah beberapa subjek yang kami sekelas.
Perasaan berdebar menanti kelas lebih dari menanti lecturer datang tu pasti ramai yang pernah alami.
Nak duduk di bahagian mana dalam lecture hall? Mana si dia tak sampai-sampai lagi. Ah, semuanya perasaan indah semasa alam universiti.
Boleh jadi, hampir kebanyakkan rakan-rakan tahu saya menyimpan perasaan pada si dia. Hmm si S [ bukan nama sebenar ]. Senang sikit nak bagi reference kalau ada nama.
Dipendekkan cerita, crush tinggallah crush sehingga habis zaman universiti. Sebab?
Rasa kurang keyakinan diri nak tegur/cuba berkenalan atau cuba untuk kawan-kawan try ‘keneng’. Tinggallah semua perasaan dan juga kenangan semasa saya melangkah keluar dari pintu pagar universiti.
Sesekali saya akan check out dia di socmed. Eh, tak friend, sekadar stalk sikit- sikit. Di mana dia, buat apa. Sehingga satu hari saya dapat pengkhabaran dia bakal mendirikan rumah tangga.
Sedih? Sedihlah jugak. Ada perasaan it could be me if I ever try or make a move. Episod kata ‘kalaulah’ bermula lagi.
Maka perjalanan hidup saya diteruskan. Masuk alam pekerjaan yang sangat mencabar. Bekerja dalam ‘odd hours’, kadang kala lebih masa. Tak macam orang lain. Ada juga terjumpa sana sini ‘love interest’, tapi semuanya berakhir seperti cerita si S.
Si H dan Si A.
Dua – dua rakan sekerja di tempat yang berlainan. Rasa macam ada chemistry tapi berakhir dengan sendu. Hilang begitu saja.
Sampi satu masa, saya fikir, am I not good enough or am I not trying good enough?
Tapi lama – lama perasaan itu berlalu pergi sehinggalah kedua-dua si H dan si A melansungkan perkahwinan. Sekali lagi perasaan ‘it could be me’ tu sampai. Haih.
Saya pun bertukar tempat kerja, keluar dari negeri saya menetap dan terus dicampak jauh nun di pantai timur.
Kehidupan baru di tempat baru, setahun dua berlalu pergi tanpa ada tanda-tanda kemunculan ‘love interest’. Saya pun tak sungguh mencari. Maybe it was one of the best time period of my life.
Episod mencari diri, explore diri sendiri, what I can do, know my own limit. Work hard and play hard kata orang.
Happy? Yes memanglah happy. Jomlo happy! Eh.
Tapi still, kanan kiri orang melansungkan perkahwinan, anak masuk dua tiga, adalah juga rasa sedih sampai kadang-kadang.
Jadi aturan Allah. Sampailah si D.
Permulaan perkenalan saya dan si D ni awal – awal hambar. Macam beshe-beshe je. Sekadar rakan sekerja di tempat kerja.
Tapi entahlah macam mana tiba-tiba jadi rapat. Macam BFF ke? Boleh lah kot.
He is a quite attractive guy but to compare from si S, si A, si H. D is a totally different person! Be it from attitude, the way he talks and sometimes the way he treats a person. But deep down inside, I know. He is a nice and kind guy.
Mula-mula saya chill je. Tapi Allah Maha Kuasa, dia hantar lagi perasaan suka dan kasih. Satu hari, dua hari, jadi minggu, jadi bulan. Maka cycle angau and crush tu datang balik. Kadang -kadang saya tanya diri, am I too old for thic cycle to happen again? Sigh.
Cuma kali ini berbeza. Tak tahulah kekuatan dari mana, tiba-tiba datang buat perangai. I just told myself, you need to do this. For once, please confront you own feeling.
Maka jadi lah episod awkward confession saya pada si D. From BFF to awkwardness. Haha. Tipulah kalau tak boleh agak this is coming.
For once in my life, saya rasa akan menyesal untuk sekian kalinya jika tak mencuba.
Berlawan dengan perasaan sendiri berhari-hari sebelum saya sendiri sampaikan rasa hati saya pada dia.
Ramai kawan-kawan saya cakap, are you sure you want to do this? You deserve much much better than D.
Yes as I said D is a nice person tapi dia tak punya vision untuk settle down near soon. Masih happy dengan single life, window shopping sana sini.
And I am a fool thinking maybe I could change him. Sigh.
Apa-apa pun saya nak dia tahu yang saya punya perasaan untuk dia. More than a friend. Sudah-sudahlah cerita si S/H/A tu saya ulang. And I thought maybe it’s time. Maybe I could make a differrence.
Be a kind and nice guy D is. He politely rejected me. Haha. I’m being friendzone on my first ever confession!
Sedih? Sikitlah [read: banyak] tapi we still friends after that. Trying to be friends again after all.
Lama kelamaan we can’t be friend anymore. Kadang-kadang saya rasa I’m being a pushy friend or I gave too much as a friend which he knew that’s because he meant more to me and it made both of us uncomfortable. So we contact each other less. No more Hi or Hey. Just simple work messages.
And I pray to Allah. The one that knows everything beyond my knowledge. The One that will always give the best for His Servant. The best planner of all.
“Jika ini jodohku Ya Allah, maka permudahkanlah. Jika ini bukan jodoh yang Kau tetapkan, jauhkanlah hati aku padanya, buangkan segala rasa yang berbaki dan pulangkan rasa kasih dan sayang itu hanya padamu Ya Allah”
Allah Maha Mendengar guys. Sikit-sikit, saya mulai nampak kenapa D mungkin bukan jodoh. Why other people keeps asking me to not even try when I wanted to try.
Jadi guys, jodoh dan usaha ni kita nampak macam senang tapi kalau bukan jodoh, kita usaha macam mana pun bukan jodoh.
Kita tak boleh ubah orang guys. We cannot make other person fall in love with us. Redahlah lautan api, gunung berduri ke, hati manusia Allah pegang bukan kita.
And kadang-kadang definisi usaha tu mungkin dah disalah guna. Usaha tu bukanlah sampai berkawan tak tentu hala, kena jaga batas guys. Definisi ‘usaha’ tak menghalalkan apa-apa. Ini satu sudut untuk saya muhasabah.
Dulu saya fikir, sebab saya tak banyak kawan dengan lelaki kah?, kebarangkalian jodoh itu kurang? Teeettttt. Salah guys. Wrong! Dah orang lelaki dan perempuan berkawan, wajib nombor tiga akan hadir, syaitan dan hawa nafsu. Nauzubillah. Sama-sama kita muhasabah.
Jadi, marilah kita berusaha untuk membaiki diri, mendekatkan diri kepada Allah untuk dapat jodoh yang baik-baik. Kita kena jaga diri kita guys, untuk perempuan-perempuan di luar sana, insyaaallah, percayalah, Allah akan hadirkan yang terbaik buat kita di saat kita pelihara diri kita.
Walaupun hari mendatang bagaikan sendu dan kelam, tapi melangkahlah dengan penuh pengharapan pada Yang Satu, iaitu Allah.
Dan kalau lah makcik pakcik bawang cakap, ‘Ehhhhh, usaha lah sikit oi. Umur dah meningkat, bila lagi oi. Memilih laa hang ni oii.’
Ignore them please.
Jodoh ni urusan Allah. Kadang-kadang kita dah usaha guys. Invested too much. Too much feeling, time, and stuff involved.
Cuma Allah kata, belum lagi, sikit lagi okay. Jadi sabar dan doalah pula usaha kita.
Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah. Walaupun jodoh saya tak sampai lagi, too many other beautiful things happened in my life. Great family support, awesome girlfriends.
InsyaaAllah jodoh pasti bertamu. Itu saya tahu.
To D, I’m wishing you happiness, for you to be happy wherever you are. For you to find someone that worth every single thing. Someone that matters.
Thank you for the memories.
Sincerely,
– N
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit